Monday 13 October 2014

MAKANAN TAMBAHAN UNTUK IBU MENYUSU

Mencari makanan tambahan untuk ibu susukan anak? Terdapat pelbagai jenis makanan yang dapat menggalakkan pengeluaran susu badan. Tetapi sebelum mengambil apa-apa makanan ibu-ibu perlu mengetahui punca yang menyebabkan mengapa susu badan ibu-ibu berkurangan. Apabila punca dapat dikenalpasti barulah senang untuk ibu-ibu cari jalan penyelesaiannya.

Di sini saya kongsikan antara makanan yang dapat membantu menambahkan susu ibu dari petua dan pengalaman orang-orang tua. Antaranya ialah:

1* Kurma - Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Selain itu kurma merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium.  Ia juga membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu. Seeloknya kurma diamalkan makan ketika ibu mengandung kerana boleh mengelakkan bayi terkena penyakit kuning (juandis).

2* Halba (Fenugreek) - Halba antara rempah yang popular digunakan untuk menambahkan susu termasuk kaum Cina juga gemar menggunakan halba untuk tujuan yang sama. Caranya ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja

3* Jintan Hitam (habbatus sauda / black seed) - Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah. Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut. Caranya sama seperti halba atau boleh digigit begitu sahaja.
 
4* Lobak Putih - Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam. Sesuai juga dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.  Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

5* Air Longan - Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. Atau boleh juga rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

6* Cekur Manis - Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

7* Kacang Tanah - Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

8* Bunga Melur - Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

9* Pucuk Betik - Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

10* Tuaman Daun Sirih - Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

11* Jantung Pisang - Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

12* Makanan Tinggi CLA - Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.


Pengambilan Air - Haruslah diingat bah awa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan.  Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang.  Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.

Pemakanan seimbang - Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan.  Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian.  Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.

Psikologi - "Susu saya cukup untuk bayi saya!"
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu.  Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.  Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kekerapan mengepam - Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY.  Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda.   Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh.  Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil.  Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.

Doa - Amalkan zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, selawat dan sebagainya.  Sentiasalah berdoa supaya anda berjaya menyusukan anak anda sehingga berumur dua tahun terutamanya  setiap kali selepas solat.


SUPPLEMENT UNTUK TAMBAHKAN SUSU IBU 

Point-point di atas adalah antara makanan dan cara menambah susu badan. Selain itu, jika anda ibu-ibu yang menyusu bayi berasa cepat letih, tiada tenaga, selalu stress dan tertekan, saya mencadangkan agar anda mengambil suplemen tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi di dalam tubuh anda. Suplemen berfungsi untuk memastikan tubuh kita sihat, ada tenaga, tidak stress. Baru la penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.

Suplemen atau makanan tambahan untuk ibu menyusukan anak atau lebih dikenali dengan nama SET MENYUSU SHAKLEE atau SET BREASTFEEDING SHAKLEE menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Set ini mengandungi:

SET MENYUSU SHAKLEE

Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.

Ibu-ibu yang pernah mengambil set menyusu ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:
  1. Minum 3Liter air sehari
  2. Pam susu 3 jam sekali
  3. Doa, tawakal
Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya. Natural supplement bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas.


Untuk mendapatkan SET MENYUSU SHAKLEE , boleh hubungi saya di talian berikut: 

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
Call/SMS/Whatsapp:017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

No comments: