Saturday 7 December 2019

RESEPI RINGKAS ROTI GORENG CHEESE SPECIAL


Resepi yang sangat mudah. Roti goreng cheese special ni Lah biasanya buat untuk sarapan pagi. Kadang dah boring kan duk makan nasi goreng mee bihun goreng semua tu kan. Jadi datang ilham buat roti ni

Pertama kali kalau tak silap, adik ipar buat pergi rumah dia kat Seremban. Eh sedap jugak, almaklumlah Lah ni h"cheese". Jadi apa-apa masakan berasaskan cheese memang tekak happy je menelan.

Resepi ni ikut selera sedap tekak Lah je tau. Korang boleh ubah ikut selera dan citarasa korang sendiri.

Nama ROTI GORENG CHEESE SPECIAL ni pun Lah suka suki je letak. Terpulang kat korang la nak panggil resepi ni apa ye.

Bahan-bahannya:

Roti
Sosej
Mayonis
Cheese slice
Sos cili
Telur
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1. Sapukan mayonis pada kepingan roti pertama.

2. Susun sosej ikut citarasa anda.

3. Letakkan sos cili.

4. Potong cheese slices kepada 4 bahagian.

5. Susun cheese atas susunan sosej tadi

6. Letakkan sedikit mayonis di atasnya untuk tambahkan rasa lemak-lemak semasa gigit nanti.

7. Tutup dengan kepingan roti kedua dan potong kepada 4 bahagian.

8. Pecahkan dan pukul 2 biji telur yang ditambah sedikit garam. Nak lagi crunchy boleh tambahkan sedikit tepung ke dalam telur ini.

9. Celupkan roti tadi ke dalam telur. Pastikan kena ke seluruh permukaan roti.

10. Goreng dalam api yang panas supaya tak masuk minyak dalam roti. Kawal kepanasan api, jangan sampai roti cepat hangus.

11. Taraaaaaa...siap untuk dimakan. Sedap makan ketika masih panas. Dicicah pula dengan sos Thai. Memang terangkat habis. 


Jom KLIK video di bawah 👇




Sebarang pertanyaan boleh hubungi Lah

No comments: