Monday 21 January 2019

Tips Mudah Cara Naikkan Bacaan HB Rendah Ibu Hamil


Ibu hamil sentiasa dihantui dengan HB rendah. Stress kan? Lah kongsikan tips mudah cara naikkan bacaan HB rendah ibu hamil. Tips ini juga boleh diamalkan oleh siapa sahaja yang mengalami masalah HB rendah.



Perkongsian ini berdasarkan pengalaman Lah sendiri dan juga ramai ibu-ibu lain di luar sana yang mengalami masalah HB rendah.

Tapi tidak dinafikan ramai juga ibu-ibu hamil yang tiada masalah sepanjang tempoh kehamilan. Tahniah, anda insan terpilih diberi keistimewaan tak merasa "seksanya" nak naikkan bacaan HB rendah macam kami.

Pengalaman mengandung anak sulung memang ulang alik check darah je tiap bulan, dan kadang-kadang 2 kali sebulan. Pelbagai tips makanan yang boleh naikkan bacaan HB lah cuba, tetap tak naik.

Jangan cakap sebab Lah tak makan vitamin yang misi bagi ye. Lah ni sejenis disiplin jugak la bab makan ubat atau vitamin, memang tak skip makan hari-hari, tapi tetap tak naik banyak, bawah 11 je sokmo sampai la bersalin.

Dan bila mengandung anak ketiga (masa anak kedua rendah jugak sebab masa tu belum kenal shaklee lagi) tahun 2016 Lah amalkan SET HAMIL SHAKLEE. SURPRISINGLY, alhamdulillah HB tak pernah bawah 11.

Bacaan HB atau Haemoglobin yang normal ialah 11.5 - 15.5 gm. Jika bacaan lebih rendah dari itu menunjukkan paras haemoglobin dalam darah ialah rendah.

Haemoglobin berfungsi membawa oksigen ke tisu badan manusia. Haemoglobin membawa oksigen dari paru-paru ke tisu badan.

Kiraan haemoglobin rendah boleh menyebabkan pelbagai penyakit dan menyebabkan sel darah merah terlalu sedikit dalam badan ibu hamil.

Ini berlaku jika badan ibu hamil menghasilkan sedikit sel-sel darah merah daripada biasa, atau badan memusnahkan sel-sel darah merah lebih cepat daripada penghasilannya.


PUNCA HB RENDAH IBU HAMIL

Antara punca HB rendah ialah ANEMIA di mana anemia berlaku disebabkan oleh kekurangan zat atau vitamin tertentu yang diperlukan oleh badan, antaranya termasuklah asid folic, vitamin B-12 dan vitamin C.


VITAMIN SHAKLEE BANTU NAIKKAN BACAAN HB RENDAH IBU HAMIL

Apa yang Lah amalkan dalam bantu naikkan bacaan HB rendah ialah VITALEA, SUSTAINED RELEASE VITA C dan BCOMPLEX.


VITALEA merupakan multivitamin lengkap dengan 28 mineral & vitamin yang diperlukan badan kita. Istimewanya vitalea diperkaya dengan Iron. Kekurangan iron adalah salah satu punca anemia.

VITAMIN C membantu penyerapan iron yang ada dalam vitalea lebih efektif diserap ke dalam badan.


BCOMPLEX pula lengkap dengan semua vitamin B yang badan kita perlukan termasuk asid folic dan vitamin B-12. Kekurangan asid folic & B-12 juga antara punca masalah anemia atau HB rendah ibu hamil.


Lah dah rasa sendiri keberkesanan set naikkan HB rendah ini.
Sekiranya anda punya masalah HB RENDAH dan ingin dapatkan set ini boleh hubungi Lah dan Lah akan kongsikan cara makan terbaik dan tips tambahan untuk naikkan bacaan HB rendah ibu hamil.



No comments: