Saturday 25 October 2014

SiPINKY is BACK

Assalamualaikum wrt.

Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar.

Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad saw.

Alhamdullilah setelah 2 tahun menyepi membiarkan blog ini bersawang tebal akhirnya MekComey [MC] bangun dari tidur yang lena.

Moga kebangkitan ini membawa rezeki yang melimpah ruah dan diberkati oleh Allah swt.


Bangkitnya MC dengan kembalinya si pinky kesayangan MC iaitu NoteII yang dah dibaiki oleh gewe MC. Tak sangka boleh baiki tanpa kena tukar motherboard macam staf service centre Samsung gitau dulu (bulan 3 2015 noteII buat hal) dengan kos RM600 .
Dengan hanya tukar EMEI RM150 dan bateri RM60 siPinky kesayangan MC ber"nyawa" semula.

Alhamdulillah wa syukrulillah.

Moga semangat baru yang datang ni terus mekar dan membuahkan hasil.


Your trusted SID,

MekComey a.k.a Fadzilah Ismail


Feel free to contact me 017.935.1615

Monday 13 October 2014

RESEPI CHEESEKUT


Meh saya nak share resepi CHEESEKUT versi saya. Lama dah teringin nak makan cheesekut ni. Tapi tak tergerak hati nak google resepi. So terbiar macam tu je la rasa nak makan cheesekut.

Akhirnya bila teringin tu datang lagi dan tengok stok biskut kering banyak kat dapur terus google resepi. Sempat la tengok beberapa resepi dari en. gugel. Dan akhirnya terus pergi beli barang.

Rupanya mudah sesangat nak buat cheesekut ni..sesimple A B C..cewaahhh belagak pulak dah....kekkeee

Dari hasil gugel dan kekreativitian ku maka inilah hasilnya.....


Nampak tak lelehan cheese tu..mavelesss habaq hangg...lagi banyak cheese lagi sedap kot. Sebab ku HANTU CHEESE!!

Ok..ni meh nak share ckit resepi dan cara-cara saya buat cheesekut.


Bahan2nya:
1 pack biskut hupseng deluxe cracker (ai guna cream cracker je..hbskan biskut yg ada)
250g cream cheese
1/4 tin susu pekat (klo nk manis buh lebih)
6 sudu besar susu full cream (ai gn fresh milk)


Utk topping ikut suka nk guna ape:
Nestum
Vico/Coco
Coklat rise
Apa-apa aje yg korang nak wat hiasan


Cara-caranya:
1. Pukul guna mixer atau bland guna blander cream cheese, susu pekat dan susu full cream *klo rs pekat sgt tmbh lg susu full cream *kepekatan ikut suke
2. Tuang susu full cream dalam mangkuk
3. Celup biskut dalam susu then susun dalam bekas *celup je tau bukan rendam
4. Tuang cream cheese tadi atas biskut
5. Tabur topping
6. Ulang step 3 4 5..ikut suka la brp lapis..agak2 cukup cream cheese tu
7. Dah siap melapis masuk peti sejuk lenih kurang dalam 6-8jam
8. Dah boleh makan...yummmehhh..hehee
 
  Inilah hasilnya CHEESEKUT ku yang soodaaaappppp.

Silalah cuba try test buat ye. Confirm sedap uolllssss.
Lepas ni nak try buat CHEESEKUT MEALSHAKE pulak..

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU

Mencari makanan tambahan untuk ibu susukan anak? Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat menggalakkan pengeluaran susu badan. Tetapi sebelum mengambil apa-apa makanan ibu-ibu perlu mengetahui punca yang menyebabkan mengapa susu badan ibu-ibu berkurangan. Apabila punca dapat dikenalpasti barulah senang untuk ibu-ibu cari jalan penyelesaiannya.

Di sini saya kongsikan antara makanan yang dapat membantu menambahkan susu ibu dari petua dan pengalaman orang-orang tua. Antaranya ialah:

1* Kurma - Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Selain itu kurma merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu. Seeloknya kurma diamalkan makan ketika ibu mengandung kerana boleh mengelakkan bayi terkena penyakit kuning (juandis).

2* Halba (Fenugreek) - Halba antara rempah yang popular digunakan untuk menambahkan susu termasuk kaum Cina juga gemar menggunakan halba untuk tujuan yang sama. Caranya ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja

3* Jintan Hitam (habbatus sauda / black seed) - Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Caranya sama seperti halba atau boleh digigit begitu sahaja.
 
4* Lobak Putih - Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. Sesuai juga dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

5* Air Longan - Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Atau boleh juga rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

6* Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

7* Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

8* Bunga Melur - Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

9* Pucuk Betik - Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

10* Tuaman Daun Sirih - Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

11* Jantung Pisang - Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

12* Makanan Tinggi CLA - Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.


Pengambilan Air - Haruslah diingat bah awa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang - Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi - "Susu saya cukup untuk bayi saya!"
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam - Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa - Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.


SUPPLEMENT UNTUK TAMBAHKAN SUSU IBU 

Point-point di atas adalah antara makanan dan cara menambah susu badan. Selain itu, jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Baru la penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Suplemen atau makanan tambahan untuk ibu menyusukan anak atau lebih dikenali dengan nama SET MENYUSU SHAKLEE atau SET BREASTFEEDING SHAKLEE menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Set ini mengandungi:

SET MENYUSU SHAKLEE

Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.

Ibu-ibu yang pernah mengambil set menyusu ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:
  1. Minum 3Liter air sehari
  2. Pam susu 3 jam sekali
  3. Doa, tawakal
Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya. Natural supplement bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas.


Untuk mendapatkan SET MENYUSU SHAKLEE , boleh hubungi saya di talian berikut: 

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
Call/SMS/Whatsapp:017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Thursday 2 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE MACHANG, KELANTAN

Pengedar Shaklee Machang, Kelantan
Saya adalah pengedar sah Shaklee di Machang, Kelantan. Kepada anda yang tinggal di Machang atau daerah yang berdekatan, boleh dapatkan vitamin Shaklee daripada pengedar Shaklee di Machang, Kelantan iaitu saya sendiri; Puan Fadzilah Binti Ismail. Saya menawarkan harga yang menarik dan konsultasi yang berterusan sekiranya anda membeli dengan saya. Saya boleh COD ke kawasan-kawasan berdekatan daerah Machang dan juga boleh membuat mengeposan menggunakan poslaju ke seluruh negara. Anda juga boleh menghubungi saya untuk membuat pesanan atau pembelian vitamin Shaklee; atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk dan keahlian Shaklee. Berhubunglah dengan saya, Pengedar Shaklee Machang, Kelantan.

Fadzilah Ismail


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

PENGEDAR SHAKLEE MACHANG, KELANTAN : PRODUK KEGILAAN SAYA _ SET ASAS SHAKLEE

Apa yang BEST PRODUK SHAKLEE ni???
Meh nak cerita pengalaman saya menggunakan produk Shaklee yang dah jadi kegemaran saya dan buat saya rasa tak lengkap hidup saya kalau tertinggal satu hari. Dengan kata lain tiap-tiap hari WAJIB telan dan guna produk tersebut.

PRODUK 1 ~ SET ASAS SHAKLEE

Set Asas Shaklee
Vitalea ~ Merupakan Multivitamin yang membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral untuk badan yang diperkayakan dengan zat besi untuk membantu kecergasan badan dan melengkapkan keperluan zat akibat nutrisi harian yang tidak seimbang. Jadi badan rasa bertenaga dan tidak mudah penat dan mengantuk.

Sustained Release Vita-C Plus 500mg ~ Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini membantu menyediakan vitamin C yang cukup untuk keperluan tubuh kita. Ia juga membantu dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan kesihatan tubuh badan. Lagi buat saya jatuh hati sebab vitamin C ini saya larutkan dalam air dan jadikan masker.

B-Complex ~ B Complex Shaklee mengandungi vitamin B yang lengkap, iaitu 8 jenis vitamin B tersebut dapat membantu memelihara kesihatan yang baik.
- B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.
- Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu kesihatan kita.
- B Complex juga menjadi agen penenang untuk menghilangkan "stress" kita.

Cukup satu produk dulu untuk entry kali ini. Banyak lagi sebenarnya produk Shaklee yang menjadi kegemaran saya. Nanti saya akan sambung dalam entry akan datang.


Untuk mendapatkan SET ASAS SHAKLEE , boleh hubungi saya di talian berikut: 


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
Call/SMS/Whatsapp:017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Wednesday 1 October 2014

PENGEDAR SHAKLEE MACHANG, TANAH MERAH, KELANTAN : JATUH CINTA DENGAN SHAKLEE

 
SALAM OKTOBER buat semua.
 
Jatuh cinta dengan Shaklee bermula dengan SET BERPANTANG selepas melahirkan anak kedua saya. Semasa usia kandungan tujuh bulan saya sudah mula "survey" set bersalin atau set berpantang dalam internet. Tapi dalam banyak-banyak produk saya tertarik untuk cuba produk Shaklee. Banyak testimoni yang saya baca kesannya majoriti positif dan berkesan.
 
Selepas merasai sendiri kesan berpantang dengan vitamin shaklee saya dapat rasakan perbezaan semasa berpantang anak pertama di mana saya tidak mengambil apa-apa ubat atau supplement ketika itu.
 
Set Berpantang Shaklee
 Ini set yang saya makan.
Luka bersalin cepat sembuh dan dalam masa dua minggu badan rasa sihat macam bukan dalam pantang. Susu badan juga Alhamdulillah banyak. Terus terbuka hati untuk mendaftar menjadi ahli bila tengok kejayaan kawan yang join shaklee ni. Dalam hati berkata "ohh boleh buat pendapatan sampingan dengan shaklee ni rupanya".
 
Langsung tidak terlintas untuk bersama shaklee sejauh ini. Malah di awal perkenalan dengan jenama shaklee tidak pernah tahu yang shaklee merupakan perniagaan berasaskan "Multi-Level-Marketing".
 
Tetapi bila dikaji sistem pemasaran Shaklee yang sangat adil dan langsung tidak menindas orang bawah (downline) saya makin jatuh cinta dengan Shaklee.

Sehinggalah saat ini saya masih terus bersemangat untuk terus berkongsi kebaikan shaklee dengan semua di luar sana untuk sama-sama merasai kehebatan bersama Shaklee.