Sunday 6 October 2019

Rahsia Dapur Berkilat | Cara Cuci Dan Hilangkan Minyak Di Dapur

Anda mencari cara cuci dapur untuk hilangkan kesan minyak selepas masak?
Lah kongsikan dengan anda cara cuci dan hilangkan minyak di dapur dengan mudah, cepat dan terbukti berkesan.


Hanya menggunakan BASIC H kerja mencuci anda jadi cepat dan menyeronokkan. Cepat tanggal minyak dan yang penting menjaga kehalusan jari jemari anda.

Jom tengok video di bawah ni 👇👇👇


Anda dah lihat video di atas? 

Best kan. Sangat mudah nak tanggalkan minyak yang banyak melekat kat dapur. Tambah lagi kalau masak sambal dan menggoreng, banyak minyak terpercik kat dapur kita. Eeee stresssss 🤣🤣

Ini gambar sebelum cuci 👇👇👇


Banyak minyak kan. Geram je nengok dapur macam ni. Nak masak pun hilang semangat. Hahahaa...

Jadi sebelum mulakan proses mencuci, Lah campurkan 1 penutup basic h ke dalam botol penyembur dengan air penuh botol penyembur ni. Goncangkan supaya basic H tak terkumpul kat bawah botol je nanti.



Langkah pertama, sembur air yang dicampur dengan basic h tadi ke seluruh dapur terutama kawasan yang banyak kesan minyak.



Biarkan seketika supaya kesan kotoran yang kering mudah untuk ditanggalkan.

Dengan menggunakan kain yang mudah meresap air, lap seluruh permukaan dapur sekali lalu untuk buang minyak terlebih dulu.

Kemudian semburkan sekali lagi air basic h ke seluruh dapur dan sental-sental manja pada kotoran yang lama.

Akhirnya sekali dengan menggunakan kain yang bersih, lap dapur sekali lagi untuk hasil yang wow, dapur BERKILAT tanpa kesan minyak sedikit pun.



Haaa berkilat cing cing kan 😉 dah nampak macam dapur baru beli je gayanya. Baru la semangat nak masak. Tapi ada jugak datang perasaan jadi sayang pulak nak masak dan kotorkan semula..hahahaa.. macam-macam perangai orang perempuan ni tau.

Tapi yang paling bestnya kan, basic h ni memang jaga kelembapan tangan. Tak kering pun jari walau tak pakai sarung tangan masa mencuci tadi.


Anda nak dapatkan Basic H?

Hubungi Lah sekarang.






No comments: