Monday 28 January 2019

SET DETOX SHAKLEE

Pernah dengar tak APA ITU DETOX?
Shaklee juga ada SET DETOX. Mungkin kita pernah ambik suplemen atau ubat untuk turunkan berat badan tapi masalahnya tak berkesan.

Mesti kita rasa tertipu ngan produk yang kita pilih. Sebenarnya produk tak salah, produk akan membantu anda menyahtoksin atau detox tubuh kita tapi pemakanan kita pun perlu seimbang, mesti kawal pemakanan kita.


Alhamdulillah, Lah tahu pasal detox selepas join shaklee. Banyak sangat program detox yang shaklee anjurkan. Kat sini Lah nak share kebaikan SET DETOX SHAKLEE yang tidak ada pada diet dan program kurus yang lain :

  1. Program Detox membantu kita buang toksin seterusnya jadi lebih sihat, bertenaga dan fokus.
  2. Menurunkan simptom dan risiko penyakit merbahaya.
  3. Boleh diamalkan oleh ibu menyusu dengan meal plan tersendiri.
  4. Mengurangkan craving terhadap benda manis dan makan banyak seperti biasa walaupun sudah selesai Detox 7 hari.
  5. Sesi detox yang pendek sahaja, hanya 7 hari dan sudah dapat merasakan perubahan yang positif.
  6. Sistem penghadaman yang lebih baik.
  7. Nafas lebih segar dan tidak berbau jika anda mengalami masalah nafas berbau.
  8. Kulit lebih segar dan tidak lesu.. serta banyakkk lagi.
  9. Bonus : BERAT pasti TURUN !

KELEBIHAN SET DETOX SHAKLEE

4 Kelebihan Memilih Set Detox Shaklee :

1. Semua bahan supplemen yang direkomenkan adaah bersumberkan semulajadi dan terbukti sihat, selamat dan berkesan.
2. Semua supplemen adalah sesuai untuk sesiapa saja dan menu makan ( MEAL PLAN DETOX SHAKLEE ) adalah sesuai untuk semua dan boleh diolah mengikut citarasa individu.
3. Sebaik saja anda beli set complete detox ni, anda akan jadi ahli Shaklee dan diberikan support sepenuhnya sepanjang Program Detox di bawah Mysupervitamins dan iReach.
4. Malah, anda dapat menambah pendapatan jika anda berkongsi dan menarik ramai lagi menyertai Program Detox ini.

Rakyat malaysia mmg patut amalkan detox shaklee ni.Kita terlalu terdedah dengan makanan yang tidak sihat dan juga kurang senaman.

Nak tahu lebih detail pasal detox ni, boleh pm mekcomey ye


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
FB: Fadzilah Ismail
Page: Teratak Vitamin Saya
Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Sunday 27 January 2019

APA ITU PAP SMEAR untuk KESIHATAN WANITA

APA ITU PAP SMEAR?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada KANSER SERVIKS jika tidak dirawat atau dikesan pada peringkat awal.




MENGAPA PAP SMEAR PENTING?


  1. Kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan wanita di Malaysia.
  2. Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi.
  3. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.



APA ITU KANSER SERVIKS ?

Kanser serviks adalah keadaan di mana apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi sel kanser.




PERLUKAH SAYA MENJALANI UJIAN PAP SMEAR ?

YA! 
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 tahun hingga 65 tahun perlu menjalani Ujian Pap Smear ini.


BILAKAH SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Ujian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas.
Elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum Ujian Pap Smear dijalankan.


Alat yang digunakan semasa proses Pap Smear


BAGAIMANA UJIAN PAP SMEAR DILAKUKAN?

Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukkan ke dalam faraj.
Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.




JANGAN RISAU!

UJIAN PAP SMEAR TIDAK MENYAKITKAN.


APAKAH KEPUTUSAN YANG MUNGKIN SAYA PEROLEHI?

1. Normal.

2. Tidak Normal.

  • Jangkitan kuman
  • Peringkat pra-kanser serviks
  • Kanser Serviks

*Jika tidak normal anda akan dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.


BILAKAN KEPUTUSAN UJIAN AKAN SAYA PEROLEHI?


  • Ujian ini mengambil masa beberapa minggu kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti.
  • Keputusan ujian akan dimaklumkan secepat mungkin kepada pesakit.



BERAPA KERAP SAYA PERLU MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Anda perlu menjalani Ujian Pap Smear sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.



DI MANAKAH SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Anda boleh menjalani ujian ini secara PERCUMA di tempat berikut:

  • Klinik Kesihatan
  • Klinik Desa
  • Hospital Kerajaan


Dengan BAYARAN tertentu di tempat berikut:

  • Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
  • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  • Klinik dan Hospital Swasta.


TAHUKAH ANDA?

PAP SMEAR BOLEH
MENYELAMATKAN NYAWA!


INGAT!
Sayangi Diri dan Keluarga Kita.
Lakukan UJIAN PAP SMEAR.
Segera bertindak jika anda dijemput oleh mana-mana pihak untuk menjalani UJIAN PAP SMEAR.


Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Shaklee untuk kesihatan wanita,
Anda boleh hubungi saya Puan Fadzilah

Boleh KLIK DI SINI untuk terus WhatsApp saya.

Monday 21 January 2019

Tips Mudah Cara Naikkan Bacaan HB Rendah Ibu Hamil


Ibu hamil sentiasa dihantui dengan HB rendah. Stress kan? Lah kongsikan tips mudah cara naikkan bacaan HB rendah ibu hamil. Tips ini juga boleh diamalkan oleh siapa sahaja yang mengalami masalah HB rendah.



Perkongsian ini berdasarkan pengalaman Lah sendiri dan juga ramai ibu-ibu lain di luar sana yang mengalami masalah HB rendah.

Tapi tidak dinafikan ramai juga ibu-ibu hamil yang tiada masalah sepanjang tempoh kehamilan. Tahniah, anda insan terpilih diberi keistimewaan tak merasa "seksanya" nak naikkan bacaan HB rendah macam kami.

Pengalaman mengandung anak sulung memang ulang alik check darah je tiap bulan, dan kadang-kadang 2 kali sebulan. Pelbagai tips makanan yang boleh naikkan bacaan HB lah cuba, tetap tak naik.

Jangan cakap sebab Lah tak makan vitamin yang misi bagi ye. Lah ni sejenis disiplin jugak la bab makan ubat atau vitamin, memang tak skip makan hari-hari, tapi tetap tak naik banyak, bawah 11 je sokmo sampai la bersalin.

Dan bila mengandung anak ketiga (masa anak kedua rendah jugak sebab masa tu belum kenal shaklee lagi) tahun 2016 Lah amalkan SET HAMIL SHAKLEE. SURPRISINGLY, alhamdulillah HB tak pernah bawah 11.

Bacaan HB atau Haemoglobin yang normal ialah 11.5 - 15.5 gm. Jika bacaan lebih rendah dari itu menunjukkan paras haemoglobin dalam darah ialah rendah.

Haemoglobin berfungsi membawa oksigen ke tisu badan manusia. Haemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan.

Kiraan haemoglobin rendah boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan menyebabkan sel darah merah terlalu sedikit dalam badan ibu hamil.

Ini berlaku jika badan ibu hamil menghasilkan sedikit sel-sel darah merah daripada biasa, atau badan memusnahkan sel-sel darah merah lebih cepat daripada penghasilannya.


PUNCA HB RENDAH IBU HAMIL

Antara punca HB rendah ialah ANEMIA di mana anemia berlaku disebabkan oleh kekurangan zat atau vitamin tertentu yang diperlukan oleh badan, antaranya termasuklah asid folic, vitamin B-12 dan vitamin C.


VITAMIN SHAKLEE BANTU NAIKKAN BACAAN HB RENDAH IBU HAMIL

Apa yang Lah amalkan dalam bantu naikkan bacaan HB rendah ialah VITALEA, SUSTAINED RELEASE VITA C dan BCOMPLEX.


VITALEA merupakan multivitamin lengkap dengan 28 mineral & vitamin yang diperlukan badan kita. Istimewanya vitalea diperkaya dengan Iron. Kekurangan iron adalah salah satu punca anemia.

VITAMIN C membantu penyerapan iron yang ada dalam vitalea lebih efektif diserap ke dalam badan.


BCOMPLEX pula lengkap dengan semua vitamin B yang badan kita perlukan termasuk asid folic dan vitamin B-12. Kekurangan asid folic & B-12 juga antara punca masalah anemia atau HB rendah ibu hamil.


Lah dah rasa sendiri keberkesanan set naikkan HB rendah ini.
Sekiranya anda punya masalah HB RENDAH dan ingin dapatkan set ini boleh hubungi Lah dan Lah akan kongsikan cara makan terbaik dan tips tambahan untuk naikkan bacaan HB rendah ibu hamil.



Tuesday 15 January 2019

Cara MUDAH dan SELAMAT Mengatasi Masalah PENYAKIT TIBI


Penyakit TIBI merupakan salah satu penyakit yang boleh berjangkit apabila terdedah dengan orang yang ada masalah tersebut. Bagi pesakit TIBI, terdapat cara mudah dan selamat untuk tingkatkan imun badan dan seterusnya membantu mengatasi sakit tibi tersebut.

Cara Atasi Penyakit Tibi

Masalah batuk yang berpanjangan memberi kesan buruk kepada kesihatan dan jika kita terdedah dengan orang yang alami batuk, risiko untuk berjangkit adalah tinggi. TIBI antara penyakit berjangkit yang boleh disebarkan melalui batuk iaitu melalui udara.

Jika tidak dirawat pada peringkat awal, sakit tibi ini akan membawa maut.




TANDA-TANDA SAKIT TIBI

1. Batuk yang berpanjangan melebihi 2 minggu

2. Demam berpeluh pada waktu petang atau malam

3. Kahak berdarah

4. Kehilangan berat badan secara mendadak

5. Sakit dada ketika batuk dan menarik nafas panjang

6. Hilang selera makan

7. Letih dan tidak bertenaga


CARA MENGENALPASTI
PENYAKIT TIBI

Sekiranya anda mengalami batuk yang berpanjangan, anda hendaklah melakukan pemeriksaan sapuan kahak di bawah microskop bagi mengesan wujudnya kuman tibi. Ujian kahak boleh dilakukan di klinik kesihatan atau hospital berdekatan secara percuma.

Pemeriksaan sinaran X (x-ray) dada juga boleh menunjukkan kerosakan yang mungkin berlaku pada paru-paru kita.


RAWATAN UNTUK PESAKIT TIBI
DI HOSPITAL

Terdapat empat jenis ubat khas untuk Merawat pesakit TIBI:

  • Rifampicin (RIF)
  • Isoniazid (INH)
  • Pyrazinamide (PZA)
  • Ethambutol (EMB)


RAWATAN yang diberikan biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya 6 bulan walaupun pesakit merasakan dia sudah sihat sepenuhnya.

Pada 2 bulan pertama, pesakit diberi rawatan tapi iaitu pesakit perlu makan ubat setiap hari disaksikan pegawai perubatan (doktor) atau penyelia yang dilantik untuk memantau pesakit.

Kemudian pada 4 bulan seterusnya, pesakit perlu makan ubat tiga kali seminggu. Juga di bawah pemantauan pegawai perubatan atau penyelia.

Jika rawatan ini diikuti secara tetap, pesakit boleh disembuhkan dengan izin Yang Maha Esa.


SUPLEMEN / VITAMIN
UNTUK BANTU PESAKIT TIBI



1. VIVIX
  • Vivix mengandungi Polifenol tinggi anti-oksidan untuk melindungi sel dari serangan kuman atau radikal bebas atau apa-apa yang boleh merosakkan sel badan kita. 
  • Bila sel badan sihat dan kuat jadi badan kita mampu melawan serangan kuman tibi yang menyerang badan pesakit tibi.
  • Bila sel sihat, badan kita pun rasa sihat bertenaga dan akan berselera untuk makan. So takde la badan lemah lemau je kan.


2. OMEGA GUARD
  • Bantu masalah batuk yang dialami oleh pesakit tibi supaya dapat cairkan kahak dan melegakan saluran pernafasan.
  • Minyak ikan atau omega 3 ini bersifat anti-inflamasi dan anti- radang bagi memastikan paru-paru pesakit kuat dan sihat.


3. GARLIC COMPLEX
  • Merupakan antibiotik semulajadi.
  • Bantu menguatkan sistem imun badan peaakip tibi.


4. NUTRIFERON
  • Dihasilkan oleh pakar imun dari Jepun iaitu Dr Kojima.
  • Nutriferon ini membantu meningkatkan sistem imun badan
  • Bertindak untuk mengaktifkan INTERFERON dalam badan kita. Di mana interferon ini bertindak sebagai "ASKAR" untuk melawan kuman/bakteria yang datang mengacau sistem imun badan kita.
  • Jadi bila sistem imun badan pesakit tibi kuat, kuman tibi dapat ditewaskan dengan cepat.



Jika anda ingin mendapatkan nutrisi dari vitamin SET TIBI SHAKLEE ini sebagai alternatif untuk bantu kesihatan pesakit TIBI lebih baik, anda boleh hubungi Lah melalui CALL/SMS atau WHATSAPP 0179351615






Monday 14 January 2019

Kelebihan Minyak Ikan TERBAIK - Omega Guard Shaklee


Kelebihan minyak ikan yang semua orang tahu adalah membekal asid lemak omega 3 untuk kesihatan badan kita. Di sini Lah kongsikan kelebihan minyak ikan yang terbaik di pasaran iaitu Omega Guard Shaklee.






KELEBIHAN MINYAK IKAN TERBAIK - OMEGA GUARD SHAKLEE




1. MELALUI 3 KALI PROSES PENYULINGAN





2. MINYAK IKAN TULEN




3. IKAN KECIL KURANG PENCEMARAN TOKSIN





4. KURANG BAU HANYIR IKAN

5. DIIKTIRAF OLEH FRIENDS OF THE SEA

6. MINYAK IKAN BERGRED FARMASEUTIKAL





APA ITU OMEGA 3 ?


Omega 3 merupakan sejenis asid lemak (fatty acid), iaitu nutrien yang sangat penting untuk otak dan mata. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan Omega-3 dikalangan rakyat malaysia adalah rendah. Ada dua elemen yang terkandung di dalam Omega-3 iaitu DHA dan EPA. Apa tu DHA? DHA, atau nama panjangnya Docosa Hexaenoic Acid yang merupakan asid lemak (fatty acid) yang sangat diperlukan oleh badan. Walau bagaimanapun, badan hanya mengeluarkan sedikit sahaja fatty acid dan selebihnya diperolehi dari sumber pemakanan harian kita. Seperti contoh, seorang bayi mendapat DHA dari susu ibunya. Selain dari itu, kita juga boleh mendapat sumber DHA dari ikan laut, seperti ikan salmon dan ikan kod, ikan sardin dan mackerel (bukan di dalam tin), ikan bilis dan juga ikan tuna. Telur dan daging juga tinggi dengan DHA. Kenapa DHA penting? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak yang diperbuat daripada DHA. Jadi kita memerlukan lemak untuk membantu perkembangan otak yang sihat. Mesti anda biasa melihat iklan susu formula di tv yang menyatakan betapa pentingnya DHA kepada perkembangan otak anak anda kan? Apa kebaikan/fungsi DHA? - Pertumbuhan otak yang cergas. Ada kajian menunjukkan jika DHA diambil oleh ibu mengandung dan kanak-kanak yang sedang membesar, ia boleh membantu dalam proses pembelajaran dan mungkin lebih bijak. - Pertumbuhan retina mata (penglihatan) yang baik. - Pertumbuhan saraf-saraf (nerves) yang baik.  - Mencegah radang sendi. - Mencegah asma. - Meningkatkan daya seks. - Bertindak sebagai anti-kanser yang mencegah kanser payudara, usus, pankreas dan prostat. - Mengelak penyakit kulit. - Mengurangkan migrain. - Mengurangkan rasa kebas dan kesejukkan pada anggota badan. Ok, satu elemen lagi yang membentuk omega-3 ialah EPA. Apa pula EPA tu? EPA, atau nama panjangnya Eicosa Pentanoic Acid. Gabungan EPA dan DHA yang membentuk Omega 3, mempunyai kebaikan seperti: - Mencegah kanser (terutamanya payudara dan prostat). - Mencegah darah beku. - Menghindar pembekuan lemak dalam darah. - Mengawal paras kolesterol. - Mengurangkan risiko serangan sakit jantung. - Mengurangkan stress/ memberi mood yang stabil. - Mengawal tekanan darah tinggi sekaligus risiko strok. - Mengurangkan risiko penyakit Alzheimer (nyanyuk). Banyak kan kelebihan yang terkandung dalam minyak ikan? Jadi penting mengambil Omega Guard Shaklee sekarang dalam rutin harian anda, kerana selain dari mengurangkan risiko penyakit di atas, ia juga insyaAllah dapat memperbaiki tahap kesihatan kita.



Hubungi Lah sekarang untuk dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE ini.





Saturday 12 January 2019

Resepi KARI IKAN TANPA SANTAN Ala Mamak Mudah Dan Sedap



Lah dah lama teringin nak masak sendiri kari tanpa santan iaitu kari ala-ala mamak. Bila ada member dari utara kongsikan resepi kari utara yang takde masukkan santan, terus teringat kari ala mamak.




So meh Lah share resepi yang Lah olah sendiri cara dan citarasa Lah. Dan korang pun boleh ubah ikut selera tekak korang jugak 😉


RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN 
(KARI ALA-ALA MAMAK)

Bahan-bahannya:

Watak utama:
Ikan kerisi yang Lah guna.
Terpulang korang nak guna ikan apa, ikut citarasa masing-masing.


Bahan tumis 1:
Bawang putih 1 ulas
Bawang merah 1 ulas (saiz yg agak besar, kalau saiz kecil guna 2 ulas)

Nota: Hiris/mayang semua bahan tumis 1.
Kalau ada yang suka halia boleh mayang halia sikit. Tapi petua bonda Lah dalam kari ikan tak perlu masukkan halia. #lainoranglainresepi

Bahan tumis 2:


Minyak untuk menumis
Halba campur 1/2 sudu kecil
Daun kari 2 tangkai
*Bawang besar 1 biji
*Bawang merah 4 ulas (banyak lagi sedap)
*Bawang putih 3 ulas
Asam jawa
Tomato
Bendi

Blend semua yang tanda *


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Masukkan halba campur dan daun kari. Tumis sekejap hingga naik bau.

2. Masukkan bahan tumis 1. Tumis hingga bawang kekuningan.

3. Masukkan bawang yang diblend. Tumis hingga bawang pecah minyak.


4. Campurkan rempah kari dengan air.

Tips: Banyakkan air semasa bancuh. Tujuannya untuk kita tumis lama hingga rempah betul-betul masak.


5. Setelah bawang tadi pecah minyak, masukkan rempah yang dicampur dengan air.



6. Tumis hingga garing dan rempah tadi jadi likat (berketul-ketul)


Klik video di bawah, boleh tengok macam mana rempah kita betul-betul masak atau belum. Tujuan kita tumis lama hingga ketul-ketul untuk bagi kari kita sedap dan tahan tak mudah basi.


7. Bila rempah dah garing, boleh masukkan air asam jawa dan air (ikut citarasa kita nak pekat atau cair kuahnya. Lah masukkan dalam 2 cawan je sebab nak kuah pekat). Perasakan garam gula/gula melaka.

8. Jika nak rasa lemak-lemak sikit boleh masukkan santan atau susu cair sikit je. Tapi Lah tak campur pun, memang nak rasa kari tanpa santan.

9. Bila dah mendidih masukkan ikan, tomato dan bendi (jika suka).


10. Bila ikan dah masak, boleh padamkan api dan hidangkan dengan nasi panas. Ada sayur campur goreng lagi terangkat ni. Hihii



"Selamat mencuba dan semoga dapat pahala yang berpanjangan kepada yang share resepi ini"... Amin


Monday 7 January 2019

Cara Mudah Atasi Masalah Kelemumur

Cara mudah atasi masalah kelemumur yang selalu terjadi di kalangan wanita bertudung, wanita dan lelaki aktif dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 



Langkah pertama adalah kita perlu kenal pasti punca masalah kelemumur kita. Ada yang berpunca dari salah penggunaan syampu, hormon tidak stabil dan gaya hidup seharian kita.

PUNCA KELEMUMUR

Punca terjadi kelemumur antaranya disebabkan oleh:
✓ memakai tudung terlalu lama
✓ syampu yang keluarkan buih yang banyak
✓ kerap terdedah kepada cuaca panas
✓ cara cuci rambut yang tidak betul
✓ hormon tidak stabil

Lah kongsikan cara mudah atasi masalah kelemumur yang satu ketika dahulu Lah sendiri pernah hadapi.

Boleh klik video di bawah untuk mendengar sendiri cara mudah atasi masalah kelemumur. 




CARA MUDAH ATASI MASALAH KELEMUMUR

1. Pilih syampu yang kurang berbuih - ini kerana syampu banyak keluarkan buih akan menyebabkan kulit kepala bertambah kering dan mengakibatkan lebih banyak kelemumur.

2. Suplemen - rawatan dari dalam juga penting untuk atasi masalah kelemumur ini. Sumber protein (ESP Shaklee) membantu pertumbuhan rambut baru dan membantu penguatkan akar rambut dan seterusnya mengurangkan kelemumur baru di kulit kepala. Zinc Plus juga membantu merawat kulit kepala yang bermasalah.

3. Basuh kepala dengan air limau atau lemon - caranya: perahkan sebiji lemon atau 2biji limau nipis dan campurkan dengan sedikit air. Lumurkan pada kulit kepala, urut seketika dan bilas.
Tips ini boleh dilakukan seminggu sekali. Kalau rajin 2 atau 3 Kali seminggu pun boleh.