Saturday 28 September 2019

TESTIMONI OMEGA GUARD SHAKLEE

Kali ini Lah kongsikan dengan anda himpunan testimoni daripada pengguna yang telah mengambil dan mengamalkan suplemen minyak ikan daripada Shaklee.


Jom kita baca dan tengok kesan selepas mereka mengamalkan Omega Guard. Pelbagai masalah kesihatan dapat diatasi dengan pengambilan yang betul dan konsisten.

















Anda nak dapatkan OMEGA GUARD SHAKLEE?



Hubungi Lah sekarang untuk Lah guide dengan cara yang betul dan yang bersesuaian dengan masalah kesihatan anda.

Call sekarang
0179351615

7 KEBAIKAN MINYAK IKAN | MINYAK IKAN TERBAIK DI PASARAN

Lah kongsikan dengan anda semua 7 kebaikan minyak ikan yang perlu anda ambil tahu. Banyak sangat kebaikan minyak ikan ke atas tubuh badan kita.

Sekiranya anda membuat perbandingan minyak ikan kat pasaran dari pelbagai jenama dan syarikat mesti anda pening atau keliru untuk buat pilihan.



Lah bantu anda untuk tunjukkan perbandingan dan perbezaan minyak ikan yang terbaik di pasaran tanpa anda rasa ragu-ragu untuk membuat pilihan.

Lah tunjukkan perbezaan minyak ikan dari syarikat suplemen nombor satu di dunia iaitu Shaklee dengan beberapa jenama lain.



Dalam pemilihan minyak ikan, kita perlu lihat kandungan EPA dan DHA sekali tau. Jangan tengok kandungan minyak ikan semata. Ini kerana kepentingan EPA dan DHA dapat membantu merendahkan lemak dalam darah, menurunkan pengumpulan platlet darah dan melambatkan pembentukan thrombus, merawat penyakit lelah dan alahan kulit dengan berkesan.

Anda nak tengok macam mana rupa OMEGA GUARD SHAKLEE? Jom tonton video di bawah.





7 KEBAIKAN MINYAK IKAN SHAKLEE


  1. Tinggi dengan asid lemak omega-3 dimana ia merupakan asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita.
  2. Mencegah penyakit saluran darah dan strok - EPA & DHA boleh melancarkan peredaran salur darah.
  3. Membantu tumbesaran & perkembangan otak janin dan membantu perkembangan memori.
  4. Meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.
  5. Menentang atau melawan kanser - kajian menunjukkan omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon.
  6. Memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) - juga memelihara pesakit gout dengan efektif.
  7. Mencegah insomnia dan membantu mengurangkan tekanan.



6 KELEBIHAN OMEGA GUARD SHAKLEE



Untuk mengetahui lebih lanjut kenapa anda perlu pilih minyak ikan daripada Shaklee ini, anda boleh KLIK DISINI atau tonton video di bawah.




Anda nak dapatkan OMEGA GUARD daripada Shaklee?



Hubungi Lah sekarang!




Saturday 21 September 2019

9 KELEBIHAN & MANFAAT LECITHIN SHAKLEE

Apa kelebihan dan manfaat LECITHIN Shaklee berbanding dengan Lecithin dari jenama lain?
Lah kongsikan 9 kelebihan dan manfaat lecithin daripada Shaklee. 

Sebelum tu lah cerita KEISTIMEWAAN LECITHIN SHAKLEE.


  • Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO (non-gmo)
  • Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inosital.
  • Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan  menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.





9 KELEBIHAN & MANFAAT
LECITHIN SHAKLEE

1.Kuruskan badan - membantu mengurai lemak kepada molekul-molekul yang lebih kecil supaya mudah untuk dibuang dari badan.

2. Pecahkan lemak dan merendahkan kolestrol - lecithin bantu membersih salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi dan metabolisma lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh.

3. Kurangkan bengkak susu - lecithin bantu cairkan lemak susu yang tersumbat yang menyebabkan saluran tersumbat dan membengkak.

4. Menguatkan daya ingatan dan meringankan stress - lecithin mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, membaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.

5. Melindungi Hati - lecithin menghalang mendapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.

6. Membaiki masalah prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak.

7. Melindungi Otot dan mencantikkan kulit - Lecithin bantu membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.

8. Menghalang Obesiti - pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak bantu menghalang lemak berkumpul dan mempercepatkan pembakaran lemak serta kesan pelangsingan yang seimbang.

9. Mengawal Tekanan Darah Tinggi - lecithin bantu memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosclerosis dan menggalakkan peredaran darah.

Jom tengok video ni.



LAIN-LAIN MANFAAT LECITHIN SHAKLEE

1. Membantu masalah sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.

2. Menghalang kejadian batu karang - 90% dari batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi/menguraikan kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.

3. Memperbaiki alergik - lecithin bantu menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu  gegelung di dalam salur darah, seterusnya mempertingkatkan alergik seperti penyakit kulit - dermatitis, demam denggi.

4. Menyerap vitamin yang larut lemak - Lecithin bantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.


Wowwww banyakkan kelebihan dan manfaat LECITHIN SHAKLEE ni. Dari sembilan Lah bagi extra lagi empat. Dah jadi 13 manfaat LECITHIN. 



Jadi sekiranya anda nak dapatkan Lecithin Shaklee ini, hubungi Lah sekarang. 0179351615.

Untuk memudahkan anda, klik sahaja di bawah ini untuk terus WhatsApp Lah dan terus order LECITHIN SHAKLEE.

Friday 20 September 2019

JEREBU | 5 Tips Penting Lindungi Anda Daripada Jerebu

Lah kongsikan dengan anda semua 5 tip penting untuk lindungi anda daripada jerebu.

Jerebu sangat bahaya kerana boleh memberi iritasi pada hidung, tekak, salur pernafasan, kulit dan mata. Partikel halus yang memasuki ke dalam organ badan akan menyebabkan keradangan pada organ. 

Berikut merupakan tip kesihatan untuk menjaga diri anda yang tersayang, keluarga dan sahabat pada musim jerebu ketika ini.

5 TIPS PENTING SEMASA JEREBU












Jangan biarkan diri kita dan keluarga serta sahabat kita terdedah kepada risiko bahaya jerebu.

Anda nak dapatkan suplemen yang sesuai untuk lindungi diri dari jerebu?

Hubungi Lah SEKARANG.
0179351615





.

Saturday 14 September 2019

ZIKIR SELEPAS SOLAT SUBUH & MAGHRIB Menghalang Kita Ke Neraka


Minggu lepas Lah ada tertengok satu video ni yang rakan Facebook kongsikan. Takut lupa, Lah tuliskan kat note tapi risau takut-takut fon rosak dan niat nak share dengan anda yang belum tahu tentang info ni, maka Lah tulis dalam blog la. Mana tahu jadi amal jariah yang berpanjangan sekiranya sama-sama kita amalkan.

Jom tengok apa zikir dan caranya. Lah rasa simple, jadi jom kita sama-sama amalkan.

.
.
.
.
.

Lepas solat subuh & maghrib :-
( Lepas bagi salam, jangan gerak/ubah kedudukan seperti tahyat akhir)

1. Baca ni πŸ‘‡ 10x



2. Dan baca ni
"Allahumma ajerni minannar" 7x

Fadhilatnya:-
~~>>
✓ halang kita ke neraka
✓ ditulis 10 pahala
✓ dipadamkan 10 dosa
✓ akan diangkat 10 darjat
✓ jauh dari apa yg kita taknak
✓ takkan ada dosa yang mengganggu pada hari tersebut kecuali dosa syirik

( Lain-lain waktu solat baca 3x 3x je )

3. Baca ayat KURSI setiap kali lepas solat 5 waktu
~~>> tak kan ada yang boleh halang masuk syurga melainkan dia belum mati.
.
.
.
Nota ni ringkas. Tapi insha'Allah sekiranya Lah jumpa semula video ni Lah akan share link kat sini nanti. 

Asma/Lelah Datang Lagi | Asthma Fighter

Dah lama tak pegang inhaler. Tahun 2019 baru kali ni ( bulan September ) pegang dan guna semula. Ni pun encik suami yang belikan dekat farmasi lepas Lah bagitahu tak larat sebab lelah/asma. Lah tak mintak pun belikan. Dia balik kerja terus hulurkan ni.



Kita apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal la kan. Memang tengah semput. Terus sedut. Sebab dah dua hari sebelum tu dah rasa tak sedap bernafas. Lagi pulak tengah selsema teruk kali ni. Dengan pedih tekaknya. Nasib baik tak demam je.

Sebelum ni, kalau rasa ketat atau lemas bernafas, minum air panas dah lega atau telan vivix pun dah lega. Kali ni tak menjadi sangat. Mungkin faktor tengah selsema n cuaca tengah jerebu jugak kot. Degil sikit kali ni.

So Lah tewas, kene guna jugak inhaler tu. Lega terus lepas sedut. Tapi lepas 2 ke 3 jam datang balik ketat dada ni. Malas nak g klinik sebab klo g klinik biasanya doktor akan bagi pil. Pil tu tak selesa sangat, buat Lah jadi ketar berdebar cemana ntah nak explain, tak selesa sangat. 

Jadi bertahan je kat umah. Updose vitamin Shaklee je. Omega Guard tu memang pulun sungguh. Membantu mencairkan kahak. Best bila batuk keluar kahak banyak. Keluar melalui hidung (hingus) sekali, lega sangat. Vitamin-vitamin lain pun Lah tak tinggal. Kasi tingkatkan sistem imun badan. Biar cepat baik selsema ni.

Anda boleh tengok video kat bawah ni, Lah share tips untuk hilangkan batuk berkahak tanpa makan ubat batuk.



Rasanya asma kali ni degil sikit sebab punca dari selsema kot. Kalau sebab salah makan atau habuk tak melarat macam ni. Lendir hingus ni yang buat saluran tersumbat ni. ( Memandai je teori sendiri aku ni...hahahaaaa..bercakap dari pengalaman. Maap la ye doc klo salah teori saya ni πŸ€— )

Jom tengok tips Lah amalkan sebelum ni kalau kene serang asma. Alhamdulillah cepat lega. Cuma kali kurang berkesan sebab banyak faktor sampingan lain. Hihihiii



Asma Lah sebenarnya dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi alhamdulillah sejak amal makan suplemen Shaklee ni, dah kurang kena serang. Kalau kena pun cepat baik, tak melarat teruk sangat. Masih terkawal.

Banyak kesan positif pada kesihatan Lah lepas amalkan suplemen. Kulit pun makin sihat. Dah takde kulit kering bersisik. Masalah eczema pun terkawal. Dah boleh makan seafood tanpa risau menggaru atau alahan lepas makan.

Syukur alhamdulillah.

Sekiranya anda punya masalah seperti Lah, ada asma ada eczema atau ada masalah kesihatan lain boleh hubungi Lah untuk dapatkan nasihat kesihatan. 


Korang nak CALL pun boleh.
0179351615

Saturday 7 September 2019

Masker Untuk Cerahkan Kulit, Pudarkan Jeragat, Kecutkan Jerawat Dan Buang Sel-sel Kulit Mati

Anda ada masalah kulit kusam?
Jeragat?
Jerawat?

Lah kongsikan dengan anda masker yang boleh cerahkan kulit, pudarkan jeragat, kecutkan jerawat dan buang blackheads, whiteheads serta sel-sel kulit mati.



Lah sendiri dah cuba dan rasai keberkesanan masker ni. Memang cepat kecut jerawat. Cerah dan tegang sangat rasa kulit lepas cuci muka.

Sebelum pakai mask

Dah selesai sapu mask

Lepas 10 minit dah boleh basuh

Dah selesai cuci muka



Jom klik video kat bawah ni tengok pengalaman Lah sendiri pakai masker hebat ini.





Lah kongsikan cara pakai masker YOUTH™ yang CLAY MASK punya.

Klik video kat bawah ni πŸ‘‡




Anda nak tahu apa kelebihan MASKER YOUTH™ ?

KLIK DISINI



Perbezaan sebelum dan selepas pakai CLAY MASK


Anda nak dapatkan MASKER dari rangkaian YOUTH™ ini?




Friday 6 September 2019

KENANGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-62 TAHUN 2019

Sambutan KEMERDEKAAN kali ke-62 tahun 2019 ni lain machiam sikit auranya. Bermula dengan kakya yang semangat sangat suruh cari tudung merdeka. Katanya ada sambutan kat sekolah, dan dia ada kena buat persembahan.

Makanya mencari la mama "tudung merdeka" yang dia nak. Tanya kawan, tanya jiran akhirnya jumpa la tudung merdeka ni.

Meh tengok shantek tak 😍




Memang corak macam bendera kan. Kakya cakap dia sorang je pakai corak macam ni. Hahahaa...special gittewwww πŸ˜‰

Dan dan dan mama pun terjebak sama, beli jugak la satu untuk mama. Sebab nampak cantik la corak dia. Rasa semangat lain machiaammmm bila pakai.

Meh tengok tudung Lah pulak.






Corak bertemakan KEMERDEKAAN. Siap ada batu berlian. Jangok la sangat. Hahahaaa

Sambutan kemerdekaan kat sekolah kakya awal dari hari merdeka, 29hb Ogos hari Khamis sebelum cuti sekolah. Jadi mama pun pakai jugak la hari tu.

Sempat la bergambar kenangan dengan Arsyad sekali.





Abang Arsyad simple je la, guna songkok yang mama balutkan dengan bendera kecik. Tu pun yang tahun lepas punya. Mama is tak pandai nak jahit baju cecantik, so buat syarat la ada tema merdeka kat songkok tu. Kira aci la kan 🀣

.
.
.

Dan pada 31 Ogos 2019 Lah bawak Che pergi ke Dungun. Jadi untuk rasa hari KEMERDEKAAN pada hari tu Lah pakai sekali lagi tudung merdeka.




Masa singgah kat satu stesen minyak dekat Jerteh, staf kat kaunter bagi bendera kecik ni siap cakap "kak, saya nak bagi bendera ni, tapi nak ambil gambar kak sekali". Hihiii...lucu pulak rasa. Lah pun apa lagi "Boleh, boleh..matching pulak dengan tudung kak hari ni." Semangat gittewwww πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ






Semua pandang je bila pakai tudung ni. Menarik perhatian orang sekeliling bila pakai tudung macam ni. Huhuuuu malu pulak rasanya. Tapi semangat meraikan hari kemerdekaan tu lebih kuat. Jadi abaikan je la orang duk pandang-pandang, bukan sakit pun kan. Hahahaaa πŸ€—

Sekali setahun je pun. Alhamdulillah bangga jadi rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ
Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ
Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ


Anda punya pengalaman sendiri? Jom share dengan Lah.

Boleh KLIK DISINI untuk direct WhatsApp Lah di no 017-9351615