Pages

Sunday 10 December 2017

Uniknya Susu Ibu : Ilmu Ibu Menyusu Perlu Tahu

Uniknya Susu Ibu. Ilmu ibu menyusu perlu tahu. Allah ciptakan setiap susu ibu adalah UNIK untuk anaknya.

'Every species of mammal formulates a milk that is unique for the young of that species, ensuring growth and survival'

Susu ibu adalah sumber NUTRISI HEBAT untuk pertumbuhan OTAK. Anak-anak yang menyusu badan sepenuhnya selama 6 bulan pertama membantu bayi anda untuk lebih fokus terhadap sesuatu.

Uniknya Susu Ibu adalah kerana LENGKAP dengan pelbagai keperluan untuk bayi. Susu ibu mengandungi :-

1. Lemak
- Susu ibu Kaya dengan DHA, ARA dan asid lemak omega-3 yang mana membantu perkembangan urat saraf bayi
- Susu ibu mengandungi lemak lebih baik iaitu senang dihadam oleh enzim lipase
- Terdapat Kolestrol di mana membantu tumbesaran otak, pembentukan cecair hempedu dan komponen penting Vitamin D untuk bayi.

2. Protein
- protein amat penting untuk merangsang tumbesaran bayi
- Susu ibu senang dihadam dan diserap oleh badan. 
- protein yang cukup dapat mengelakkan masalah elergi seperti ekzema dan sebagainya.

3. Vitamin dan Mineral
- Susu ibu cukup lengkap dengan vitamin dan mineral yang diperlukan bayi.
- Susu ibu mengandungi nutrien berbioavabiliti tinggi
- Apa yang ada dalam susu ibu akan diserap sepenuhnya oleh badan dan tiada hampas/sisa yang menjadi najis. Sebab itulah ada bayi (6 bulan ke bawah yang fully breastfeed) 5-6 hari baru membuang air besar. Ibu-ibu jangan risau, itu normal. Bayi anda sihat.

4. Faktor Pelindung
- Susu ibu mempunyai sel darah putih yang hidup. Sebab tu ada yang gunakan susu ibu untuk masalah sakit mata dan rawat puting luka.
- Immunoglobulins merupakan protein  melawan jangkitan (untuk 6 bulan pertama)
- imunisasi pertama - igA dalam kolostrum membantu menyalut dinding usus, elak dijangkiti kuman dan alergen masuk ke dalam badan
- imuniti pasif - antibodi ibu yang sedang sakit

Soalan yang selalu ibu-ibu tanya "boleh ke saya menyusu bayi ketika saya demam/selsema/batuk?" Jawapannya "Ya, boleh." Dalam susu ibu ada imuniti pasif yang menjadi faktor pelindung bagi mengelakkan terjangkit kepada bayi anda. Dalam masa yang sama ibu perlu mencari alternatif untuk tingkatkan imun badan dan dapat mengelakkan bayi dijangkiti.

Uniknya Susu Ibu ni kan. Ibu-ibu yang sedang hamil atau tengah menyusu perlu ambil tahu dan gali ilmu penyusuan ibu untuk kita lebih faham pentingnya menyusukan bayi kita.

Banyak lagi tips Penyusuan Ibu yang MekComey dapat semasa bengkel penyusuan ibu tempoh hari dan pengalaman MekComey sendiri menyusukan 3 orang cahaya mata. MekComey akan kongsikan di entry seterusnya. 

Untuk mengetahui Kelebihan Susu Ibu anda boleh baca di SINI.

Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh call/SMS/WhatsApp MekComey 017-9351615 atau klik je kat SINI.

No comments:

Post a Comment