Monday 13 January 2020

5 Makanan Minuman Perlu Elak Semasa Batuk Berkahak


Tak selesa sangat bila kita batuk berkahak. Rimas dengan kahak yang banyak. Bukan keluar ikut tekak je kan, kat hidung pun tak selesa, kahak tu keluar melalui hidung (yang kita panggil hingus).

Dah macam-macam ubat anda cuba tapi susah jugak nak hilang batuk berkahak?

Jom teruskan pembacaan anda sampai habis. Entry sebelum ni Lah ada kongsikan cara berkesan membantu hilangkan batuk berkahak tanpa ubat. Boleh KLIK DISINI untuk tengok entry tersebut atau nak tengok video boleh je klik HERE atau tonton terus video kat bawah ni.




Dalam pada kita ikhtiar untuk hilangkan batuk berkahak, jangan lupa untuk jaga pemakanan kita. Makan la ubat ke atau apa sahaja petua untuk hilangkan batuk berkahak ni, tapi makan minum kita tak kawal, memang susah nak baik.

Kalau baik pun, sekejap je nanti dia datang balik. Kita jugak yang merana. Jadi pastikan anda jaga pemakanan untuk bantu cepatkan proses sembuh batuk berkahak.



Lah kongsikan dengan anda
5 MAKANAN MINUMAN YANG PERLU ELAK SEMASA BATUK BERKAHAK.


  1. Makanan Berminyak / Bergoreng - minyak yang masuk dalam badan berkumpul menyebabkan kahak lagi susah nak keluar.
  2. Makanan Diproses ( processed food ) - makanan yang diproses lambat hadam dan langsung tak memberi khasiat atau nutrisi kepada badan kita.
  3. Makanan Pedas - menyebabkan tekak kita bertambah tak selesa, pedih dan mengganggu proses cair kahak. 
  4. Makanan yang Elergik pada badan - contohnya kacang buat batuk makin teruk. Atau seafood yang menyebabkan gatal-gatal pada tekak kita.
  5. Minuman berkafien & ais - minum minuman sejuk menyebabkan kahak susah nak cair jadi melambatkan proses hilang batuk berkahak.

Tak puas baca kat blog ni, anda boleh tengok video kat bawah. Dan jangan lupa tolong KLIK SUBSCRIBE dan tekan loceng ALL untuk dapatkan notification setiap kali Lah update video.




Sekian tips ringkas makanan minuman perlu elak semasa batuk berkahak. Lah kongsikan berdasarkan pengalaman Lah sendiri. Anda juga boleh kongsikan di ruangan komen di bawah sekiranya ada tips berbeza, cara serta petua untuk hilangkan batuk berkahak.

Bila kita ikhtiar kawal makanan dan ambil makanan yang lengkap dengan nutrisi mudah, cepat untuk hilang batuk berkahak.



Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan vitamin yang Lah amalkan ni boleh hubungi Lah sekarang





No comments: