Saturday 28 December 2019

Gambar Gerhana Matahari Cincin 2019 | Gambar Pantulan Cahaya Gerhana Matahari

Jom Lah kongsikan gambar-gambar yang sempat Lah rakam pada hari berlakunya fenomena gerhana matahari cincin pada 26 Disember 2019.











Dan gambar-gambar bayang pokok hasil pantulan cahaya gerhana matahari.







MasyaAllah. Hebatnya ciptaan Allah swt.

Anda boleh tengok keindahan pantulan cahaya gerhana matahari yang Lah rakam sendiri. Klik video di bawah 👇


GERHANA MATAHARI CINCIN 2019 | PANTULAN CAHAYA GERHANA MATAHARI

Alhamdulillah sempat tengok fenomena alam yang menunjukkan kejadian Allah yang sangat hebat iaitu Gerhana Matahari Cincin yang berlaku pada 26 Disember 2019.


Mula-mula Lah tak tahu pun akan ada gerhana matahari pada hari tu. Sibuk duk mengemas tudung-tudung lama, tiba-tiba pelik kenapa rasa tak sedap mata memandang, rasa suram tiba-tiba cahaya luar rumah. Kebetulan pulak mak call. Dia yang bagitahu abang sulung cakap ada kejadian gerhana matahari.

Terus cepat-cepat keluar rumah, kononnya nak tengok sendiri. Tapi mana boleh tengok dengan mata kasar. Sakit mata kot kan. Hihiii... So cuba la rakam dengan fon.

Alhamdulillah sempat menyaksikan sendiri kejadian alam yang jarang-jarang berlaku ini. Jom tengok video yang Lah rakam di bawah 👇




Maaf sekiranya visual kurang memuaskan kerana Lah guna fon Redmi je.

Simpan dalam YouTube dan blog untuk kenangan dan tatapan bersama korang.

Feel free to LIKE COMMENTS SHARE ye. Yang penting klik SUBSCRIBE tau kat channel YouTube Lah tu. 

Thanks for watching gaiissss 😘

Saturday 21 December 2019

TESTIMONI PENGGUNA BERPUAS HATI AMALKAN KOLAGEN SHAKLEE

Jom kita tengok apa kata pengguna yang telah mengamalkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER













Anda nak dapatkan SHAKLEE COLLAGEN POWDER PLUS?


Atau hubungi Lah sekarang
☎️0179351615

7 RAMUAN UTAMA DALAM SHAKLEE COLLAGEN POWDER PLUS (SCPP)

Ramai pengamal dan peminat kolagen.
Anda tahu tak kolagen apa yang terbaik di pasaran sekarang?

Semestinya kolagen daripada Shaklee iaitu SHAKLEE COLLAGEN POWDER PLUS (SCPP).



7 ramuan utama dalam SCPP

1) KOLAGEN DARI SISIK IKAN MERAH
# sisik ikan merah adalah sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan

2) EKSTRAK BIJI CAMELLIA JAPONICA
# terdiri daripada asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas

3) EKSTRAK PFAFFIA
# apabila digabung dengan Camellia Japonica, ia membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic.Asid hyaluronic ini memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembap, lembut dan licin

4) ELASTIN KOLAGEN IKAN
# Elastin memelihara kulit menjadi fleksible tetapi tegang, reaksi melantun apabila kulit ditarik. Elastin bersama kolagen akan mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik

5) VITAMIN C DAN VITAMIN B
# Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit
# Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan kolagen di dalam sel

6) EKSTRAK KERANGAN
# Glucosamine ekstrak kekerang penting untuk sintesis cecair sinovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

7) LACTOBACILLUS ACIDOPHILUS
# Membantu mengimbangi microflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


taraa.. & kombinasi yang cukup mantap untuk menghasilkan kolagen yang TERHEBAT untuk anda tampil lebih muda dan menawan.

ANDA NAK DAPATKAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER PLUS?

Saturday 7 December 2019

AKTIVITI CUTI SEKOLAH 2019 | MANDI KOLAM RENANG

Cuti sekolah tahun 2019, tak banyak aktiviti yang mama rancang. Kita ikut flow je tahun ni.

Bermula dengan hantar tokche ke KLIA untuk pergi umrah, pastu duk ulang mandi kolam kat rumah ayah long diorang.

Alhamdulillah suka sangat la kan budak-budak main air.

Meh la mama simpan gambar kat sini sebagai kenangan buat anak-anak mama besar nanti.











RESEPI RINGKAS ROTI GORENG CHEESE SPECIAL


Resepi yang sangat mudah. Roti goreng cheese special ni Lah biasanya buat untuk sarapan pagi. Kadang dah boring kan duk makan nasi goreng mee bihun goreng semua tu kan. Jadi datang ilham buat roti ni

Pertama kali kalau tak silap, adik ipar buat pergi rumah dia kat Seremban. Eh sedap jugak, almaklumlah Lah ni h"cheese". Jadi apa-apa masakan berasaskan cheese memang tekak happy je menelan.

Resepi ni ikut selera sedap tekak Lah je tau. Korang boleh ubah ikut selera dan citarasa korang sendiri.

Nama ROTI GORENG CHEESE SPECIAL ni pun Lah suka suki je letak. Terpulang kat korang la nak panggil resepi ni apa ye.

Bahan-bahannya:

Roti
Sosej
Mayonis
Cheese slice
Sos cili
Telur
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Sapukan mayonis pada kepingan roti pertama.

2. Susun sosej ikut citarasa anda.

3. Letakkan sos cili.

4. Potong cheese slices kepada 4 bahagian.

5. Susun cheese atas susunan sosej tadi

6. Letakkan sedikit mayonis di atasnya untuk tambahkan rasa lemak-lemak semasa gigit nanti.

7. Tutup dengan kepingan roti kedua dan potong kepada 4 bahagian.

8. Pecahkan dan pukul 2 biji telur yang ditambah sedikit garam. Nak lagi crunchy boleh tambahkan sedikit tepung ke dalam telur ini.

9. Celupkan roti tadi ke dalam telur. Pastikan kena ke seluruh permukaan roti.

10. Goreng dalam api yang panas supaya tak masuk minyak dalam roti. Kawal kepanasan api, jangan sampai roti cepat hangus.

11. Taraaaaaa...siap untuk dimakan. Sedap makan ketika masih panas. Dicicah pula dengan sos Thai. Memang terangkat habis. 


Jom KLIK video di bawah 👇




Sebarang pertanyaan boleh hubungi Lah

Thursday 28 November 2019

Pengalaman Pertama Kali Jejak Home Office Shaklee


Lah kenal shaklee dah 7 tahun. Bermula dengan set berpantang masa bersalinkan Arsyad Mei 2012. Lepas tu join ahli November 2012. Semuanya sebab #ShakleeEffect yang ohsem sangat masa berpantangkan Arsyad. Badan rasa cergas, ringan, luka bersalin cepat sembuh dan takde masalah sembelit.

Tapi sejak kenal Shaklee tak pernah jejakkan kaki ke Home Office (HQ) Shaklee. Dan hari ni (28 November 2019) dapat pergi sekejap tadi. Ya Allah seronoknya. Tapi sedih, sekejap sangat, tak puas nak lepak lama-lama. Moga Ada rezeki jejakkan kaki ke HQ lagi.

APA BEZA HOME OFFICE DENGAN BRANCH KOTA BHARU

Kenapa Lah nak bezakan HQ dengan Branch Kota Bharu (KB)? Sebab Lah tinggal kat Kelantan. Jadi segala urusan beli stok selalu beli kat branch KB atau order online.

Yang paling berbeza ialah cara ambil barang. Kat branch KB kita order, bayar dan ambil barang kat kaunter. Tapi dekat HQ kita ambil sendiri produk yang kita nak. Macam shopping kat pasaraya gittewww 😉 Seronok sangat.

Jom kita tengok sikit Lah kongsikan gambar pergi ke HQ Shaklee tadi.









Semoga dipanjangkan umur untuk ke HQ SHAKLEE lagi masa akan datang.

Sekiranya anda nak dapatkan konsultasi tentang vitamin sesuai dengan masalah kesihatan anda, boleh hubungi Lah sekarang ☎️ 0179351615

Boleh juga KLIK DISINI untuk terus WhatsApp Lah.