Saturday 14 September 2019

Asma/Lelah Datang Lagi | Asthma Fighter

Dah lama tak pegang inhaler. Tahun 2019 baru kali ni ( bulan September ) pegang dan guna semula. Ni pun encik suami yang belikan dekat farmasi lepas Lah bagitahu tak larat sebab lelah/asma. Lah tak mintak pun belikan. Dia balik kerja terus hulurkan ni.



Kita apa lagi, bagai orang mengantuk disorongkan bantal la kan. Memang tengah semput. Terus sedut. Sebab dah dua hari sebelum tu dah rasa tak sedap bernafas. Lagi pulak tengah selsema teruk kali ni. Dengan pedih tekaknya. Nasib baik tak demam je.

Sebelum ni, kalau rasa ketat atau lemas bernafas, minum air panas dah lega atau telan vivix pun dah lega. Kali ni tak menjadi sangat. Mungkin faktor tengah selsema n cuaca tengah jerebu jugak kot. Degil sikit kali ni.

So Lah tewas, kene guna jugak inhaler tu. Lega terus lepas sedut. Tapi lepas 2 ke 3 jam datang balik ketat dada ni. Malas nak g klinik sebab klo g klinik biasanya doktor akan bagi pil. Pil tu tak selesa sangat, buat Lah jadi ketar berdebar cemana ntah nak explain, tak selesa sangat. 

Jadi bertahan je kat umah. Updose vitamin Shaklee je. Omega Guard tu memang pulun sungguh. Membantu mencairkan kahak. Best bila batuk keluar kahak banyak. Keluar melalui hidung (hingus) sekali, lega sangat. Vitamin-vitamin lain pun Lah tak tinggal. Kasi tingkatkan sistem imun badan. Biar cepat baik selsema ni.

Anda boleh tengok video kat bawah ni, Lah share tips untuk hilangkan batuk berkahak tanpa makan ubat batuk.



Rasanya asma kali ni degil sikit sebab punca dari selsema kot. Kalau sebab salah makan atau habuk tak melarat macam ni. Lendir hingus ni yang buat saluran tersumbat ni. ( Memandai je teori sendiri aku ni...hahahaaaa..bercakap dari pengalaman. Maap la ye doc klo salah teori saya ni 🤗 )

Jom tengok tips Lah amalkan sebelum ni kalau kene serang asma. Alhamdulillah cepat lega. Cuma kali kurang berkesan sebab banyak faktor sampingan lain. Hihihiii



Asma Lah sebenarnya dari zaman sekolah rendah lagi. Tapi alhamdulillah sejak amal makan suplemen Shaklee ni, dah kurang kena serang. Kalau kena pun cepat baik, tak melarat teruk sangat. Masih terkawal.

Banyak kesan positif pada kesihatan Lah lepas amalkan suplemen. Kulit pun makin sihat. Dah takde kulit kering bersisik. Masalah eczema pun terkawal. Dah boleh makan seafood tanpa risau menggaru atau alahan lepas makan.

Syukur alhamdulillah.

Sekiranya anda punya masalah seperti Lah, ada asma ada eczema atau ada masalah kesihatan lain boleh hubungi Lah untuk dapatkan nasihat kesihatan. 


Korang nak CALL pun boleh.
0179351615

No comments: