Monday 28 October 2019

7 CARA DAN LANGKAH UNTUK DETOX HATI

Kali ini Lah nak kongsikan cara dan langkah untuk detox hati. Hati salah satu organ detox yang sebenarnya sangat penting.
Sebelum ni kita cuma fokus kepada detox usus, tapi penting juga kita kena detox hati / liver.


Sebelum tu nak cerita balik dari mana datangnya toksin masuk ke dalam sistem badan kita.

Nampak tu?
Memang dari sekeliling kita memberi kesan toksin kepada badan. Menakutkan betul tak?


Jadi macam mana hati berfungsi?
Boleh tengok gambar di atas ni.

Nampak tak ada excess toxin?
Sebab liver tak berfungsi dengan baik.
Sepatutnya toksin dibuang melalui peluh atau air kencing, tapi toksin tu disimpan pulak di dalam badan.

Salah satu tanda mungkin hati tidak melakukan detox dgn baik ialah perut buncit. Opssss

Sebab tu kita PERLU DETOX HATI

Kenapa perlu detox hati?
Sebab hati inilah yang menapis semua toksin dalam darah sebelum dibawa ke organ lain.

Tapi malangnya kalau hati pun tak didetox/ diservice dengan baik so apa akan jadi dengan hati?

Proses detox toksin pun tak berjalan dengan efektif. Betul tak?

Salah satu kesan hati tidak sihat ialah fatty liver.
Walau namanya “fatty” tak bermakna orang kurus tak ada.
Hanya melalui pemeriksaan doktor sahaja baru kita tahu hati kita sihat atau tidak. Jadi penting untuk kita buat annual check up untuk kita sedar tahap kesihatan kita dekat mana.


Siapa ada symtom mcm ni? ☝️
Mungkin anda ada masalah fatty liver.


Menakutkan tengok hati yang tidak sihat ni kan.

7 Langkah Untuk DETOX HATI


Ini adalah langkah untuk detox hati.

Lepas ni semua kena tidur sebelum pukul 10-11pm ya.

Kenapa?
Sebab pada pukul 10-11pm lah hati kita start jalankan tugas untuk detox toksin.
Tapi kalau masa tu kita masih sibuk berjaga, fungsi hati untuk detox tak berjalan dengan baik.




No comments: