Monday 28 October 2019

7 CARA DAN LANGKAH UNTUK DETOX HATI

Kali ini Lah nak kongsikan cara dan langkah untuk detox hati. Hati salah satu organ detox yang sebenarnya sangat penting.
Sebelum ni kita cuma fokus kepada detox usus, tapi penting juga kita kena detox hati / liver.


Sebelum tu nak cerita balik dari mana datangnya toksin masuk ke dalam sistem badan kita.

Nampak tu?
Memang dari sekeliling kita memberi kesan toksin kepada badan. Menakutkan betul tak?


Jadi macam mana hati berfungsi?
Boleh tengok gambar di atas ni.

Nampak tak ada excess toxin?
Sebab liver tak berfungsi dengan baik.
Sepatutnya toksin dibuang melalui peluh atau air kencing, tapi toksin tu disimpan pulak di dalam badan.

Salah satu tanda mungkin hati tidak melakukan detox dgn baik ialah perut buncit. Opssss

Sebab tu kita PERLU DETOX HATI

Kenapa perlu detox hati?
Sebab hati inilah yang menapis semua toksin dalam darah sebelum dibawa ke organ lain.

Tapi malangnya kalau hati pun tak didetox/ diservice dengan baik so apa akan jadi dengan hati?

Proses detox toksin pun tak berjalan dengan efektif. Betul tak?

Salah satu kesan hati tidak sihat ialah fatty liver.
Walau namanya “fatty” tak bermakna orang kurus tak ada.
Hanya melalui pemeriksaan doktor sahaja baru kita tahu hati kita sihat atau tidak. Jadi penting untuk kita buat annual check up untuk kita sedar tahap kesihatan kita dekat mana.


Siapa ada symtom mcm ni? ☝️
Mungkin anda ada masalah fatty liver.


Menakutkan tengok hati yang tidak sihat ni kan.

7 Langkah Untuk DETOX HATI


Ini adalah langkah untuk detox hati.

Lepas ni semua kena tidur sebelum pukul 10-11pm ya.

Kenapa?
Sebab pada pukul 10-11pm lah hati kita start jalankan tugas untuk detox toksin.
Tapi kalau masa tu kita masih sibuk berjaga, fungsi hati untuk detox tak berjalan dengan baik.




Resepi PULUT KUNING Lembut, Sedap & Mudah Sangat | Resepi Bonda

Resepi pulut kuning yang Lah nak kongsikan dengan anda semua ni adalah resepi dari myBonda yang Lah panggil Che.

Tak pernah tengok dan tanya pun cara buat pulut kuning sebelum ni. Yang pasti pulut kuning Che memang sedap.

Dan dipendekkan cerita, pada 21 Oktober 2019 anakanda sulung khatam Qur'an buat pertama kali. Lah memang dah niat nak buat pulut kuning sendiri bila anak khatam Quran.
Jadi nak ke tak nak kena la belajar dah buat pulut kuning. 

Kebetulan Che ada, terus esoknya 22hb mama belajar buat pulut kuning. Senang je rupanya.

Jom tengok rahsia resepi pulut kuning Che yang lembut dan sedap.


RESEPI PULUT KUNING
LEMBUT, SEDAP & MUDAH SANGAT

Bahan - bahannya:

Beras pulut 1 kg
Santan pekat 1/2 kg
Pewarna kuning limau
Serbuk kunyit
Cuka makan
Asam keping / gelugur 1pc
Garam & Gula

Cara - caranya:

1. Basuh beras pulut dan toskan air.

2. Masukkan pewarna kuning dan serbuk kunyit sedikit demi sedikit. Jadi ikut selera anda nak kuning terang atau tak.

3. Gaul sehingga rata.

4. Masukkan air sehingga tenggelam beras pulut.

5. Masukkan sedikit cuka (dalam 2 atau 3 sudu kecil) dan 1 keping asam gelugur. Tujuannya Che cakap untuk pulut kita nampak berkilat.

6. Rendam pulut kita 3 jam atau lebih. Lagi lama lagi lembut pulut kita dan cepat proses mengukus pulut nanti.


7. Bila dah puas hati dengan tempoh rendaman dan tak sabar nak tunggu dah, so jom la kita kukus.

8. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.

9. Toskan air atau letakkan beras pulut dalam pengukus.

10. Sementara tunggu pulut masak, masukkan santan ke dalam mangkuk, masukkan garam dan sedikit gula. Biar agak masin lebih sikit supaya bila masak nanti sedang-sedang elok je rasanya.

11. Kukus sehingga keluar wap, bukak penutup dan balik-balikkan pulut untuk pastikan pulut masak sekata.

12. Bila dah yakin pulut dah masak, angkat letak dalam bekas untuk digaulkan dengan santan.

13. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil gaul-gaulkan sehingga rata.

14. Masukkan sekali lagi pulut dalam pengukus, dan kukus selama setengah jam atau sehingga keluar wap.

15. Angkat dan makan dengan kari/rendang ayam/daging atau makan begitu sahaja pun sedap.


Puas hati tengok anakanda ni makan. Alhamdulillah percubaan pertama mama berjaya. Demi anak. Tahniah kakya sayang berjaya khatam Qur'an sebelum masuk darjah 6.

Sekiranya anda ada apa-apa nak.tanya boleh call/WhatsApp Lah 0179351615.

Boleh KLIK DISINI untuk direct WhatsApp Lah.





Monday 21 October 2019

APA ITU DETOX? | KENAPA PERLU DETOX | MANFAAT DETOX



Apa Itu Detox?

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Jelas kan Apa Itu Detox sekarang?

Terdapat banyak racun yang wujud di persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit. So, faham kan apa itu Detox?


Kenapa Perlu Detox?


Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit.

Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.


7 Manfaat Detox:

🦋 Menurunkan Berat Badan
🦋 Kolon Lebih Sihat
🦋 Meningkatkan Tenaga
🦋 Mengawal Nafsu Makan
🦋 Kulit Lebih Cantik
🦋 Menguatkan Sistem Imun
🦋 Tidur Lebih Lena



Pengalaman Detox

Lah sendiri dah pernah buat detox setahun yang lalu (2018). Bermula November 2018 dan selepas 2 bulan Lah berjaya turun 10kg. Ye...mungkin 10kg tak banyak dalam masa 2 bulan tapi yang pasti cara detox yang Lah selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Cerita lanjut pengalaman Lah buat DETOX boleh KLIK DISINI. Boleh tengok gambar perbezaan sebelum dan selepas.


Sekiranya anda nak dapatkan nasihat dan tips DETOX SIHAT ni boleh ☎️ 0179351615

Hilang 10kg Lepas Buat Detox | Testimoni Detox Sihat

Pertama kali nak kongsikan pengalaman dapat turunkan berat 10kg.

Titik permulaan Lah start buat detox sebab masalah kesihatan.
✓ pening
✓ selalu mengantuk
✓ cepat penat
✓ makan pening, tak makan pun pening

Bila dah jadi macam tu g klinik buat ujian darah, rupanya bacaan KOLESTROL tinggi 😭 jumpa pakar zat makanan dan beliau terangkan penyebab kolestrol n Cara nak turunkan bacaan kolestrol.

Terus insof. Takut nak makan macam-macam dah. Baru la semangat nak detox (walau pun sedar dah masa tu berat terlebih banyak dah) dan eat clean.

So my turning point is MASALAH KESIHATAN.

So niat sbnrnya masa buat detox nak sihat, nak turunkan kolestrol. Dan alhamdulillah lepas detox mmg jadi bertenaga tak ngantuk siang Hari dah. 

Dan the best part is berat badan pun turun ke berat ideal.

Meh tengok gambar daku. Ishhh malu 🙈🙈



Teruk nau muka gula (sugar face) Lah tu kan. Selain detox, Lah join NO SUGAR CHALLENGE. Kebetulan pulak Allah bagi peluang pada masa yang sangat tepat. Sebab tu boleh turun dengan cepat dan mudah.

Anda nak join detox cara Lah?

Meh kita sembang-sembang Lah share dengan korang.


Monday 14 October 2019

Macam mana vivix bantu pesakit buah pinggang


Cara vivix bantu pesakit buah pinggang. Ramai yang nak tahu macam mana cara vivix boleh bantu pesakit buah pinggang.


Apakah Resveratrol

Satu bahan penting dalam VIVIX iaitu resveratrol di mana RESVERATROL adalah sejenis antioksida – polifenol, yang didapati pada tumbuhan, buah-buahan, bijian dan kekacang.
Kulit anggur muscadine mengandungi konsentrasi resveratrol yang paling tinggi. Resveratrol bertindak sebagai ‘sistem imunisasi’ untuk memelihara sel-sel daripada jangkitan virus dan bakteria.

Secara spesifiknya, Vivix dan resveratrol terbaik untuk bantu masalah buah pinggang melalui 7 cara:

  1. Antioksidan: mengurangkan tekanan oksidatif pada sel nepron buah pinggang dan mengelakkan berlaku kerosakan yang lebih teruk pada saraf buah pinggang.
  2. Meningkatkan struktur dan bentuk buah pinggang yang normal
  3. Mengurangkan penggumpalan platlet pada buah pinggang
  4. Mengembangkan salur darah pada buah pinggang
  5. Mengurangkan proses lipid peroksida.
  6. Mengurangkan kematian sel saraf buah pinggang
  7. Memberikan tenaga pada sel sekaligus pesakit buah pinggang akan merasa bertenaga


TESTIMONI PESAKIT BUAH PINGGANG



Sekiranya anda nak dapatkan info lanjut tentang masalah buah pinggang,
Boleh hubungi Lah sekarang




Resepi Kuih SERI MUKA Sedap Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni tak nak cerita pasal vitamin la, Lah nak share resepi kuih seri muka yang sedap, mudah sangat nak buat dan menggunakan sukatan cawan.


Lah tahu korang pun macam Lah jugak, takde penimbang tu satu hal, kalau ada penimbang pun malas nak sukat dan timbang ni kan. Kerja nak mudah aje. Janji menjadi, sedap dan family suka makan. Betul tak.

Jom tengok resepi kuih seri muka sedap mudah dengan menggunakan sukatan cawan. Confirm jadi punya.


RESEPI KUIH SERI MUKA MUDAH SEDAP
GUNA SUKATAN CAWAN

Untuk lapisan bawah (pulut):


Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut
2 1/4 cawan santan cair
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1. Rendam beras pulut dengan air selama 1 jam.
2. Buang lebihan air, masukkan santan dan garam.
3. Kacau biar garam sekata.
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Ready untuk dikukus
Letakkan sehelai daun pandan untuk membangkitkan aroma pandan semulajadi.

Selepas dikukus
Keluarkan daun pandan dan tekan-tekan ratakan pulut jadi padat supaya cantik bila dipotong nanti.


Untuk lapisan atas (hijau):

Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jangung/kastard
1/2 cawan gula
1/4 sudu garam
1 biji telur *alternatif taknak pun xpe, pun sedap jugak tak letak telur

Cara-caranya:

 1.Campurkan semua bahan.
2. Kacau sebati.
3. Panaskan atas api sekejap je tak perlu sampai mendidih.
4. Tuangkan atas pulut tapi tapis dulu tau, tak nak ada ketul-ketul tepung yang tak hancur.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus 45 minit atau sehingga masak.

Dah ready untuk dikukus
After an hour later........

Taraaaaaaaaa....

Lubang 2 mata tu sebab kene cucuk untuk tengok dah masak ke belum 😉

Biarkan sejuk dulu baru boleh potong. Baru la cantik kejadiannya. Kalau tak, menggerutu la bila potong. Hahahaa..tapi takpe, janji sedap kan.

Selamat mencuba.

~ Bake with Love by MekComey ~

Monday 7 October 2019

ALFALFA SHAKLEE | Kelebihan Dan Manfaat Alfalfa Complex Shaklee

Alfalfa merupakan tumbuhan yang mempunyai banyak khasiat. Jadi Lah nak kongsikan dengan anda semua kelebihan dan manfaat Alfalfa Complex daripada Shaklee.


Sebelum Lah terangkan kelebihan dan manfaat ALFALFA SHAKLEE, jom kita tengok macam mana rupa tablet alfalfa complex ini.


Jom tengok video Lah unboxing botol alfalfa. Klik video kat bawah ni tau 👇👇👇



Kebaikan Dan Manfaat 
AlfalfaComplex

✓ Untuk pelangsingan dan pengurangan berat badan
✓ Untuk melancarkan pembuangan dan mengelakkan sembelit
✓ Untuk atasi masalah bau badan
✓ Untuk meningkatkan kesuburan suami isteri dan membantu memperbaiki masalah cyst di kalangan wanita
✓ Untuk kecantikan kulit dan mengatasi masalah jerawat
✓ Untuk atasi masalah alergik, sinusitis, resdung, bersin tak berhenti, eczema
✓ Untuk mengurangkan gastrik dan perut sensitif
✓ Masalah anemia (kurang darah), masalah tinggi kolestrol, diabetes dan gout
✓ Masalah hypothyrodism dan infeksi pada ginjal dan pundi kencing serta saluran urinari
✓ Mengurangkan retensi air dan garam berlebihan
✓ Mengatasi keletihan dan kelesuan badan tanda asid tinggi dalam tubuh
✓ Masalah sakit sendi dan rapuh tulang
✓ Untuk ibu berpantang dan menyusukan anak
✓ Baik untuk menghadapi menopause
✓ Kaya dengan protein asid amino untuk atasi kekurangan nutrien
✓ Dan baaaanyaaaakkkkk lagi

Jom la dengar celoteh Lah pulak dalam video kat bawah. Video ni diawal-awal penglibatan Lah ber"vlog". Jadi maafkan kekayuan daku 🤣 tengok tau 😉


Lah sendiri jatuh cinta dengan alfalfa ni sebab bantu Lah meriahkan susu badan semasa menyusu anak kedua yang sekarang dah berumur 7 tahun. Alfalfa merupakan antara produk terawal Lah makan selepas set berpantang. Terus jatuh cinta dengan semua produk Shaklee sampai hari ini.

Jadi anda mesti cuba Alfalfa ni tanpa was-was. Pelbagai kelebihan dan manfaat Alfalfa Complex. 

Anda hubungi Lah dan beritahu apa masalah anda. Lah akan cadangkan produk yang betul dengan masalah anda berserta dengan cara makan yang betul.

HUBUNGI LAH SEKARANG
0179351615
0179351615

Call boleh, WhatsApp pun boleh. Klik je di SINI untuk WhatsApp Lah.




Vzhskjsd

Sunday 6 October 2019

Rahsia Dapur Berkilat | Cara Cuci Dan Hilangkan Minyak Di Dapur

Anda mencari cara cuci dapur untuk hilangkan kesan minyak selepas masak?
Lah kongsikan dengan anda cara cuci dan hilangkan minyak di dapur dengan mudah, cepat dan terbukti berkesan.


Hanya menggunakan BASIC H kerja mencuci anda jadi cepat dan menyeronokkan. Cepat tanggal minyak dan yang penting menjaga kehalusan jari jemari anda.

Jom tengok video di bawah ni 👇👇👇


Anda dah lihat video di atas? 

Best kan. Sangat mudah nak tanggalkan minyak yang banyak melekat kat dapur. Tambah lagi kalau masak sambal dan menggoreng, banyak minyak terpercik kat dapur kita. Eeee stresssss 🤣🤣

Ini gambar sebelum cuci 👇👇👇


Banyak minyak kan. Geram je nengok dapur macam ni. Nak masak pun hilang semangat. Hahahaa...

Jadi sebelum mulakan proses mencuci, Lah campurkan 1 penutup basic h ke dalam botol penyembur dengan air penuh botol penyembur ni. Goncangkan supaya basic H tak terkumpul kat bawah botol je nanti.



Langkah pertama, sembur air yang dicampur dengan basic h tadi ke seluruh dapur terutama kawasan yang banyak kesan minyak.



Biarkan seketika supaya kesan kotoran yang kering mudah untuk ditanggalkan.

Dengan menggunakan kain yang mudah meresap air, lap seluruh permukaan dapur sekali lalu untuk buang minyak terlebih dulu.

Kemudian semburkan sekali lagi air basic h ke seluruh dapur dan sental-sental manja pada kotoran yang lama.

Akhirnya sekali dengan menggunakan kain yang bersih, lap dapur sekali lagi untuk hasil yang wow, dapur BERKILAT tanpa kesan minyak sedikit pun.



Haaa berkilat cing cing kan 😉 dah nampak macam dapur baru beli je gayanya. Baru la semangat nak masak. Tapi ada jugak datang perasaan jadi sayang pulak nak masak dan kotorkan semula..hahahaa.. macam-macam perangai orang perempuan ni tau.

Tapi yang paling bestnya kan, basic h ni memang jaga kelembapan tangan. Tak kering pun jari walau tak pakai sarung tangan masa mencuci tadi.


Anda nak dapatkan Basic H?

Hubungi Lah sekarang.