Monday 28 May 2018

Aina Fatnin Genap 2 Tahun 1 Bulan

Anak dara mama nan sorang ni, nama diberi Aina Fatnin Binti Aiman. Anak ketiga dari 3 beradik. (belum bongsu tau, mamanya nak tambah lagi..hihihiii...)


Mama rasa macam baru je mengandung, bersalin dan berpantang kan awak. Dah lebih 2 tahun dah umur awak.

Mama suka panggil dia CikFatnin dan kadang-kadang panggil NaNinin. Dah makin besar ni makin petah bercakap. Ada je idea dia.

Bila imbas kembali kenangan mama lepas lahirkan awak, menitis air mata mama ni syg. Masih segar dalam ingatan mama.

Pada awal pagi Jumaat 12 Februari 2016, dalam pkul 3 ke 4 pagi, mama sedar rasa tak selesa, macam ada mild contraction. Tak kuat tapi kerap. Sambil duk kemas bag apa yang perlu ditambah, mama tanda kekerapan contraction.


Sakit yang kerap tu buat mama risau. So mama tahan sampai azan Subuh. Selesai solat subuh terus gerak pergi hospital.

Tapi sebelum sampai hospital sempat beli nasi bungkus dulu sebab lapar...hahahaaa...dah sampai depan kecemasan wad bersalin, makan dulu dalam kereta...kang takde tenaga pulak nk push push...hihiiii.

So dah selesai makan minum sikit (sebab contraction kacau mood makan) masuk serah diri.

Tapi bila check jalan baru 2cm. So kene masuk wad la dulu. Contraction pun hilang. Ishhh main-mainkan mama ye.

So berehat la mama kat wad. Jalan-jalan pusing wad kasi cepat bukaan. Dipendekkan cerita lepas asar makin kuat contraction. Pukul 7 pelawat dah kene keluar wad. So baba pun kene keluar la jugak. Dalam hati taknak baba keluar sebab sakit sangat. 

Lepas je baba keluar misi lalu katil mama tengok mama tunduk menahan sakit, misi cakap meh la kita check jalan. Alhamdulillah dah nak 5cm. So misi suruh call baba standby bag baby sebab mama dah kene masuk labour room.

Sambil jalan nak masuk labour room mama call baba. Masih boleh berjalan hokey tak perlu naik wheelchair. So debaran bermula.

Misi ready peralatan semua. Pastu tinggalkan mama kejap sebab nak solat maghrib. Mama cakap saya ok je misi tak sakit sangat lagi ni. Baba pun masuk lepas solat maghrib.

Alhamdulillah mudah sangat proses bersalinkan CikFatnin. 9.07malam lahirlah anak ketiga mamababa seberat 3.39kg. Dan syukur buat kali keduanya mama tak kene sebarang jahitan. Bersalin secara normal. Alhamdulillah wa syukrulillah.



Tapi mama diduga esoknya bila misi bagitau CikFatnin ada G6PD. So paling kurang 5 malam kene stay wad. Bertabah la mama. 5 hari berpantang kat wad sangat memenatkan dengan susu mama tak keluar, nangis je dia lapar.

Alhamdulillah vitamin Shaklee bantu mama tambah tenaga especially ostematrix kurangkan lenguh-lenguh badan dan lecithin cepatkan hilang bengkak susu mama.

Sekarang dah pun 2 tahun sebulan CikFatnin mama. Mama doakan semoga CikFatnin sihat sokmo dan menjadi anak dan hamba yang taat pada perintah Allah SWT.