Mencari makanan tambahan untuk ibu susukan anak? Terdapat pelbagai
jenis makanan yang dapat menggalakkan pengeluaran susu badan. Tetapi
sebelum mengambil apa-apa makanan ibu-ibu perlu mengetahui punca yang
menyebabkan mengapa susu badan ibu-ibu berkurangan. Apabila punca dapat
dikenalpasti barulah senang untuk ibu-ibu cari jalan penyelesaiannya.
Di
sini saya kongsikan antara makanan yang dapat membantu menambahkan susu
ibu dari petua dan pengalaman orang-orang tua. Antaranya ialah:
1* Kurma
-
Unsur
zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur
yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Selain itu kurma merupakan
makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah
protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia
juga membekalkan kalori segera yang diperlukan
terutamanya buat ibu menyusu. Seeloknya kurma diamalkan makan ketika
ibu mengandung kerana boleh mengelakkan bayi terkena penyakit kuning
(juandis).
2* Halba (Fenugreek) -
Halba antara rempah yang popular digunakan untuk menambahkan susu
termasuk kaum Cina juga gemar menggunakan halba untuk tujuan yang sama.
Caranya ialah dengan
merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis
dan minum airnya sahaja
3* Jintan Hitam (habbatus sauda / black seed) - Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat
sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati
pelbagai penyakit kecuali maut. Caranya sama seperti halba atau boleh digigit begitu sahaja.
4* Lobak Putih - Tidak
perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih
dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar
beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. Sesuai juga dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Boleh juga
dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop
lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat
sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium,
folat dan vitamin C yang sangat baik.
5* Air Longan - Rebus
segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air
sehingga kembang. Minum airnya. Atau boleh juga rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah. (Dalam perubatan tradisional Cina,
longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)
6* Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk
manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu
ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu
dara ibu, dibasuh selepas kering.
7* Kacang Tanah - Kacang
tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium,
vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang
tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia
juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu
badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang
dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang
tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.
8* Bunga Melur - Bunga
melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam
perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india.
Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air
susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal
sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum
menyusukan bayi.
9* Pucuk Betik - Air
rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi
ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa
helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah
diminum dua hingga tiga kali sehari.
10* Tuaman Daun Sirih - Sapukan
sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api
sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap
hari sehingga susu badan anda banyak
11* Jantung Pisang - Jantung
pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan
susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan
dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak
lemak cili api.
12* Makanan Tinggi CLA - Ibu
menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid
(CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam
susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan
kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat
badan dan pengurangan risiko sakit jantung.
Dalam kajian yang
didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu
yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid
lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA
dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu
memakan biskut khas ini.
Kandungan CLA yang tinggi secara
semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak
sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang
makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan
kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.
Pengambilan Air -
Haruslah diingat bah awa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong
supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.
Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu
menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3
liter sehari.
Pemakanan seimbang -
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan
dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan
dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah
menjaga kesihatan diri.
Psikologi - "Susu saya cukup untuk bayi saya!"
Dari
sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan
beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi.
Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi
pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan
bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa
lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan
pengeluaran susu ibu.
Kekerapan mengepam -
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS
SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak
mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.
Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast
penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang
akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali
terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Doa -
Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan
sebagainya. Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda
sehingga berumur dua tahun terutamanya setiap kali selepas solat.
SUPPLEMENT UNTUK TAMBAHKAN SUSU IBU
Point-point
di atas adalah antara makanan dan cara menambah susu badan. Selain itu, jika anda
ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu
stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen
tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen
berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress.
Baru la penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
Suplemen atau makanan tambahan untuk ibu menyusukan anak atau lebih dikenali dengan nama SET MENYUSU SHAKLEE atau SET BREASTFEEDING SHAKLEE menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Set ini mengandungi:
|
SET MENYUSU SHAKLEE |
Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.
Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.
B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.
Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.
Ibu-ibu yang pernah mengambil set menyusu ini mendapati badan
mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang
mendapati susu badan mereka bertambah banyak. Namun, 3 PERKARA PENTING
ini perlu diamalkan:
- Minum 3Liter air sehari
- Pam susu 3 jam sekali
- Doa, tawakal
Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan
perangsang dan terus nampak perubahannya. Natural supplement bertindak
begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan
konsisten amalkan 3 perkara di atas.
Untuk mendapatkan SET MENYUSU SHAKLEE , boleh hubungi saya di talian berikut:
Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
Call/SMS/Whatsapp:017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh