Tuesday 28 May 2019

Tips Mudah Elak Mengantuk | Semasa Perjalanan Yang Jauh | Mengantuk di bulan puasa


Perkongsian tips mudah untuk elak mengantuk ini berdasarkan pengalaman Lah sendiri.

Jadi jom dengar video ni apa yang Lah boleh bantu anda.


Perkongsian Ilmu Sedekah | Persoalan Tentang Sedekah

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Allah Maha Baik. Bila kita ada kemusykilan tentang sesuatu, Allah mesti hantar "sesesorang" untuk menjawab persoalan itu.

Kebetulan tengah tertanya-tanya pasal SEDEKAH. Tiba-tiba ada seorang dalam group WhatsApp yang Lah tak kenal personal WhatsApp Lah artikel ini iaitu tentang Ilmu Sedekah.

Alhamdulillah wa syukrulillah. Allah datangkan tepat pada masanya. So terjawab persoalan tentang sedekah.

Lah kongsikan dengan anda juga sebagai memanjangkan pahala kepada yang menulis article ini. Alhamdulillah.

===========================

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ"MENGHAYATI FIRMANNYA"
(Da'i Luqman&Ustaz Mohammad Rozie Mohd.Rejab)
*JUZ 21*
*KETAKJUBAN BERSEDEKAH(AS~SAJDAH:16)*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Surat As-Sajdah Ayat 16

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezeki yang Kami berikan.  

ANTARA MAKSUD AYAT:
Mereka tidak tidur melampau hingga lupa dunia akhirat.
Mereka memohon keampunan pada Allah dgn perasaan takut dan tamak nakkan redha Allah.
Mereka menginfakkan harta mereka.

MACAMANA YG DIKATAKAN DGN BERSEDEKAH DAPAT MEMANJANGKAN UMUR?
Bila kita beri sedekah,Allah boleh beri 700 lipat kali ganda pahala.
Allah panjang umur dan Allah panjangkan lipat kali gandakan pahala.

ADAKAH BANTU MEMBANTU JUGA DIKIRA SEDEKAH?
Sedekah bukan semata~mata dgn kebendaan.
Org yg tak ada harta boleh bersedekah dgn tenaga.
JGN SEMPITKAN PENGERTIAN SEDEKAH.
Sedekah tak perlu dgn niat.
Semasa sedekah sudah serentak dgn niat.

APAKAH PERBEZAAN ZAKAT,SEDEKAH DAN HADIAH SERTA INFAK?
Zakat ialah sedekah yg wajib.
Ketika bayar zakat,bayarlah sambil senyum.
Sedekah sunat pula buat sedekah dapat pahala dan tak buat sedekah tak dapat apa².
Sedekah ialah harta yg kita punya yg ada lebihan.
Allah suka org yg bersedekah dan Allah lebih suka org miskin yg bersedekah.
Hadiah pula diberi dgn setulus jiwa.
Infak ialah mengeluarkan nafkah.
Jariah ialah buat kebaikan.
Wakaf ialah harta yg diberikan semata~mata kerana Allah dan tak boleh dipindah milik.

MENGAPA SETELAH KEMATIAN, JENAZAH MOHON KEPADA ALLAH UTK KEMBALI KE DUNIA UTK NAK SEDEKAH BUKAN UTK NAK IBADAT LAIN?
Org yg soleh itu bukan hanya buat ibadat dgn Allah sahaja tapi buat juga ibadat dgn manusia(sedekah).
Dgn sebab sedekah,boleh jadi org baik.

BERSEDEKAH DGN CARA IKHLAS AKAN DAPAT MENJAUHI PENYAKIT BERAT DAN DAPAT GANJARAN DI AKHIRAT.MOHON PENJELASAN USTAZ.
Nabi kata sedekah dapat sembuhkan penyakit berat(penyakit hati).
Sedekahlah apa yg kita sayang.
Tangan yg berada diatas lebih baik dari tangan yg berada dibawah.

BAGAIMANA SURIRUMAH INGIN DAPAT PAHALA SEDEKAH SEDANGKAN DIA TAK ADA SUMBER PENDAPATAN?
Sedekah seorang isteri ialah bila isteri buat kerja suami tanpa minta balasan.
Basuh baju,masak adalah tugas suami.
Bila isteri bantu,inilah sedekah dan pahala jihad di jalan Allah utk isteri.

ADAKAH WANG BELANJA YG DIBERIKAN DARI SEORANG IBU KEPADA ANAK² ITU DIKIRA SEDEKAH?
Beri sedekah pada kerabat dapat pahala sedekah dan dapat pahala silaturrahim(sambung kasih sayang).
Nanti anak akan ingat.
Kadang² duit itu dari ayah yg diberikan pada ibu dan diberikan  pula pada anak².

APAKAH PAHALA BERBEZA JIKA SEDEKAH PADA ORG LAIN AGAMA?
Berilah sedekah walaupun berbeza agama.
Semua dapat rahmat dari agama islam.
Seorang pelacur yg beri minum pada anjing,Allah gantikan ganjaran syurga.

APAKAH PEMBERIAN DARI ANAK KEPADA IBU AYAH ITU DIKIRA SEDEKAH ATAU TANGGUNGJAWAB ATAU HADIAH DAN APAKAH SEDEKAH PADA ORG KAYA ITU DIANGGAP SEDEKAH?
Allah perintah anak² buat baik(buat ihsan)pada ibu ayah.
Harta anak² adalah harta ibu ayah.
Pemberian pada ibu ayah jangan anggap sedekah.
Ya,beri sedekah pada org kaya juga dianggap sedekah supaya mengajar org kaya itu supaya bersedekah.
Mendidik org kaya agar jangan takabur.

APAKAH SEDEKAH YG PALING DITUNTUT DALAM ISLAM SELAIN MATERIAL?
Kamu tidak sekali dapat darjat sehingga kamu keluarkan apa yg kamu suka.
Cth senyum pada semua org bukan hanya org tertentu.
Beri salam pada semua org.
BERI APA YG KITA PALING SAYANG ATAU YG PALING KITA SUKA, ITULAH SEDEKAH YG PALING BAIK.

BAGAIMANA CARA NAK BERSEDEKAH PADA ORG YG TELAH MENINGGAL?
Cara nak bersedekah pada org yg telah meninggal dunia ialah dgn niat.
Cth beri senaskah Al~Quran pada seseorang dan niatkan pahala utk ibubapa yg telah meninggal dunia.
SETIAP AMALAN BERMULA DGN NIAT.

SEDEKAH PENGHAWA DINGIN DI MASJID,APAKAH DAPAT PAHALA BERTERUSAN?
Org yg belanja harta secara sembunyi dan terangan akan diberi ganjaran.
Di dunia tak akan rasa takut dan di akhirat juga tak akan rasa takut.
Org yg banyak sedekah, di dunia lagi dijauhi dari penyakit jiwa.
Allah beri berlipat kali ganda pahala pada org yg bersedekah.

SETIAP APA YG ADA PADA KITA,ORG LAIN JUGA PUNYA HAK.
TAK ADA ISTILAH INI HAK AKU.
KALAU KITA NAK HARTA KITA JUMPA KITA DI AKHIRAT,SELESAIKAN DGN SEDEKAH.
JANGAN SIMPAN HARTA DAN LEBIH BAIK INFAKKAN KERANA ITULAH YG AKAN JADI HARTA KITA DI AKHIRAT.

BOLEH USTAZ TERANGKAN BAGAIMANA NAK KURANGKAN RASA TAKUT BERKURANG HARTA BILA SEDEKAH?
Lagi kurang harta lebih lagi banyak memberi.
Jangan takut bersedekah.
Rezeki Allah yg beri dan kerja kita adalah memberi.
SEDEKAH LEBIH BANYAK LAGI UTK HILANGKAN RASA TAKUT JADI MISKIN.

JANGAN TAKUT NAK BERSEDEKAH,ALLAH AKAN GANTI.
JANGAN BERKIRA~KIRA.
SUBURKAN AMALAN BERSEDEKAH KERANA DGN SEDEKAH AKAN DATANG REDHA ALLAH.

#sharingdariwhatsapp

Tuesday 21 May 2019

KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE


KEBAIKAN NUTRIFERON SHAKLEE

🌻Meningkatkan keseluruhan sistem imun tubuh dalam 3 hari. Kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu untuk merangsang dan meningkatkan keseluruhan sistem imun badan dengan menghubungi pembunuh semulajadi dalam badan untuk tindakan: T-sel, B-sel, dan macrophage.

🌻Melindungi dari influenza. NutriFeron mengimbangi reponses imun alahan alam sekitar dan pencemaran udara, berkesan melindungi kemudaratan oleh pelbagai virus, mikrob, yang termasuk demam, selsema, alahan, keradangan dan influenza.

🌻Melambatkan proses penuaan. formula unik Nutriferon merangsang pengeluaran macrophage dalam usaha untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman pesat. Oleh itu, sel-sel menjadi lebih sihat 😘

🌻Membantu meningkatkan kesihatan wanita monopous menjadi lebih baik.

🌻Meringankan stress dan kelesuan yang disebabkan oleh kebimbangan, tekanan, keletihan, dan gaya hidup aktif.

🌻Mengurangkan simtom2 ketika pra haid & waktu haid. NutriFeron terbukti secara klinikal untuk meningkatkan gejala-gejala yang disebabkan oleh ketidakseimbangan endokrin sistem iaitu menstrual cramps, sakit-sakit belakang, tender breasts, jerawat, keresahan, masalah tidak dapat tidur dan mood swing.


Siapa yang perlukan Nutriferon

🌼 Mereka yg kerap demam, selsema
🌼 Mereka yg ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
🌼 Meraka yg tak suka makan vitamin A, C dan E dalam bentuk tablet
🌼 Mereka yg berumur, yang mudah terdedah kepada kekurangan imuniti
🌼 Mereka yg ada masalah alergi dan eczema
🌼 Mereka yg diet mereka tidak optimum
🌼 Mereka yg kerap “travel” atau “outstation”
🌼 Mereka yg sering tertekan/hidup dlm tekanan
🌼 Mereka yg gaya hidupnya tidak/kurang aktif


Sekiranya anda nak dapatkan NUTRIFERON ini boleh hubungi Lah



10 Perkara Penting Untuk Sihat Dalam Bulan Ramadhan


10 Perkara Penting Untuk Sihat
Dalam Bulan Ramadhan

1. Persediaan mental. Setkan mindset untuk mengubah tabiat kepada diet yang lebih sihat. Penting supaya minda dan tubuh bersedia kepada perubahan.

2. Persediaan fizikal. Perbanyakkan puasa sunat. Untuk yang berpenyakit, jumpa Doktor untuk dapat nasihat, Pharmacist untuk ubah suai dos dan masa makan ubat, Dietitian untuk terapi diet.

3. Memang disyorkan mengambil sedikit sumber gula semasa berbuka puasa bukan nya berlebihan. Cukup sumber gula dari buah tamar dan segelas air manis. Perbanyakkan air kosong.

4. Selepas azan Maghrib ambil hidangan ringan sedikit dahulu seperti buah, seketul kuih, 1-2 gelas air kosong. Ambil hidangan lebih berat selepas solat Maghrib mengikut konsep #SukuSukuSeparuh. 

5. Pastikan minum cukup 8 gelas air.


Panduan minum 8 gelas air di bulan puasa

6. Sahur perlu lewat menghampiri waktu imsak untuk tenaga yang cukup sehingga waktu iftar. Boleh ambil buah dan sayur yang tinggi kandungan air untuk kekal hidrasi sepanjang hari. Contoh seperti tembikai, pear, honeydew, timun, tomato, dan lain-lain.

7. Kurangkan pengambilan kafein dan garam untuk mengelakkan kehausan dan dehrasi (kekeringan) sepanjang hari.

8. Beri perut berehat dalam bulan Ramadhan setelah 11 bulan bekerja keras. Puasa adalah DETOX yang terbaik.




9. Makanan yang terbaik adalah yang disediakan sendiri. Jika beli di bazar, boleh amalkan konsep re-portioning. Tambah sendiri sayur di rumah. Sekali sekala berbuffet tiada masalah.

10. Ramadhan adalah bulan ibadah, bukan pesta atau festival makanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, sepertiga untuk nafas". Tidak perlu makan sehingga susah untuk bernafas yang boleh menjejaskan kualiti ibadah.

Selamat menjalankan ibadah puasa.

Tuesday 14 May 2019

Performance Drink | Minuman Bertenaga Di Bulan Puasa


PERFORMANCE  DRINK SHAKLEE
.
.
✅merupakan antara supplement terbaik yg pernah dihasilkan oleh shaklee untuk membantu membekalkan tenaga berpanjangan bagi mereka yang mengamalkannya
.
.
.
Siapa yang boleh ambil performance drink?
.
✅atlit
✅orang berpuasa (ambil waktu berbuka)
✅ibu mengandung
✅ibu menyusu
✅pelajar
✅tiada selera makan
✅cirit birit
.
*baby bawah umur 2 tahun tak boleh amik pd
.
.
✅Performance Shaklee dihasilkan pada tahun 1980-an oleh saintis Shaklee dan Universiti Yale bagi membantu projek penerbangan Daedalus (Human-powered Flight Programme). 
.
✅Performance Shaklee merupakan minuman sukan pertama bagi para atlet di Amerika Syarikat. 
.
✅Melalui perkakasan produk Performance dari Shaklee, penerbangan Daedalus telah mencipta rekod sejarah sebagai penerbangan berkuasa manusia yang PALING JAUH, iaitu 72 batu dan rekod itu masih kekal hingga kini.
.
.
#infoperformancedrink
#minumanisotonik
#OMSwave
#OMSgroup
#TJSempire


Ini hadiah Shaklee bagi masa pergi SYOB Training kat KB 20hb April lps.

Belah kiri : air paip + Fresh Laundry Concentrate Powder + paku

Belah kanan : air paip + sabun biasa brand X + paku

Baru 17 hari. Dah nampak perbezaan pada paku kat dalam air sabun tu kan. Paku kanan dah mula berkarat. Paku kiri helok lagi haaaa.

Ini menunjukkan klo kita guna sabun FRESH LAUNDRY SHAKLEE mesin kita selamat, tak mudah berkarat dan tak mudah rosak.

Ada testimoni masa SYOB aritu, sebelum dia pakai sabun shaklee ni, mesin basuh dia sokmo problem, kene baiki bagai. Lepas guna sabun Shaklee ni lama dah mesin dia tak buat hal 👍👍

So terbukti sabun basuh baju Shaklee ni takde bahan kimia bahaya, ia menggunakan bahan semulajadi dengan pembersih aktif-enzim yg diperolehi daripada kelapa, pembuih semulajadi dan garam mineral.

Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah eczema atau gatal-gatal atau elergik dengan sabun.

Best ke best giler? 😉

Nak dapatkan fresh laundry ni hubungi Lah 0179351615.

Klik SINI untuk direct WhatsApp

Tuesday 7 May 2019

Testimoni Pesakit Gastrik | Kisah Benar Gastrik Semakin Pulih Setelah 16 tahun Derita Sakit Gastrik


Lah kongsikan testimoni pesakit gastrik di mana kisah benar gastrik semakin pulih ini merupakan kakak senior masa kami sekolah menengah dulu.

16 tahun bukan masa yang singkat. Derita sakit gastrik ini lagi azab dalam bulan puasa. Jadi jom kita baca kisah kakma di bawah.

~~~~~~~~~~~~~~~

GASTRIK 16 TAHUN SEMAKIN PULIH DENGAN BANTUAN SET GASTRIK SHAKLEE
.
Kakma ingin kongsikan pengalaman sendiri yang mana kakma menderita gastrik selama lebih 16 tahun dan dengan izin ALLAH gastrik sekarang sembuh. Kakma kena serangan gastrik yang pertama ketika berusia 14 tahun dan berlarutan sehingga usia 30 tahun. Bayangkan berapa lama kakma menderita menangung sakit gastrik ini anda yang ada gastrik mesti tahu kan betapa sakitnya menahan semasa gastrik datang menyerang.
.
Setiap kali bulan puasa selepas makan sahur wajib makan ubat gastrik. Sebelum puasa lagi dah jumpa doktor dan minta ubat gastrik untuk stok sebulan puasa kalau boleh nak mengelak dari kena gastrik tapi kalau dah kena Allah saja yg tahu, sakit sangat, selalunya walau makan ubat masa sahur lepas berbuka mesti kena juga gastrik. Kalau sakit kepala boleh lagi tidur rehat pejam mata, tapi kalau kena gastrik tak boleh tidur pusing kanan, pusing kiri letak bantal kat perut dan tidur mesti selimut dan tutup kipas kalau tak lagi masuk angin perut, tidur pun merengkuk je badan. Masa bujang boleh lah tidur macam ni tapi sejak kawin ada anak pastu anak pulak menyusu mana boleh tidur cara kita so terpaksa lah menyusukan anak sambil menahan kesakitan.
.
Begitu lama kakma bergantung dengan ubat tapi kakma dapati ubat hanya untuk tahan sakit bukan untuk sembuh terus sakit gastrik, Kenapa kakma mengatakan begitu? ini kerana 16 tahun kakma makan ubat gastrik tak sembuh pun hanya hilangkan sakit sahaja.
.
Tetapi dengan izin ALLAH tahun 2012 kakma berkenalan dengan shaklee dan pada mulanya mencuba set menyusu shaklee yang mana dalam set menyusu ada ESP (Energizing Soy Protein) dan Ostematrik. Bila kakma makan set menyusu ini dah mula perasan jarang kena gastrik kalau tak sebelum ini setiap minggu mesti kena gastrik tetapi sejak amalkan set menyusu ni sebulan sekali pun belum tentu kena gastrik. Selepas kakma ambil tahu kelebihan produk ini baru kakma sedar memang ESP dan Ostemarik sangat membantu untuk sakit gastrik. Kakma juga makan peppermint ginger untuk buang angin dalam badan. Seperti kita tahu halia sangat bangus untuk buang angin dalam badan oleh kerana kakma memang tk boleh telan air halia jadi kakma pilih untuk ambil peppermint ginger.
.
Ini lah set Gastrik yang kakma ambil:


Energizing Soy Protein –ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
.
Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
.
Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati. Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat kan.
.
Jika anda ada masalah gastrik macam kakma jangan di biarkan bimbang akan dapat sakit yang lagi parah boleh jadi ulser perut or kanser. Jadi ikhtiarlah dgn vitamin gastrik ni. Kakma kongsi pengalaman kakma sendiri dan harap dapat beri kebaikkan buat semua yg ada masalah seperti kakma.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Itu kisah kakma. Sekiranya anda ada kisah anda sembuh dari derita gastrik, boleh kongsikan dengan Lah di bahagian komen Di bawah.

Anda juga boleh TONTON video gastrik di bawah.



Dan sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Set Gastrik ini boleh hubungi Lah KLIK DISINI untuk terus WHATSAPP Lah.

Lah sendiri dah berpengalaman lebih 6 tahun jadi pengguna Shaklee dan berkongsi dengan ramai pelanggan yang percaya dengan keberkesanan produk Shaklee.

CARA MUDAH SOLAT SUNAT TERAWIH BERSENDIRIAN DI RUMAH

Sejak dah bergelar ibu, Lah dah hampir 11 tahun tak pergi solat terawih di masjid. Buat kat rumah je.

Rasanya ramai yang sama dengan Lah, terutamanya mak-mak yang ada anak kecil dan jugak mak-mak yang siang hari bekerja, malamnya jadi supermak.

Jom baca cara-cara nak buat solat terawih di rumah secara bersendirian.


Solat Terawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. 

Mudahnya nak beribadah. Jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.

● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

Solat Terawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu. Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat terawih di rumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat terawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat. 

● Segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat terawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat terawih jika ditinggalkan.


SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja. 

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [3x]

Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

..............
Sangat lah mudah. Tiada alasan untuk tidak dapat buat solat terawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan.

Jom sama-sama berubah ke arah yang lebih baik. Kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat terawih, tahun ni kita usaha buat.

SEMOGA BERMANFAAT.

Kongsikan dengan kawan-kawan atau ahli keluarga sekiranya anda rasa post ini bermanfaat buat semua.


With Love,
MekComey
Business Leader / Coach Detox / Founder of TJS EMPIRE