Monday 14 October 2019

Resepi Kuih SERI MUKA Sedap Mudah Sukatan Cawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Kali ni tak nak cerita pasal vitamin la, Lah nak share resepi kuih seri muka yang sedap, mudah sangat nak buat dan menggunakan sukatan cawan.


Lah tahu korang pun macam Lah jugak, takde penimbang tu satu hal, kalau ada penimbang pun malas nak sukat dan timbang ni kan. Kerja nak mudah aje. Janji menjadi, sedap dan family suka makan. Betul tak.

Jom tengok resepi kuih seri muka sedap mudah dengan menggunakan sukatan cawan. Confirm jadi punya.


RESEPI KUIH SERI MUKA MUDAH SEDAP
GUNA SUKATAN CAWAN

Untuk lapisan bawah (pulut):


Bahan-bahannya:

2 cawan beras pulut
2 1/4 cawan santan cair
1 sudu kecil garam

Cara-caranya:

1. Rendam beras pulut dengan air selama 1 jam.
2. Buang lebihan air, masukkan santan dan garam.
3. Kacau biar garam sekata.
4. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Ready untuk dikukus
Letakkan sehelai daun pandan untuk membangkitkan aroma pandan semulajadi.

Selepas dikukus
Keluarkan daun pandan dan tekan-tekan ratakan pulut jadi padat supaya cantik bila dipotong nanti.


Untuk lapisan atas (hijau):

Bahan-bahannya:

2 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jangung/kastard
1/2 cawan gula
1/4 sudu garam
1 biji telur *alternatif taknak pun xpe, pun sedap jugak tak letak telur

Cara-caranya:

 1.Campurkan semua bahan.
2. Kacau sebati.
3. Panaskan atas api sekejap je tak perlu sampai mendidih.
4. Tuangkan atas pulut tapi tapis dulu tau, tak nak ada ketul-ketul tepung yang tak hancur.
5. Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus 45 minit atau sehingga masak.

Dah ready untuk dikukus
After an hour later........

Taraaaaaaaaa....

Lubang 2 mata tu sebab kene cucuk untuk tengok dah masak ke belum 😉

Biarkan sejuk dulu baru boleh potong. Baru la cantik kejadiannya. Kalau tak, menggerutu la bila potong. Hahahaa..tapi takpe, janji sedap kan.

Selamat mencuba.

~ Bake with Love by MekComey ~

No comments: