Friday 6 September 2019

KENANGAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE-62 TAHUN 2019

Sambutan KEMERDEKAAN kali ke-62 tahun 2019 ni lain machiam sikit auranya. Bermula dengan kakya yang semangat sangat suruh cari tudung merdeka. Katanya ada sambutan kat sekolah, dan dia ada kena buat persembahan.

Makanya mencari la mama "tudung merdeka" yang dia nak. Tanya kawan, tanya jiran akhirnya jumpa la tudung merdeka ni.

Meh tengok shantek tak 😍




Memang corak macam bendera kan. Kakya cakap dia sorang je pakai corak macam ni. Hahahaa...special gittewwww πŸ˜‰

Dan dan dan mama pun terjebak sama, beli jugak la satu untuk mama. Sebab nampak cantik la corak dia. Rasa semangat lain machiaammmm bila pakai.

Meh tengok tudung Lah pulak.






Corak bertemakan KEMERDEKAAN. Siap ada batu berlian. Jangok la sangat. Hahahaaa

Sambutan kemerdekaan kat sekolah kakya awal dari hari merdeka, 29hb Ogos hari Khamis sebelum cuti sekolah. Jadi mama pun pakai jugak la hari tu.

Sempat la bergambar kenangan dengan Arsyad sekali.





Abang Arsyad simple je la, guna songkok yang mama balutkan dengan bendera kecik. Tu pun yang tahun lepas punya. Mama is tak pandai nak jahit baju cecantik, so buat syarat la ada tema merdeka kat songkok tu. Kira aci la kan 🀣

.
.
.

Dan pada 31 Ogos 2019 Lah bawak Che pergi ke Dungun. Jadi untuk rasa hari KEMERDEKAAN pada hari tu Lah pakai sekali lagi tudung merdeka.




Masa singgah kat satu stesen minyak dekat Jerteh, staf kat kaunter bagi bendera kecik ni siap cakap "kak, saya nak bagi bendera ni, tapi nak ambil gambar kak sekali". Hihiii...lucu pulak rasa. Lah pun apa lagi "Boleh, boleh..matching pulak dengan tudung kak hari ni." Semangat gittewwww πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ






Semua pandang je bila pakai tudung ni. Menarik perhatian orang sekeliling bila pakai tudung macam ni. Huhuuuu malu pulak rasanya. Tapi semangat meraikan hari kemerdekaan tu lebih kuat. Jadi abaikan je la orang duk pandang-pandang, bukan sakit pun kan. Hahahaaa πŸ€—

Sekali setahun je pun. Alhamdulillah bangga jadi rakyat Malaysia πŸ‡²πŸ‡Ύ

Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ
Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ
Merdeka πŸ‡²πŸ‡Ύ


Anda punya pengalaman sendiri? Jom share dengan Lah.

Boleh KLIK DISINI untuk direct WhatsApp Lah di no 017-9351615

No comments: