Monday 21 October 2019

APA ITU DETOX? | KENAPA PERLU DETOX | MANFAAT DETOX



Apa Itu Detox?

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Jelas kan Apa Itu Detox sekarang?

Terdapat banyak racun yang wujud di persekitaran kita, yang datangnya secara semula jadi daripada kandungan bahan kimia dan tiruan; lihat saja pada udara yang anda hirup, air yang anda teguk, peralatan dan perkakas yang anda sering gunakan, juga tempat yang anda selalu berada dan anda akan sedar kehadiran unsur yang bukan semula jadi atau tidak berkhasiat.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini, menjadikan tubuh sebagai perumah dan kemudiannya merubah cara ianya berfungsi dengan menjadi yang lebih teruk! Pencemaran dan kesannya seringkali dikaitkan kepada berbagai masalah perubatan malahan meningkatkan risiko diserang pelbagai jenis penyakit. So, faham kan apa itu Detox?


Kenapa Perlu Detox?


Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit.

Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.


7 Manfaat Detox:

🦋 Menurunkan Berat Badan
🦋 Kolon Lebih Sihat
🦋 Meningkatkan Tenaga
🦋 Mengawal Nafsu Makan
🦋 Kulit Lebih Cantik
🦋 Menguatkan Sistem Imun
🦋 Tidur Lebih Lena



Pengalaman Detox

Lah sendiri dah pernah buat detox setahun yang lalu (2018). Bermula November 2018 dan selepas 2 bulan Lah berjaya turun 10kg. Ye...mungkin 10kg tak banyak dalam masa 2 bulan tapi yang pasti cara detox yang Lah selamat dan tidak memudaratkan kesihatan.

Cerita lanjut pengalaman Lah buat DETOX boleh KLIK DISINI. Boleh tengok gambar perbezaan sebelum dan selepas.


Sekiranya anda nak dapatkan nasihat dan tips DETOX SIHAT ni boleh ☎️ 0179351615

No comments: