Pages

Saturday 9 December 2017

Kelebihan Susu Ibu

Kebaikan susu ibu bukan sahaja kepada bayi tetapi juga ibu sendiri mendapat manfaat dari menyusukan bayi. Best kan konsep 'give and take'.

MekComey bertuah sangat dapat menghadiri Bengkel Penyusuan Ibu di Crown Garden Hotel, Kota Bharu Kelantan semalam anjuran Shaklee secara PERCUMA kepada ahli dan bukan ahli.

Shaklee menjemput penceramah pakar dalam bidang penyusuan ibu iaitu Dr. Nurzarina Abdul Rahman merupakan Doktor Perubatan Am dan Kaunselor Laktasi Bertauliah di Klinik Famili Gravidities.

Seronok sangat dan terlalu banyak ilmu baru yang MekComey dapat semalam walaupun MekComey dah menyusukan bayi untuk 3 orang anak tapi masih banyak yang MekComey tak tahu rupanya.

Untuk kali ni MekComey kongsikan kebaikan susu ibu untuk bayi dan kebaikan susu ibu untuk ibu.


KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK BAYI

1. Bayi yang menyusu ibu lebih cerdik (IQ tinggi)
2. Mempunyai penglihatan yang lebih baik
3. Imuniti tinggi - susah dapat jangkitan penyakit
4. Kurang jangkitan telinga, paru-paru dan usus
5. Pertumbuhan gigi bayi lebih baik
6. Jantung bayi sihat
7. Sistem penghadaman bayi lebih baik - walaupun bayi tak berak 5 hari tak menjadi masalah sebab susu ibu diserap sepenuhnya oleh badan, takde sisa untuk dibuang - so mummy tak perlu risau k
8. Bayi yang fully breastfeed kurang atau tiada masalah sembelit
9. Pertumbuhan otot yang sihat
10. Kurang obesiti ( lebihan berat badan )
11. Kurang risiko diabetes
12. Kurang masalah ekzema
13. Kurang risiko mendapat autism


KEBAIKAN SUSU IBU UNTUK IBU

1. Ibu yang menyusukan bayi rahimnya akan cepat mengecut serta kurang pendarahan selepas kelahiran.
2. Menyusu badan akan menguatkan kasih sayang antara ibu dan bayi
3. Ibu lebih tenang dan kurang risiko meroyan
4. Proses menyusu membantu ibu lebih mudah menurunkan berat badan
5. Menyusukan bayi sepenuhnya dalam masa 6 bulan pertama merupakan perancang keluarga semulajadi
6.  Mengurangkan risiko osteoporosis
7. Kurang risiko ibu mendapat kanser payudara, rahim dan ovari
8. Susu ibu amat menjimatkan masa dan duit (untuk bapa sekali)


MekComey akan kongsikan ilmu lain tentang penyusuan ibu di entry akan datang.

Sebarang pertanyaan boleh contact MekComey 017-9351615 atau klik SINI untuk fast reply.

No comments:

Post a Comment