Wednesday 1 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE MACHANG, TANAH MERAH, KELANTAN : JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

 
SALAM OKTOBER buat semua.
 
Jatuh cinta dengan Shaklee bermula dengan SET BERPANTANG selepas melahirkan anak kedua saya. Semasa usia kandungan tujuh bulan saya sudah mula "survey" set bersalin atau set berpantang dalam internet. Tapi dalam banyak-banyak produk saya tertarik untuk cuba produk Shaklee. Banyak testimoni yang saya baca kesannya majoriti positif dan berkesan.
 
Selepas merasai sendiri kesan berpantang dengan vitamin shaklee saya dapat rasakan perbezaan semasa berpantang anak pertama di mana saya tidak mengambil apa-apa ubat atau supplement ketika itu.
 
Set Berpantang Shaklee
 Ini set yang saya makan.
Luka bersalin cepat sembuh dan dalam masa dua minggu badan rasa sihat macam bukan dalam pantang. Susu badan juga Alhamdulillah banyak. Terus terbuka hati untuk mendaftar menjadi ahli bila tengok kejayaan kawan yang join shaklee ni. Dalam hati berkata "ohh boleh buat pendapatan sampingan dengan shaklee ni rupanya".
 
Langsung tidak terlintas untuk bersama shaklee sejauh ini. Malah di awal perkenalan dengan jenama shaklee tidak pernah tahu yang shaklee merupakan perniagaan berasaskan "Multi-Level-Marketing".
 
Tetapi bila dikaji sistem pemasaran Shaklee yang sangat adil dan langsung tidak menindas orang bawah (downline) saya makin jatuh cinta dengan Shaklee.

Sehinggalah saat ini saya masih terus bersemangat untuk terus berkongsi kebaikan shaklee dengan semua di luar sana untuk sama-sama merasai kehebatan bersama Shaklee.

No comments: