Thursday 30 November 2017

Cara Pulihkan Ulser Dengan Cepat

Sakit sangat bila ada ulser di bibir, lidah atau dalam mulut. Antara petua yang MekComey buat cara pulihkan ulser dengan cepat ialah dengan vita c Shaklee.

Nak makan nak minum derita sangat kan. Especially masa gosok gigi. Nak nangis rasa. Tahan je gosok pelan-pelan.

Cara pulihkan ulser dengan cepat:

1. Ambil sebiji vita c sustainable dan patahkan. Ambil 1/4 bahagian sahaja

2. Hancurkan sebahagian tadi TANPA AIR. Biar jadi serbuk

3.  Kemudian tabur ke tempat yang kene ulser.

Tak pedih ke? Of course memang pedih.. tapi pengalaman MekComey sendiri dan apply jugak untuk anak dara (Alya Maisarah) memang cepat sembuh.

Selain petua tadi, air masak jangan lupa minum lebih dari kebiasaan. Kalau hari biasa kita minum 2 liter, masa kene ulser upkan kepada 3liter.

Kurang air antara punca terjadinya ulser. Badan kita kurang bendalir mengakibatkan badan jadi panas. Jadi pastikan minum air kosong secukupnya.

MekComey juga akan updosekan suplemen yang MekComey ambil semasa kene ulser. Selain Vita c Sustained Release, mekcomey ambil Garlic Complex sebagai antibiotic semulajadi. Juga Ostematrix sebagai pengganti ubat tahan sakit (painkiller). Serta ESP sumber protein di mana protein penting dalam proses penyembuhan.

Untuk order SET ULSER atau sebarang pertanyaan boleh hubungi MekComey seperti berikut:


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Atau klik ke link ni 👇

http://www.wasap.my/60179351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh



Disclamer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Wednesday 29 November 2017

Resepi Cucur Bawang Simple, Mudah, Cepat Dan Sedap

Resepi cucur bawang simple, mudah, cepat dan sedap. Bila hujan ni perut asik lapar je kan.

MekComey suka buat cucur bawang sebab simple sangat.

RESEPI CUCUR BAWANG SIMPLE MUDAH CEPAT DAN SEDAP

Bahan-bahannya:
Tepung gandum 2 cawan
Telur ayam sebiji
Bawang besar 1/2 biji
Marjerin/butter 1 sudu besar *optional.
Air sejuk (letak AIS) secukup rasa
Gula dan garam sesedap rasa

Cara membuatnya:
Campur semua sekali bahan. Air sejuk masukkan sedikit demi sedikit ikut kepekatan yang anda inginkan. MekComey biasa bancuh sedang-sedang, tak pekat sangat dan tak cair sangat untuk jadikan cucur kita rangup.

Bila dah sebati semua boleh panaskan minyak. Pastikan minyak betul-betul panas sebelum menggoreng.

Bila dah siap goreng boleh hidangkan dengan sos cili. MekComey memang "hantu sos". Apa-apa mesti nak kene Ada sos cili. Letak mayonis lagi ummppphhhh bakhang. Makan dengan sos pencicah pun sedap. 

Kalau tiba-tiba tetamu datang rumah taktau apa nak buat, boleh cuba resepi cucur bawang simple mudah cepat dan sedap.

Selamat mencuba!

Tuesday 28 November 2017

Pengedar Shaklee Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Kok Lanas Dan Pasir Puteh Terbaik Dan Boleh Dipercayai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda tercari-cari mana satu Pengedar Shaklee Machang, Tanah Merah, Kuala Krai, Kok Lanas dan Pasir Puteh Terbaik dan boleh dipercayai serta boleh COD rapat ke pintu rumah anda?

MekComey la jawapannya. 

Jangan risau MekComey dah 5 tahun pengalaman bersama shaklee. Anda boleh percayakan MekComey. Bukan sahaja menjual, MekComey ingin berkongsi kebaikan, kehebatan dan pelbagai ilmu dan tips yang MekComey ada dengan anda.

MekComey bermula dengan amik set berpantang. Bila dah RASA SENDIRI keberkesanan produk shaklee ni baru MekComey join ahli. Jadi ahli pun bukan nak bisnes mulanya, hanya nak dapatkan harga murah. 

Apa yang MekComey dan anda dapat setelah jadi ahli?

✓ Diskaun 15% – 33%.

✓ Promosi bulanan ( lagi murah dari harga ahli )

✓ Promosi voucher dari belian produk promosi.

✓ Kelas ‘Health & Wellness Talk’ percuma tentang kesihatan dan produk daripada pakar.

✓ ‘Cash Bonus’ dari belian yang melebihi 150 points ( Lebih kurang RM 500)

✓ Untung runcit dari belian kawan-kawan dan family yang order dengan kita.

✓ ‘Cash Bonus’ dari belian ahli yang mendaftar dengan kita.

Specialnya dengan MekComey, selepas anda menjadi ahli, servis penghantaran (COD) adalah seperti biasa. Jangan risau kene order sendiri k. MekComey takkan biarkan anda selagi anda perlukan MekComey.

Penting untuk anda cari pengedar yang berpengalaman untuk 'guide' anda cara makan yang sesuai dengan masalah anda. Sebab ada yang jual murah tapi tiada konsultasi dan cara makan yang betul.

Ye tidak dinafikan ada pelbagai salah faham dengan cara pengambilan suplemen ni, tapi jangan risau MekComey sentiasa buat rujukan dengan pakar nutrisi Shaklee untuk guide anda CARA MAKAN YANG BETUL dan yang sesuai dengan masalah anda.

MekComey pastikan setiap dari anda faham tentang :

• Punca masalah yang anda hadapi.
• Kenapa produk itu dipilih.
• Apakah produk-produk Shaklee yang bagi kesan yang lebih cepat.
• Cara pengambilan produk yang betul.
• Cara pengambilan produk yang jimat.
• Kesan-kesan baik pada kulit dan kesihatan dari produk yang anda ambil.
• Tips kesihatan dan gaya hidup yang sihat.

Jadi, pastikan anda dapatkan konsultasi tepat dari MekComey.

Untuk order atau ada sebarang pertanyaan boleh hubungi MekComey seperti berikut:


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Atau klik ke link ni 👇

http://www.wasap.my/60179351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Monday 27 November 2017

Rahsia Tulang Patah Cepat Sembuh Dan Bercantum Semula

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bila dengar tulang patah seriau sangat. Sebulan yang lalu abang kandung mekcomey mengalami musibah terjatuh dari tangga dan tumit dia retak. Dua minggu selepas tu mak mertua mekcomey pulak jatuh tersangkut akar kayu dan patah tulang bawah lutut.

Innalillahiwainnailaihirojiun...bertimpa dugaan orang yang disayangi terima musibah. Dua-dua melibatkan tulang. Jadi mekcomey buat sedikit study rahsia tulang patah cepat sembuh dan bercantum semula.

Selain ikut nasihat doktor, pesakit boleh mengamalkan suplemen untuk tulang retak. Antara suplemen yang terbaik untuk tulang patah cepat sembuh dan bercantum semula ialah:


Set tulang patah/retak
------------------------------------

1) Vivix - antioksidan yang ada dalam vivix mampu membaiki sel DNA yang rosak. Juga bertindak untuk menghalang daripada radikal bebas merosakkan sel. Gabungan Resveratrol dan Polifenol membantu vivix lebih berkesan.

2) Ostematrix - lengkap dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D, Boron, Manganese, Copper dan Zinc bagi mempercepatkan lagi baikpulih tulang. Kombinasi yang lengkap dalam pil kalsium ini.

3) Omega Guard - Omega3 menjadi pelincir untuk menjaga pergerakan sendi. Juga mencegah keradangan tulang rawan pada sendi dan memulihkan sendi yang tercedera kerana patah.

4) ESP - merupakan sumber protein yang lengkap. ESP membantu pertumbuhan sel-sel baru bagi menggantikan sel tulang yg rosak/patah/mati. Esp membekalkan semua asid amino yg diperlukan badan.

Bila gabungan keempat-empat produk ini diamalkan oleh pesakit, in Shaa Allah menjadi rahsia tulang patah cepat sembuh dan bercantum semula.

Untuk dapatkan produk ini dan konsultasi yang lebih detail tentang set tulang patah dengan cara pengambilan yang betul, boleh hubungi MekComey seperti berikut:


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Atau klik ke link ni 👇
http://www.wasap.my/60179351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh



Disclamer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Sunday 26 November 2017

Petua Hilangkan Lenguh Badan Cara Mudah, Berkesan Dan Selamat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
MekComey doakan semoga pembaca setia mekcomey diberi kesihatan yang baik sokmo.

Boleh dikatakan hampir semua wanita yang berstatus isteri dan ibu akan mengalami masalah lenguh badan disebabkan banyak kerja seharian yang perlu diselesaikan. MekComey ada petua hilangkan lenguh badan cara mudah, berkesan dan selamat.

Orang perempuan bila dah berumahtangga dan melahirkan anak akan mengalami masalah lenguh dan sakit-sakit badan. Tambahan pula ibu-ibu menyusu dan faktor umur makin meningkat, kalsium dalam tulang kita makin berkurangan menyebabkan tulang rapuh dan tak kuat.

Jadi penting untuk kita mengambil KALSIUM YANG CUKUP untuk kesihatan tulang kita. Ada yang tak suka minum susu kan. Jadi mekcomey sangat-sangat recommend untuk ibu-ibu mengambil pil kalsium. 

Banyak produk di pasaran. Pilihan mekcomey adalah pil kalsium dari Shaklee iaitu OSTEMATRIX.

Ostematrix membekalkan bukan sahaja kalsium tetapi nutrien yang lengkap untuk keperluan tulang kita.

Alhamdulillah sejak amalkan ostematrix sebelum tidur, bangun pagi badan rasa ringan. Hilang dah lenguh badan akibat seharian kerja rumah dan layan anak-anak.

MekComey kongsikan petua hilangkan lenguh badan cara mudah, berkesan dan selamat kerana mekcomey sendiri merasai keberkesanannya. Dah la tablet ostematrix ni mudah ditelan, so takde alasan dah bagi yang kurang gemar minum susu. Pil kalsium Ostematrix cukup lengkap dah.

Jom la order dengan mekcomey cepat. COD boleh, pos pun boleh.



Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh



Disclamer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday 25 November 2017

Keropok Lekor Paling Sedap Di Merang Terengganu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jalan-jalan cari makan memang menjadi hobi mekcomey dan suami. Kami suka cuba makanan baru dan kedai makan yang viral kat Facebook atau media sosial lain. Dan bila jumpa yang sedap for sure akan pergi banyak kali.

Kalau pergi Terengganu tak sah kalau tak makan atau beli keropok lekor kan. Banyak sangat kedai dan banyak pilihan untuk kita rasa. 

Sekarang MekComey suka sangat dengan kedai ni BAYU ENTERPRISE. Keropok lekor paling sedap di Merang, Terengganu. Rasa ikan yang segar (tak gatal), lembut, takde tulang, dengan sos pencicahnya yang sedap.

Korang kene lalu jalan pantai tau. Lokasinya kalau korang dari Kuala Terengganu kedainya sebelah kiri sebelum Petronas Merang. Takde kedai lain dah dekat-dekat situ.

Banyak kayu sebelah kedai dia sebab dia rebus keropok lekor dengan kayu api. Itu yang special kedai ni. Keropok lekor paling sedap di Merang Terengganu.

Selain yang rebus, mekcomey suka beli yang dia goreng terus. Kalau makan panas-panas rasa rangup di luar dan lembut di dalam. Yang pasti sos pencicah nya sedap sangat. MekComey gerenti korang tak menyesal, beratur panjang pun berbaloi tau.

Friday 24 November 2017

5 aktiviti boleh dilakukan untuk anak-anak semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuti persekolahan akhir tahun 2017 sudah bermula. Apa rancangan ibu-ibu dan ayah-ayah buat anakanda kita? Pasti semua mak ayah murid di luar seperti mekcomey juga, taknak masa mereka berlalu dengan perkara yang sia-sia kan?

Antara aktiviti boleh dilakukan untuk anak-anak semasa cuti sekolah adalah seperti berikut:

1. Menghadiri kelas intensified atau persediaan memasuki tahun harapan.

2. Sediakan jadual aktiviti anak-anak. Jangan biarkan mereka layan televisyen atau gadget sepanjang masa.

3. Mak ayah boleh juga sediakan permainan menguji minda kepada anak-anak contohnya SAHIBA, SAIDINA, belikan kertas dan pensel warna untuk diorang buat aktiviti mewarna bersama. Aktiviti ini dapat melatih otak kiri anak-anak. Kita juga boleh join bersama sekiranya mak ayah punya masa luangkan bersama.

4. Bawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat yang menarik untuk diorang keluar segarkan mood diorang Dan release stress belajar.

5. Bawa anak-anak balik kampung jumpa datuk nenek dan saudara mara.

Banyak lagi aktviti lain yang boleh kita sediakan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Kalau pembaca Ada cadangan lain boleh kongsikan dengan mekcomey sekali ye.

Selamat bercuti buat adik-adik dan cikgu cikgi. Moga cuti tahun ini bermanfaat buat semua.


Thursday 23 November 2017

Musibah Hadir Bersama Seribu Hikmah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. MekComey doakan moga pembaca semua sihat hendaknya.

Dah 2 minggu mekcomey jadi misi tak terlatih. Hhiii..penat jugak rupanya jadi misi ni kan. Penat fizikal dan mental.

Alhamdulillah Allah bagi nikmat jaga mak mertua tak sihat. Berjasa pada orang tua selagi ada hayat mereka.

Setiap musibah yang Allah bagi banyak sangat nikmat di sebalik nya. Kalau kita pandang yang negetif, negetif la yang kita dapat. Jadi kita amik yang positif je.

Ujian yang Allah bagi bukan untuk yang sakit je, tapi ujian buat orang sekeliling dan kami anak cucu jugak.

Untuk mekcomey Allah nak mekcomey bayar balik masa yang mekcomey tinggal mak mertua siang hari walaupun mekcomey dah berhenti kerja 😭😭 (mekcomey lps kawen stay umah mil) sebab kat rumah mak mertua line internet slow jadi mekcomey keluar pergi rumah Che (mak kandung) untuk kerja-kerja online.

Allah sebaik-baik Perancang. Mujur kerja mekcomey sekarang kerja online. Boleh adjust masa kerja mekcomey. Memang agak terbatas sebab line slow. Tapi mekcomey cuba bersangka baik, kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan kita. Berbakti kepada orang tua pasti besar ganjaran Allah bagi.

Bukan line internet yang laju yang bagi sales kat mekcomey tapi Allah SWT PEMBERI REZEKI Yang Maha Pemurah yang bagi sales. Allah.....ampunkan hambaMu yang lalai ini 😢

Dalam duk jaga mak dengan tak sempat pun nak promote nak update fb bagai, Allah tetap hantar customer. Tetap ada sales.

Tapi mekcomey curi masa jugak malam-malam sebelum tidur untuk update entry blog.

Benarlah kata-kata "Allah hadirkan pelangi selepas hujan".

Lain benar perasaan ini bila kita ambil yang positif. Teringat kata2 Che "jaga la mok tu srupo Lah jaga Che".. 😭😭

Kita orang perempuan bila dah kawen, keluarga belah suami perlu diutamakan. Benar...tapi suami juga perlu ada toleransi dalam rumahtangga untuk menjaga keharmonian kedua belah keluarga.

Mohon kawan2 doakan mil mekcomey cepat baik dan tulang yang patah cepat bercantum. Dan kami anak cucu sihat dan kuat untuk berbakti kepada beliau.

Kedai online mekcomey tak pernah tutup walaupun tak sempat ngadap lama-lama hp. MekComey tetap akan curi masa untuk reply WhatsApp customer. Order pun tetap berjalan seperti biasa.


Sebarang order atau pertanyaan boleh hubungi MekComey seperti berikut:


Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Follow MekComey:

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig: fadzilah_mekcomey

Dan boleh juga Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

Wednesday 22 November 2017

Percutian Mewah Star Cruise Libra Ditaja Sepenuhnya Oleh Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Di saat mekcomey menulis entry ini, rakan-rakan leader Shaklee sudah berada dalam Star Cruise Libra untuk memulakan pelayaran mewah yang ditaja sepenuhnya oleh shaklee.

Seronok sangat tengok diorang share gambar dengan muka masing-masing teruja dan kegembiraan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Shaklee bagi 3 pilihan (bagi leader Muslim) trip kepada leader yang layak:
1. International Incentive Trip
2. Umrah ziarah
3. National Incentive Trip

Tahun ini international trip Shaklee bawa pergi Jepun bulan Mei tempoh hari, manakala national trip shaklee bagi percutian mewah Star Cruise Libra ditaja sepenuhnya oleh Shaklee.

Mereka bertolak dari Port Klang - Langkawi - Phuket - Penang - Port Klang.
Percutian dari 22hb dan berakhir 26hb November 2017.

Shaklee akan bagi pilihan dan kami boleh pilih nak pergi mana.. cuma yg international n umrah kena pilih salah satu.. yg cruise tu yg gi Jepun ada lagi point blh pergi lagi..

Best sgt2 tgk...
Yg best trip shaklee ni bukan 5 star lagi dah layanan diorang ke kita, dah 7 star layanannya. Bagi yang pernah join memang tahu lah mcm mana bestnya terujanya incentive trip Shaklee.

Bab makan sangat mewah. Kalau bercuti sendiri mesti semua kena fikir dan kalau  boleh semua kita nak budget je kan. Tapi dengan shaklee semua ditanggung malah shaklee siap sediakan elaun makan sekiranya slot jadual pack tak sempat ke restoran. Kita tinggal sediakan duit shopping je.

Best ke best sangat?

Percutian mewah Star Cruise Libra ditaja sepenuhnya oleh Shaklee akan meninggalkan 1001 memori bukan sahaja kepada mereka yang layak join tapi juga kepada kami para SID.

NAK JOIN SERTAI KAMI dan merasai peluang yang Shaklee tawarkan?

Meh contact mekcomey seperti di bawah

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Follow MekComey:

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig: fadzilah_mekcomey

Dan boleh juga Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

Tuesday 21 November 2017

Asma Dan Rawatan Yang Berkesan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca setia blog MekComey. Kali ini MekComey nak kongsikan apa itu asma dan rawatan yang berkesan untuk menangani masalah asma.

Asma atau lelah adalah gangguan keradangan yang kronik yang melibatkan saluran pernafasan yang sensitif apabila terdedah kepada pelbagai rangsangan. Ia akan menjadi sempit seterusnya menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Batuk dan sesak dada serta nafas berbunyi adalah simptom utama penyakit asma. Antara tanda-tanda lain asma termasuklah batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awak pagi.

Meskipun tidak boleh diubati sepenuhnya, asma boleh dikawal dengan cara mengiurkan serangan melalui penjagaan rapi serta pantau pemakanan atau diet seharian.

Malah pakar-pakar turut menganggarkan 80% daripada kematian di kalangan penghidap asma boleh dicegah jika mereka diberi pendidikan yang sempurna bagi menangani penyakit berkenaan.

Walaupun ia tidak berjangkit, asma boleh diwarisi, di mana anak-anak kepada penghidap penyakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Debunga, kulat dan hama yang selalu hadir dalam udara merupakan pencetus terjadinya asma apabila memasuki pernafasan pesakit.

Selain itu jangkitan pada sistem pernafasan - terutamanya demam dan selsema, senaman, udara yang sejuk atau perubahan cuaca, emosi dan stress juga boleh menpengaruhi serangan asma untuk berlaku.


RAWATAN

Terdapat pelbagai jenis ubat asma dan kebiasaannya diambil melalui sedutan (inhaler). Cara paling efektif ini membolehkan ubat masuk terus ke dalam saluran pernafasan.

Namun begitu kesan buruk penggunaan ubatan secara berlebihan (terutamanya yang diambil secara penyerapan) termasuklah jangkitan pada mulut, denyutan jantung yang laju dan gangguan selera makan.

Di samping rawatan kaedah moden, mekcomey sendiri sebagai pesakit asma telah mencuba pelbagai petua traditional. Antaranya telan kumbang kelip-kelip hidup-hidup. Memang rare kan. Tapi sebagai satu usaha kita untuk mengatasi serangan asma.

Dan sekarang MekComey selesa mengamalkan suplemen Shaklee untuk mengurangkan serangan asma. Alhamdulillah sangat-sangat membantu.

Antara suplemen yang mekcomey ambil adalah VITA C, BCOMPLEX, VITALEA, GARLIC dan VIVIX. Masing-masing mempunyai tugas masing-masing Dan mekcomey akan kongsikan detail tentang setiap suplemen ini macam mana membantu dalam masalah asma.

Terima kasih kerana sudi membaca blog MekComey. Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi mekcomey seperti berikut:

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Follow MekComey:

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig: fadzilah_mekcomey

Dan boleh juga Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

Monday 20 November 2017

Shakleebaby Produk Organik Dan Selamat Untuk Bayi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ini Shaklee secara rasminya melancarkan produk terbaru iaitu Shakleebaby Produk Organik dan Selamat untuk bayi anda.

Set Shakleebaby adalah produk penjagaan bayi yang terdiri daripada 3 produk iaitu:

1. GENTLE WASH

Mengandungi chamomile, lavender dan aloe vera organik.

Mandian yang lembut ini mententeramkan, menenangkan dan melegakan kulit.

Ianya tidak menimbulkan alahan, mempunyai pH yang seimbang dan diuji untuk sensitiviti, sememangnya sesuai untuk mandian yang penuh dengan kasih sayang bagi kulit yang lebih lembut.

"Menjadikan masa mandi selamat dan menyeronokkan"


2. SOOTHING LOTION

Mengandungi chamomile, lavender, minyak rosemary, minyak vanila, minyak biji bunga matahari, minyak biji jojoba dan shea butter organik.

Kekalkan pipi gebu si manja dan kelembapan jari-jemarinya dengan losyen yang lembut ini.

"Lembut secara semulajadi untuk kulit sensitif"


3. MASSAGE OIL

Mengandungi minyak biji bunga matahari, chamomile, lavender.

Minyak urut yang sangat lembut ini sememangnya sempurna untuk mengurut bayi anda pada bila-bila masa ataupun untuk digunakan sebagai pelembap selepas mandian.

Ianya memberikan sentuhan yang lembut dan penuh kasih sayang.

"Campuran organik yang menenangkan"


Set Shakleebaby ini diformulasikan tanpa
× paraben
× 1.4 - dioxan
× natrium lauril sulfat (SLS)
× warna tiruan atau wangian
× phthalates
× bisphenol-A (BPA)
× formaldehid

Sangat-sangat sesuai untuk bayi dan kanak-kanak yang punya masalah kulit elergik dan eczema.

MekComey jamin berbaloi pelaburan yang ibu-ibu atau ayah-ayah buat kerana Shakleebaby produk organik dan selamat untuk bayi anda.



Untuk maklumat lanjut atau berminat untuk mencuba Shakleebaby ini boleh hubungi MekComey seperti di bawah:


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Sunday 19 November 2017

Tips Jana Pendapatan Secara Online

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini mekcomey nak ajak anda semua yang sedang mencari bisnes untuk dijadikan sebagai pendapatan sampingan atau tetap, untuk sertai kami dalam bisnes ni. MekComey nak kongsi tips jana pendapat secara online.

Berbisnes Shaklee dengan GROUP SHAKLEE NO 1 DI MALAYSIA!

Perkara pertama dalam memilih bisnes ialah PEMILIHAN MENTOR.  Mentor yang baik akan membawa awak2 kepada kejayaan dunia akhirat. Mentor yang sebaliknya? Naudzubillah.

Jadi mekcomey nak terangkan kelebihan berbisnes Shaklee dengan group TJS Empire mekcomey untuk kita share tips jana pendapatan secara online juga offline:

1. COACHING ONE TO ONE 

Sekiranya awak serious membina empayar bisnes, mekcomey akan bimbing awak secara personal. Walaupun jarak kita beribu batu, coaching one to one tetap boleh berjalan. Sekarangkan dunia online.

2. SISTEM DAN SILIBUS TERSUSUN

MekComey akan bimbing awak untuk melangkah satu persatu, apa yang perlu awak buat untuk bisnes Shaklee. Kita punya background company yang kukuh dan sistem dalam group kita tidak melanggar etika berbisnes.

3. MENTOR YANG BERPENGALAMAN

MekComey sudah 5 tahun mengamalkan suplemen dan berbisnes Shaklee. MekComey pasti dapat menjawab segala persoalan awak dan sama-sama berlari ke puncak jaya. Kita juga mempunyai group yang amat supportive. MekComey dan upline lain yang punya pengalaman dalam bisnes ni akan bantu awak2 

4. SENTIASA AVAILABLE 24 JAM

MekComey sentiasa sedia membantu awak di setiap masa awak perlukan. Kerana kita boleh online 24 jam. Semuanya dihujung jari.

5. MENTOR YANG POSITIF DAN PROAKTIF

MekComey pastikan ahli-ahli group TJS Empire MekComey mendapat info dan tips terbaik. Oleh itu mekcomey akan sentiasa gigih berkongsi ilmu-ilmu yang mekcomey pelajari dengan awak.

6. TUKAR GAYA HIDUP KE LEBIH POSITIF

Awak jarang membaca? Awak banyak hutang? Awak selalu tertekan? Semuanya akan mekcomey bantu untuk awak selesaikan.

Contact mekcomey dgn kadar segera kerana mekcomey membuka peluang untuk 10 orang sahaja kali ini untuk mekcomey bimbing hingga berjaya menjana 4 angka dalam masa 6 bulan.

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Follow MekComey:

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig: fadzilah_mekcomey

Dan boleh juga Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

Saturday 18 November 2017

2 Petua Tarik Minat Anak Untuk Makan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua pembaca yang mekcomey sayangi. Ibu-ibu pernah tak hadapi masalah anak-anak susah untuk makan. Sampai tahap paksa makan pun diorang takmau makan jugak? Ada tak petua tarik minat anak untuk makan?

Pengalaman MekComey sendiri dengan 3 orang cahaya syurga yang masing-masing punya akal yang bijak. So mak-mak pun kene extra bijak untuk pujuk anak minat untuk makan.


2 PETUA TARIK MINAT ANAK UNTUK MAKAN


1. Perut mak mesti kenyang

Kenapa mekcomey letak petua ni paling utama? Sebabnya kalau kita tengah lapar otak kita tak boleh nak berfikir dengan waras dan kreatif.

Betul tak? Kita nak pujuk anak makan, tapi tiba-tiba datang tantrum diorang (diorang kan bijak & banyak akal) so bila perut kita dah kenyang kita boleh rileks cari idea untuk pujuk diorang.

Bayangkan kalau kita tengah lapar, pujuk anak makan dan diorang banyak alasan atau buat perangai (tantrum) mesti kita malas nak layan "lantak awak la taknak makan, mama nak makan" 😂😂 sudahnya anak kelaparan dan makin banyak tantrum diorang.

So make sure sebelum ajak anak makan atau sebelum suap anak makan perut kita kena penuhkan dulu.


2. Kenalpasti selera atau kesukaan anak-anak

MekComey sekarang sejak anak-anak besar mekcomey akan tanya diorang nak makan apa. Sebabnya senang, for sure diorang akan makan apa yang diorang minta.

Dan kalau si kecik pula kita kenalpasti apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Tapi of course la kita kene ajar pelbagaikan resepi sebab takmau nanti besar memilih pulak makan dia.

Bila kita kenalpasti selera anak-anak lagi mudah tarik minat dia untuk makan.


Banyak lagi cara dan petua tarik minat anak untuk makan. Dan kalau mummy di luar sana ada petua lagi best boleh kongsikan dengan mekcomey di ruangkan komen di bawah atau hubungi MekComey seperti berikut:

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Follow MekComey:

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig: fadzilah_mekcomey

Dan boleh juga Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

Friday 17 November 2017

15 Waktu Mustajab Berdoa Untuk Menjemput Rezeki

Assalamualaikum wrt. 
MekComey percaya semua agama mengajar kita BERDOA. Dalam apa jua keadaan kita dituntut untuk berdoa. Kali ini MekComey nak kongsikan 15 waktu mustajab berdoa untuk menjemput rezeki.

Memang berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada setiap waktu. Kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu tertentu yang mana lebih mustajab DOA, sebagai mana yang disarankan oleh Rasulullah swt.

15 Waktu Mustajab Berdoa Untuk Menjemput Rezeki

1. Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu seusai menunaikan solat Subuh.

2. Setiap lepas solat fardu.

3. Di antara Zuhur dan Asar. Juga Di antara Asar dan Maghrib.

4. Waktu di antara azan dan iqamat.

5. Ketika bangun tidur.

6. Semasa solat, iaitu sebelum Salam (selepas membaca tasyahud akhir)

7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.

8. Waktu membaca DOA qunut pada solat Subuh.

9. Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.

10. Waktu bertemu kembali dengan sanak-saudara atau sahabat yang lama terpisah.

11. Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat).

12. Waktu hujan turun.

13. Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.

14. Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat Quran.

15. Waktu sujud.


Kita mintalah perkara yang besar dan utama kepada Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Apakah perkara yang besar dan utama bagi seorang Muslim?

√ Mohon diampunkan segala dosa
√ Mohon taufik dan hidayah
√ Mohon redho Allah
√ Mohon masuk syurga tanpa Hisab


Allah dengan kasih sayangNya sudah membuka sebesar-besar peluang untuk mengabulkan DOA kita. Dan doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah apabila kita berada dalam keadaan seperti di bawah:

• Orang yang terdesak
• Orang yang dizalimi
• Anak yang diredhai oleh ibubapanya
• Ibubapa yang disayangi oleh anak-anak
• Orang yang suka bertaubat
• Pemimpin yang adil
• Orang yang berpuasa dan sepanjang tempohnya sebelum waktu berbuka
• Orang yang bermusafir


Apabila kita berdoa, kadang-kadang tanpa kita sedari AIR MATA MENITIS yang bukan dibuat-buat. Itu merupakan salah satu tanda DOA kita dimakbulkan. Tanda-tanda lain adalah berasa MEREMANG BULU ROMA dan BADAN RASA BERGETAR beberapa saat semasa sedang berdoa.

Jadi apabila lidah sudah terdorong untuk berdoa, maka maknanya sudah ada tanda-tanda Allah mahu memberi kita sesuatu. Oleh itu, jangan lepaskan peluang itu. TERUSKAN BERDOA dan terus berdoa.

MekComey harap dengan perkongsian 15 waktu mustajab berdoa untuk menjemput rezeki ini memberi manfaat kepada pembaca sekiranya kita sama-sama amalkan ilmu yang mekcomey dapat dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin.

MekComey doakan semoga anda semua dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.

Salam sayang dari MekComey 😍

Boleh follow MekComey seperti berikut:


FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig : fadzilah_mekcomey

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

Thursday 16 November 2017

Cara Mengatasi Masalah Eczema Supaya Kulit Kembali Licin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
MekComey nak kongsikan pengalaman MekComey sendiri sejak dari kecil ada masalah eczema.

Antara cara mengatasi masalah eczema supaya kulit kembali licin ialah dengan mengamalkan suplemen shaklee disamping jaga pemakanan seharian kita.

Ini MekComey kongsikan kisah mekcomey.


[MASALAH ECZEMA DAN ASMA BERKURANGAN SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Bismillahirrahmanirrahim. 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
.

Saya Fadzilah binti Haji Ismail. Ibu kepada 3 orang cahaya mata. Saya bersama shaklee dari tahun 2012. So sejak kenal shaklee banyak sangat perubahan dalam kehidupan peribadi saya. Tapi kat sini saya nak share satu. Perubahan ketara lepas amalkan VIVIX SHAKLEE. 

Saya ada masalah eczema dari kecil. Masa umur 4 tahun mak cerita memang ulang alik hospital jumpa pakar. Bila dah masuk alam persekolahan kene asma pulak. Tapi gatal-gatal eczema masih ada, cuma tak seteruk masa kecil. 

Saya alah dengan habuk dan seafood. Memang kalau makan udang, kerang, sotong, ketam memang nikmat sangat menggaru lepas tu. Telur pun saya alah jugak. Kalau makan kat kedai memang kene order specific.. Hihiii.. contohnya nasi goreng taknak telur dan nak ayam je. Sebab ada kedai/restoran yang masak letak udang sotong kan even nasi goreng biasa je pun. 

Memang kena memilih dan berpantang makan. Seksa sangat bagi saya yang kuat makan ni. Kalau teringin sangat, saya makan je, tapi lepas tu layan gatal dan menggaru la jawabnya. Dan kalau kene habuk pulak asma menyerang. Makanan pun banyak jugak kene pantang orang yang ada asma. 
.

Eczema dan asma(lelah) doktor cakap adik beradik. Saling berkaitan. Tapi ada je yang ada eczema tapi takde asma manakala ada asma takde eczema. Dan saya insan special sebab dua-dua ada. Hihiii... Eczema ni banyak penyebab antaranya berpunca dari darah. Saya memang ada keturunan eczema dan asma.

Orang yang ada eczema dan asma ni tau la macam mana azabnya kalau tersilap makan. Lain orang lain makanan yang dia alah. Ada yang alah ayam dan daging pun tak boleh makan.

Kemuncak masalah eczema saya masa mengandungkan anak ketiga, eczema agak teruk jugak kat bahagian kaki. Dan berlarutan sampai selepas bersalin. Mungkin hormon mengandung dan umur dah masuk 30an, menjadi-jadi gatal dia tu. (boleh tengok gambar sebelum). 

Sebab kene dekat jari kan. Nak makan susah kene pakai sudu garfu dah macam mat saleh dah rasanya. Hihiii.. Tambah plk kita ibu nak kene buat kerja-kerja rumah tu semua guna air kan. Tangan yang gatal ni bila kene air lagi menjadi-jadi gatalnya. Memang derita sangat. Nak membasuh kene pakai glove. Kadang masak pun tak. Sedih sangat.
.

Lama-lama tak tahan try add on vivix sebab vitamin lain tu memang dah makan. Bila konsisten set yang macam dalam gambar (vivix, vitalea, vita c, bcomplex, garlic) secara konsisten dan amik nutriferon 3x sehingga serta sapu krim Herbal Bland alhamdulillah tanpa sedar saya dah boleh makan tanpa sudu. Dah boleh masak tanpa risaukan tangan yang pedih dan gatal-gatal. Alhamdulillah syukur sangat. Asbab dengan shaklee masalah kat jari dan kaki dah sembuh. #shakleeeffect
.

Cuma pesanan saya kepada yang ada masalah macam saya, selain teruskan makan suplemen, kawal pemakanan kita juga. Sebab eczema yang berkait dengan darah akan kekal dengan kita sampai mati.  Tapi bila kita kawal makan dan amal suplemen akan mengurangkan simptom yang sebelum ni selalu kene hadap dan tak mustahil akan sembuh juga. Sekarang dah berani makan seafood dan kalau gatal-gatal datang pun cepat recover.

Saya sangat-sangat sarankan yang ada masalah macam saya cuba konsisten dengan vivix sebab vivix ni bantu sel-sel yang tak sihat. Manakala Set Asas (vitalea, vita c dan bcomplex) pula membantu mencukupkan nutrisi yang kurang dalam diet kita. Bila sel badan kita sihat​ dan badan kita cukup nutrisi in shaa Allah masalah kesihatan kita cepat baik. Semuanya dengan izin Yang Maha Esa.


Wednesday 15 November 2017

Set Berpantang Selamat Untuk Bayi Kuning

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca setia. Ramai ibu-ibu yang sedang hamil tercari-cari set berpantang selamat untuk bayi kuning (juandis).

Dalam nak jaga kesihatan dan pulihkan dalaman selepas bersalin, ibu-ibu amat menitikberatkan kesihatan bayi jugak dalam masa yang sama. Tak nak ubat herba atau vitamin yang diambil menyebabkan bayi kuning atau kuning bayi makin teruk.

MekComey bermula kenal shaklee dengan set berpantang asas masa anak kedua (Arsyad Bin Aiman). Sangat-sangat beza pengalaman berpantang anak sulung (Alya Maisarah Binti Aiman).

Luka cepat sembuh dan badan bertenaga tak macam dalam pantang. Set yang mekcomey ambil semua dalam bentuk pil dan tablet. Tapi ada yang tak suka atau tak boleh telan pil jadi MekComey cadangkan anda ambil VIVIX.

Vivix juga menjadi produk utama set berpantang selamat untuk bayi kuning sebab dah ramai pilih VIVIX sebagai teman ibu-ibu berpantang. Apa yang best kalau ibu ambil vivix dalam pantang adalah:
> luka cepat sembuh
> anak bebas juandis
> badan bertenaga
> takde masalah sembelit
> susu meriah

Tak kira ibu bersalin secara normal atau pembedahan, vivix tetap sesuai untuk semua.

Ni antara testimoni yang amalkan vivix lepas bersalin.



Kalau nak rasa juga keberkesanan vivix sebagai set berpantang selamat untuk bayi kuning boleh hubungi MekComey seperti berikut.

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh



Disclamer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Tuesday 14 November 2017

Bisnes Online Pulangan Yang Lumayan

Macam bermimpi pun ada. Mekcomey tak sangka boleh bergelar WAHM (Work At Home Mother) dengan kata lain SURI RUMAH BERKERJAYA asbab dengan buat bisnes Shaklee yang bermodalkan rm65 (5 tahun lepas) sahaja. 

Manis pahit dalam bisnes itu LUMRAH. Jatuh bangun juga perkara biasa. Tapi yang buat mekcomey tak patah semangat ialah KEYAKINAN pada kehebatan company Shaklee selain dari YAKIN REZEKI DARI ALLAH SWT takkan putus selagi kita USAHA. 

Bonus tiap2 bulan masuk tak pernah miss. Cuma banyak ke sikit bergantung kepada kerja keras tiap2 bulan. 

Shaklee company MLM yg adil dan PATUH SYARIAH. Kenapa mekcomey berani kata macam tu sebab dalam Shaklee takde istilah upline goyang kaki downline buat kerja/sales so upline masyuk berkepuk. Taaakkkkkkk!! Tidak sama sekali. 

Sama2 usaha kalau nak dapat BONUS beribu lemon. Kalau upline dah stop buat bisnes skali pun downline masih boleh teruskan bisnes dia. Downline kerja keras upline slow so upline tak dapat apa2.  Bisnes ni ADIL. Kita usaha kita dapat. Kalau malas ko mereput la sorang2 😂😂 haaa gittewww. 

Mekcomey tak pernah menyesal buat keputusan berhenti kerja. Memang ada PRO & CONS. Tapi mekcomey percaya ALLAH sedang mentarbiah hati ini utk lebih kenal diri dan Allah asbab melalui bisnes Shaklee. 

MekComey bangga sekarang MekComey jadi FOUNDER kepada team TJS Empire (TJS - Teratak Jutawan Success) yang mempunyai ahli hampir di seluruh Malaysia. Tapi mekcomey masih mencari sesiapa sahaja terutamanya suri rumah yang nak tingkatkan ekonomi keluarga dengan bekerja dari rumah.

MekComey akan bantu from ZERO to HERO. Anda cuma perlu bekalkan hati yang KENTAL, berani untuk keluar dari ZON SELESA dan JANGAN MALU untuk mencuba sesuatu yang baru.

Cuma satu PESANAN mekcomey. Bisnes ini tak semudah ABC, goyang kaki duit masuk. Perlu ada USAHA Dan PENGORBANAN. Tapi hasilnya memang LUMAYAN. Income dengan shaklee INFINITI. Shaklee akan bayar kita sebanyak mana usaha kita.

Jadi apa tunggu lagi?

Cepat-cepat hubungi MekComey dan nyatakan hasrat anda untuk menjana pendapatan bersama Shaklee.

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Monday 13 November 2017

Apa Yang Best Sangat SHAKLEE Ni?

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Istimewa sangat company dan bisnes Shaklee ni tau.Tak kenal maka tak cinta. So jom MekComey bongkar sikit background Shaklee. Apa yang best sangat Shaklee ni?

Shaklee bermula pada tahun 1956, bermakna sudah 60 tahun Shaklee bertapak di dunia ni. 
60 tahun kekal dan kukuh di Amerika Syarikat dan lebih 30 tahun kukuh di Malaysia.

Beberapa sebab yang cukup untuk anda tak ragu-ragu memilih product Shaklee:

1) Product Shaklee diiktiraf sebagai makanan, BUKAN UBAT
Produk nutrisi Shaklee diiktiraf oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai makanan. Banyak syarikat pemakanan yg lain dianggap syarikat ubat.

2) Semua produk Shaklee diuji secara klinikal oleh 3rd party dan terbit dlm jurnal-jurnal kesihatan antarabangsa.
Shaklee mempunyai produk mereka sendiri yg diuji secara klinikal oleh sumber-sumber luar yang tidak berat sebelah (seperti Universiti Yale dan Harvard University) memberikan bukti saintifik bahawa produk-produk terurai dan digunakan oleh badan anda. Beratus-ratus ujian ini diterbitkan dalam jurnal-jurnal pemakanan dan perubatan seperti:

a. The American Journal of Clinical Nutrition 
b. The Journal of Nutrition 
c. Jurnal Persatuan Dietetik Amerika 
d. Journal of Applied Physiology
e. American Journal of Cardiology 

3) Shaklee mempunyai kajian sendiri dan makmal pembangunan di Hayward, California, dan makmal kedua dibangun bersama dengan Universiti Stanford di Palo Alto, California.

4) Shaklee mempunyai kilang pembuatan produk yang tersediri, yg terletak di Norman, Oklahoma.
Syarikat vitamin yang lain kebanyakan hanya membeli vitamin mereka dari pusat makmal dan meletakkan label mereka sendiri pada product.

5) Lebih 100,000 ujian kualiti dijalankan setiap tahun yang merangkumi 23,000 ujian berasingan untuk ketulenan dan keselamatan dilakukan ke atas bahan-bahan untuk satu produk.
Semua tuntutan produk Shaklee telah mendokumentasikan bukti. Produk menjalani sebanyak 80,000 ujian jaminan kualiti yang berasingan sepanjang proses pembuatan.

6) PRODUK Shaklee ADALAH 100% DIJAMIN!
Shaklee memegang prinsip Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Berjuta penduduk dunia telah merasai keberkesanan Shaklee bukan hanya di Malaysia tapi juga di Singapore, Indonesia, Kanada, China, US, Jepun, Mexico dan Taiwan.

Jadi MekComey tidak ada sangsi dengan produk Shaklee. Produk yang masuk Malaysia semua halal dan mempunyai Sijil Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Serta mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nak dapatkan produk Shaklee?

Boleh hubungi MekComey:

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Sunday 12 November 2017

CARA MERAWAT MASALAH MUKA AKIBAT SKINCARE BERACUN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera. Kali ni mekcomey nak kongsikan cara merawat masalah muka akibat skincare beracun.

Kita selalu terpengaruh dengan iklan "putih dalam masa 7 hari", "jerawat tiada lagi", "kulit flawless bak mutiara" dan macam-macam lagi iklan di televisyen dan media sosial. Tapi kita lupa selidik dulu bahan yang digunakan dalam produk tersebut.

Bila dah pakai memang berkesan seperti yang dijanjikan. Hati berbunga-bunga riang. Sehingga sampai satu masa kita berhenti pakai dan muka mula keluar jerawat dan jeragat dan lebih mengerikan kulit muka kita jadi sensitif pada cahaya matahari dan nipis.

Sangat menakutkan. Jadi penting untuk kita memilih produk yang selamat yang tiada kesan sampingan jangka masa panjang.

MekComey ada customer yang bertanya cara merawat masalah muka akibat skincare beracun ni. Kesian akak xXxXx ni. Muka dia teruk sangat sebab hampir 10 tahun guna produk tersebut.

Ini kisah beliau mekcomey kongsikan dengan anda semua.
.
.
.
.
.
Produk yang bagus dan berkualiti. Sekali cuba akan repeat again and again..
Alhamdulillah..hari ni akak yang order bulan lepas repeat order lagi..terus amik 2 botol..jimat katanya.

Dia dah berumur 56tahun..consume vivix utk kesihatan diri dia dan nak rawat masalah muka dia yang teruk kesan dari penggunaan produk kecantikan yang ada bahan kimia berbahaya.

Katanya 10tahun dia pakai set skincare (dia tak bagitau brand apa). Memang cantik muka dia masa pakai. Tapi bila dah stop, MasyaAllah teruk sangat kesannya.. Hitam seluruh muka dia.

Dia pilih Vivix hasil dari pembacaan dia dapat bantu masalah muka dia. So selain vivix dia ada amik set Nutriwhite jugak untuk penjagaan luaran muka dia.

Jadi beringat la kita orang perempuan ni dalam memilih produk kecantikan atau penjagaan wajah. Pilih yang bebas paraben, merkuri dan bahan kimia lain yang merbahaya.

Bila sesuatu produk kesan dia cepat maknanya ada bahan terlarang la dalam produk tu. Lagi satu bila kita pakai takde satu jerawat pun keluar. Itu maknanya bahan yang tak elok tadi dah tutup liang pori kulit muka kita jadi tersekat segala toksin di kulit bawah muka kita. Sebab tu bila kita stop pakai muka jd keluar jerawat batu dan ada yang jadi macam terbakar muka..hitam hitam..Ya Allah gerun dengar kan.

Mekcomey takut dan kesian tengok muka akak tu. Jadi pengajaran buat mekcomey untuk lebih berhati-hati dalam memilih skincare sekarang yang banyak di pasaran bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Mekcomey sekarang dah pakai skincare Shaklee yang bebas paraben, selamat dan semulajadi selain telan vivix dan lain-lain suplemen.

Mekcomey sangat-sangat syorkan anda semua cuba set skincare Shaklee. Mungkin kesannya lambat ketara tapi percayalah tiada kesan sampingan yang boleh memudaratkan kulit wajah kita.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi MekComey melalui medium seperti Di bawah:

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
FB: Fadzilah Ismail
FB Page: Teratak Vitamin Saya
Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Saturday 11 November 2017

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dengan Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mekcomey doakan moga semua sihat dan bahagia. Kali ini MekComey nak kongsikan petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat.

Semua orang rasanya pernah mengalami batuk dan berkahak ni kan. Batuk juga boleh menyebabkan kahak pada tekak anda dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun batuk yang berpanjangan adalah amat bahaya kerana boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria.

Pelbagai cara untuk merawat batuk yang terjadi akibat alahan dan selsema. Antara petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat, paling mudah dan ramai buat ialah pergi ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat batuk.

Tapi mekcomey biasanya awal-awal kene batuk mekcomey cuba elak untuk makan ubat klinik dan berikhtiar dengan cara alami atau petua tradisional dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada di rumah kita.

Antaranya ialah:-

AIR PUTIH

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair di dalam badan kita boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan maka mula la jadi batuk.

Salah satu ubat batuk semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Kalau mekcomey suka minum air suam panas masa batuk ni.

Air putih atau air suam akan membantu kita untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.

MADU

Madu adalah satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding batuk ubat yang mengandung dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.

Anda boleh menggabungkan dua sudu teh madu bersama air panas dan perahan lemon. Madu bersifat penenang manakala jus lemon membantu melegakan kesesakan pada rongga. Selain itu madu juga boleh dicampurkan dengan perahan limau nipis.

HALIA

Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Halia juga dapat mengurangkan sakit pada tekak. Campuran daun pudina segar bersama halia dapat membantu menghilangkan keratkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

Apa yang anda perlukan adalah halia yang dihidangkan bersama dengan beberapa daun pudina di dalam satu kepingan air panas dan digabungkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan mengalami perbezaan selepas meminum air halia campuran.

MekComey pilih Peppermint Ginger Plus dari Shaklee kerana mempunyai fungsi yang sama dengan air halia tadi.

BAWANG PUTIH

Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat dan sangat mudah ini ialah dengan cara mengambil satu labu bawang putih bersama kulitnya dan kemudian membakarnya di atas dapur selama 15 minit.

Pastikan bawang putih tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang dan makan saja.

Sekiranya anda tidak lalu untuk telan bawang putih tersebut anda boleh mengambil Garlic Complex macam mekcomey amalkan sekarang. Hanya telan pil, tidak perlu mengunyah bawang bakar yang membuatkan mulut dan badan anda berbau.

Anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar itu dan gaul bersama minyak zaitun. Sapukan di leher anda sekerap yang mungkin.

Kesimpulan

Ini petua yang mekcomey kongsikan atas dasar pengalaman mekcomey sendiri. Kalau anda berminat untuk cuba sendiri keberkesanan produk shaklee, anda boleh hubungi mekcomey seperti berikut.

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
FB: Fadzilah Ismail
FB Page: Teratak Vitamin Saya
Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

Friday 10 November 2017

Kesihatan Bertambah Baik Selepas Mengamalkan Makanan Tambahan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. MekComey doakan semua sihat di samping keluarga tersayang. Pertengahan bulan Oktober lalu mekcomey ke Klinik Kesihatan buat pemeriksaan kesihatan dan hasilnya bila doktor review result amik darah kesihatan bertambah baik selepas mengamalkan makanan tambahan.

Alhamdulillah result semua OK.
- kolestrol normal
- LDL (kolestrol jahat) bawah 4
- buah pinggang baik
- kencing manis, darah tinggi takde.
- berat pun ok..(kata doktor..tapi mekcomey rasa tak ok..hhihiii)

Bila doktor bandingkan dengan result 2015 (last check darah), result tahun ni makin baik. 2 tahun lepas kolestrol border line. Huhuuuu.. Yang lain2 ok.

So doktor hanya advice jaga makan sebab faktor usia mungkin.

Alhamdulillah wa syukrulillah.

Dah hampir 5 tahun makan suplemen shaklee dan amalkan produk shaklee kesihatan makin baik. Yang ramai orang risau makan suplemen ni rosak buah pinggang kan.

Tapi alhamdulillah result buah pinggang takde masalah apa2.

So jangan la risau ye. Produk shaklee dah terbukti SELAMAT. Mekcomey baru 5 tahun. Yang dah 30 tahun amalkan shaklee pun sihat bertenaga dan awet muda.

Dan jangan la takut untuk ke klinik atau hospital untuk check kesihatan. Setiap tahun kita perlu buat check up. Jangan tunggu sakit baru terkedek-kedek nak g klinik/hospital. 

Masa tengah sihat ni la untuk amal suplemen..bila dah sakit kene cari ubat. Dan ramai juga sakit dah teruk baru cari suplemen, pastu takde kesan salahkan suplemen... Allah, sedih sgt mekcomey. Jadi kene faham konsep.

Ye suplemen boleh membantu..cuma syaratnya kene sabar. Tambah lagi produk shaklee takde bahan kimia merbahaya, produk semulajadi, maka untuk dapatkan hasilnya ambil masa. Paling kurang 90hari konsisten untuk badan kita "serasi" dengan suplemen.

MekComey percayakan Shaklee yang dah kukuh sebagai syarikat suplemen no1 di dunia. Kalau sayang-sayang nak cuba atau ada apa-apa kemusykilan atau pertanyaan boleh contact mekcomey seperti di bawah.

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
FB: Fadzilah Ismail
FB Page: Teratak Vitamin Saya
Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh