Tuesday 21 January 2020

VIRUS INFLUENZA : TANDA, SIMPTOM & CARA PENCEGAHANNYA


Sekarang virus Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak ada apa-apa yang merisaukan.

Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya.

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. 

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan. 


Tanda atau simptom Influenza A
  • demam dan menggigil
  • demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol 
  • sakit kepala dan otot 
  • sakit tekak dan batuk
  • selsema

Perbezaan antara selsema biasa atau dah terkena virus influenza 👇






TANDA & SIMPTOM INFLUENZA A
BAGI KANAK-KANAK

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. 



Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom pada anak-anak seperti berikut:
  • SESAK NAFAS 
  • NAFAS LAJU 
  • DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN 
  • KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN 
  • KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM 
  • BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA) 

TANDA & SIMPTOM INFLUENZA A
BAGI ORANG DEWASA



Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:
  • KELETIHAN
  • HIDUNG TERSUMBAT
  • SAKIT TEKAK
  • SAKIT KEPALA
  • CIRIT BIRIT / MUNTAH-MUNTAH
  • DEMAM BERPANJANGAN
  • BATUK
  • SAKIT DAN SENGAL OTOT
  • SAKIT DADA / SESAK NAFAS

RAWATAN INFLUENZA A

Rawatan bagi Influenza A adalah:
rehat di rumah 
kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat 
ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor 



CARA CEGAH / ELAK VIRUS INFLUENZA



Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza dijangkiti dan merebak?


  • kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh. Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH. 
  • tutup mulut ketika bersin dan batuk 
  • cuci tangan dengan kerap 
  • jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital 
  • galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah, terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah
  • Pastikan anak-anak diberi imunisasi vaksin influenza yang boleh didapati di klinik dan hospital



Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti :
- bayi 
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil 
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung . 





Sama-sama kita cegah penularan influenza. Ambil cakna akan kesihatan orang sekeliling kita juga penting untuk elak virus ini terus menular.

Info dari Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan

Sumber :

1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu 

2) https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm




TIPS & CARA UNTUK ELAK DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA

Selain dari tips di atas, Lah suka nak kongsikan tips tambahan untuk cegah virus influenza dari terus merebak dengan cara tingkatkan sistem imun badan kita. Anda boleh KLIK DISINI untuk dapatkan tips tersebut.

Anda boleh juga tonton video di bawah 👇



Sebarang pertanyaan boleh hubungi Lah
☎️ 0179351615

Atau KLIK DISINI untuk terus WhatsApp Lah


No comments: