Sunday 28 April 2019

Review Program NO SUGAR CHALLENGE | Program Diet Sihat

Lah ceritakan secara ringkas program yang Lah join dalam bantu proses Lah buat DETOX akhir tahun 2018 iaitu NO SUGAR CHALLENGE dengan COACH GULA ~ Master Puteri. Lepas join program NSC jadi lebih memilih makanan.



Ringkasannya seperti berikut.

PERTAMA :

Objektif atau tujuan program No Sugar Challenge ialah bukan untuk diet nak kurus semata-mata, tapi ini adalah gaya hidup baru yang kita nak terapkan dalam diri dan keluarga kita.

Minimumkan pengambilan gula tambahan, minimum makanan terproses dalam diet harian. No Sugar Challenge bukan untuk 30 hari, 100 hari, tapi untuk kekal dalam hidup kita selamanya.

KEDUA :

Kenali jenis gula semulajadi, gula tambahan dan pemanis tiruan. Lepas ni tak perlu dah tengok berapa banyak gula dalam minuman/ makanan, just tengok samada ianya semulajadi/ real food atau dah ditambah gula. Bila bacan bahan- bahan tu, tengok nama- nama lain yang juga gula ya, ada 60++ nama lain untuk gula.

KETIGA :

Kesedaran tentang MAKANAN TERPROSES. Ketahui bahawa makanan terproses adalah PERANGKAP GULA. Kalau kita boleh kurang makanan terproses dalam diet, kita dah boleh selamat daripada gula tambahan lebih 50% setiap hari. Ramai orang ingat dah tak makan gula pasir tu selamat, tapi hari- hari makan makanan terproses - tinggi gula, bahan pewarna, perasa tiruan dan lain2. Dan yang pastinya TIDAK ADA ZAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN.

KEEMPAT :

KETAGIHAN GULA. Syukurlah kita sedar yang kita dah ketagih gula, sedang ramai di luar sana tidak sedar mereka terperangkap dalam kitaran ketagihan gula. Mengapa ramai tak sedar? Sebab ramai tidak tahu apa yang gula dah buat kepada usus dan otak kita. Ingat 2 tempat ini - USUS DAN OTAK menentukan samada kita boleh bebas dari ketagihan gula atau tidak. Semakin sihat usus, semakin sihat otak, bermakna kita boleh melawan dan keluar dari ketagihan gula. Pastikan makanan yang kita ambil BAIK UNTUK USUS, BAIK UNTUK OTAK.

KELIMA :

SUGAR WITHDRAWAL. Ini adalah proses yang tidak dapat kita elak. Apabila kita mahu bebas dari gula, tubuh akan mula meragam kerana dah biasa dengan gula yang banyak. Jadi kita perlu uruskan ragam tubuh ketika withdrawal dengan baik. Ambil makanan yang tinggi zat, standby makanan dan minuman seperti green tea, dark chocolate untuk kurangkan withdrawal. Jangan lupa ambil supplement penting seperti chromium, polifenol, b complex, omega-3 - kesemua ini terbukti berkesan mengurangkan sugar withdrawal. Dan jangan susah hati - SUGAR WITHDRAWAL INI BOLEH TERHAPUS 100% jika anda bertahan dan melawan. Never ever give up!

KEENAM :

PERSIAPAN GROCERIES

Punca gagal atau berjaya No Sugar Challenge terletak di dapur anda! Pastikan dapur sudah bersih daripada makanan dan minuman yang tidak sepatutnya dan persiapkan menu sepanjang minggu. Persiapan mingguan pada mulanya mungkin agak sukar, tapi makin lama makin mudah kerana anda sudah tau apa yang nak dimasak dan dibeli. Ingat : SELAGI DAPUR PENUH MAGGI, BISKUT, JEM, KUIH RAYA, KEROPOK, SEMAKIN SUKAR ANDA MAHU MULA NO SUGAR CHALLENGE.


Dan yang paling penting ialah MINDFUL EATING. Bila kita dah start gaya makan baru, kita dah mula berhati-hati.

Nanti tengok pinggan masing2, kaji dulu sebelum makan:

- real food ke processed food
- ada added sugar ke natural sugar
- boleh spike insulin ke slow release saja
- nak makan byk mana
- ni makan sebab lapar ke sebab geram tengok makanan berhias bergula?


Lah dah berjaya kurangkan berat badan dengan program detox dan No Sugar challenge ni sangat-sangat membantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan.


Sekiranya anda nak cuba join program NO SUGAR CHALLENGE ini, boleh hubungi Lah 0179351615.

3 Cara Mudah Naikkan Semangat Dalam Bisnes - Bisnes Untuk Suri Rumah


Lah kongsikan dengan pembaca semua 3 cara mudah naikkan semangat dalam bisnes yang anda ceburi. Tidak kira apa sahaja jenis bisnes yang anda jalankan, boleh "apply" cara yang Lah akan kongsikan ini.



Tidak dinafikan semangat kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan akan ada turun dan naik. Kita insan biasa, insan yang normal. Hormon sentiasa berubah-ubah. Betul tak? Tambah lagi perempuan. Hihihiii


Jadi macam mana cara kita nak kekalkan atau naikkan semangat kita dalam bisnes untuk kita teruskan bisnes yang kita jalankan dengan penuh semangat dan berjaya capai impian kita.




3 CARA NAIKKAN SEMANGAT DALAM BISNES

1. Ingat semula BIG WHY. Kenapa kita buat bisnes ni? Apa target/impian kita dalam bisnes ni?
Jadi bila kita ingat semula Big Why kita, takkan ada masa kita nak down atau give up atau putus asa untuk meneruskan bisnes kita.

2. Aktifkan diri untuk join aktiviti yang komuniti/syarikat/kumpulan anda anjurkan untuk dapatkan AURA dan SEMANGAT daripada rakan-rakan bisnes anda. 

3. Sentiasa berada dalam CIRCLE POSITIVE - contoh paling mudah group WhatsApp dan jiran tetangga. Kalau mereka jenis yang suka hentam apa yang kita buat (APTB - Apa Pun Tak Boleh), jadi jauhkan diri dari meraka. Kalau ada group WhatsApp, LEFT je group tu. Kalau kita takde duit, ada mereka nak bantu? Tak kot kan..so tak payah layan circle negative macam tu. Bergaul la dengan mereka yang sentiasa support kita.


Jadi Lah harap sedikit perkongsian 3 cara mudah naikkan semangat dalam bisnes ini dapat membantu anda yang dalam mencari semangat untuk meneruskan bisnes anda.


Sekiranya anda masih mencari-cari bisnes yang sesuai dengan anda, bisnes online atau offline (anda boleh tentukan sendiri), bisnes dari rumah atau bisnes yang tak perlukan modal yang besar (tak perlu buat loan), hubungi Lah sekarang.

Sunday 21 April 2019

Review Start Your Own Business (SYOB) Training 2019 | Business Training | Bisnes Paling Untung

Lah kongsikan secara ringkas latihan perniagaan START YOUR OWN BUSINESS TRAINING 2019 dari Shaklee.



Sangat best, sangat memberi inspirasi buat kami para leaders untuk kembangkan bisnes dengan anak-anak bisnes kami dalam bantu tingkatkan jualan dan tingkat keyakinan kami terhadap bisnes yang kami jalankan.

Start Your Own Business ~ Mulakan Perniagaan Sendiri sangat bertepatan dengan bisnes kami yang membina legasi kami sendiri.

Shaklee bagi peluang dan jalan tapi kami yang kena gerakkan bisnes kami. Siapa buat dia dapat, siapa lambat ketinggalan. 

Shaklee sentiasa "upgrade" sistem demi selari dengan perkembangan semasa dunia bisnes sekarang.



Latihan dua hari sangat padat dengan pengisian, tak sempat nak mengantuk la kata salah seorang peserta. Ye betul, saya setuju. Rasa sekejap sangat masa berlalu.

Aura masing-masing membantu semua peserta bersemangat untuk kembangkan bisnes kami.

Lah hadiri latihan di Hotel Perdana Kota Bharu, Kelantan. Di mana Shaklee buat SYOB ini di beberapa negeri lain juga dengan tarikh yang berbeza. Semua memberi feedback yang POSITIF. Semua enjoy dengan SYOB Training yang shaklee jalankan.


VIVIX Shaklee Bantu Panjangkan Umur? | Petua panjang umur


Apa? Vivix shaklee bantu panjangkan umur kita? Ko biar betul.. hahahaaa.. jangan gelabah dulu, meh baca sampai habis. Lah akan terangkan macam mana vivix shaklee bantu panjangkan umur kita.

Sememangnya umur, ajal maut seseorang tu sudah ditetapkan Yang  Maha Esa. Semuanya ditentukan oleh-Nya. Kalau dah sampai ajal, sesaat pun tak boleh dilewatkan. Betul tak?
Cumanya kita disarankan berusaha menjaga kesihatan kita. Kaannnnn :)





Jadi macam mana VIVIX SHAKLEE bantu panjangkan umur?

Jawapannya ialah POLYPHENOLS. Polyphenols ni kaya dengan anti-oksidan yang mampu melindungi dan membaiki DNA yang membentuk sel termasuklah telomere. 

Polyphenols juga berfungsi meneutralkan radikal bebas dan menghalang kerosakan telomere.

Mana nak dapatkan polyphenols?

Berita baik untuk anda semua, anda boleh dapatkan polyphenols di dalam Vivix Shaklee. Vivix yang dihasilkan daripada campuran botanik anggur muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah, dan lobak ungu sangat kaya dengan polyphenols, juga dapat melambatkan penuaan secara sihat.


Apa sebenarnya TELOMERE tu?

Apa kaitan telomere dengan panjang atau pendeknya umur seseorang?
Haaa, sebenarnya telomere adalah 'topi keledar' yang melindungi kromosom dalam badan manusia. Telomere terdapat di dalam DNA yang terletak di hujung setiap kromosom. Faham ke faham? Pening eh? Hehe :) Sila rujuk gambar.


Ok Lah bagi perumpamaan yang mudah untuk anda faham. Cuba anda perhatikan tali kasut. Di hujung setiap tali kasut pasti ada plastik pelindung yang berfungsi untuk melindungi tali kasut daripada terurai. Sekarang bayangkan telomere sebagai plastik pelindung tali kasut tersebut. Fungsinya sama saja.

Telomere berada di hujung setiap kromosom dan ia berfungsi untuk melindungi kromosom. Tanpa telomere, kromosom akan mudah rosak dan tidak dapat menjalankan tugasnya. Juga boleh mengakibatkan sel rosak dan tidak dapat menjalankan fungsinya dengan baik. Bila sel rosak, meningkatkan risiko penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser, diabetes, lemah jantung dan sebagainya.

Mengikut kajian saintifik, telomere adalah penanda aras untuk mengukur tahap kesihatan seseorang. Melalui telomere, saintis dapat menilai sama ada seseorang itu sedang mengalami penuaan secara sihat atau tidak.

Semakin panjang telomere bermakna sel kromosom itu adalah sel yang sihat.

Secara semulajadinya, telomere adalah panjang. Namun semakin kita meningkat usia, ia akan jadi semakin pendek, seterusnya sel akan menjadi tidak aktif dan akhirnya sel akan mati. Sel yang mati akan mengakibatkan tahap kesihatan seseorang semakin menurun.

Telomere juga boleh memendek apabila terdedah kepada radikal bebas, toksin dalam persekitaran yang tidak sihat, radiasi UV, stress/tekanan dan diet yang tidak sihat.

Jadi polyphenols yang terdapat dalam vivix shaklee inilah bantu panjangkan umur kita dengan melindungi telomere dari radikal bebas yang cuba memendekkan usia kita.

Secara kesimpulannya, semakin panjang telomere, semakin tinggi peluang seseorang untuk panjang umur dan menikmati hari tua secara sihat.

Has...dah faham kan macam mana vivix boleh bantu panjangkan umur kita. So nak amalkan vivix? Hubungi Lah sekarang 0179351615

Klik DI SINI untuk dapatkan info lebih dan macam mana cara nak dapatkan VIVIX SHAKLEE yang original.

Sunday 14 April 2019

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan dan Selamat


Memang susah nak hilangkan jeragat ni kan? Ye Lah tak nafikan. Tapi dah ramai yang berjaya pudarkan dan hilangkan jeragat yang menempel kat muka tanpa diundang ni.

Lah kongsikan cara hilangkan jeragat dengan berkesan dan selamat yang dah terbukti dengan kajian saintifik, bukan sekadar cakap-cakap kosong semata. Bukan 'overclaim' yang pastinya.

Cara Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan dan Selamat ialah dengan amalkan vitamin dari Shaklee.

3 Vitamin Untuk Hilangkan Jeragat Dengan Berkesan ialah:

✓ GLA COMPLEX
✓ SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
✓ VIVIX

3 Vitamin ini adalah antara vitamin yang popular untuk hilangkan jeragat dengan berkesan. 

Dengan penggunaan yang berterusan akan berjaya memudarkan dan seterusnya menghilangkan jeragat yang dah bertahun-tahun menguasai kulit muka.

Jeragat membuatkan sesesseses wanita hilang keyakinan diri. Jadi jangan biarkan jeragat bermaharajalela di muka kita.




Sila tonton video di bawah ini untuk lebih faham macam mana SET JERAGAT SHAKLEE dapat bantu anda hilangkan jeragat dengan berkesan dan selamat.




KLIK DI SINI
0179351615

6 Perkara Penting Tentang Program NO SUGAR CHALLENGE Yang Perlu Anda Ambil Tahu | Tips Kurus Dengan Selamat

Lah kongsikan sedikit ringkasan tentang program NO SUGAR CHALLENGE (NSC) yang Lah join dengan Coach Gula hujung tahun 2018. Di mana program ni banyak bantu Lah dalam memahami konsep "eatclean" dan memahami konsep NO SUGAR dalam diet seharian kita.


PERTAMA

OBJEKTIF / TUJUAN program No Sugar Challenge ini ialah bukan program DIET, tapi ini adalah gaya hidup baru yang kita nak terapkan dalam diri dan keluarga kita. Minimumkan pengambilan gula tambahan, minimum makanan terproses dalam diet harian. No Sugar Challenge bukan untuk 30 hari, 100 hari, tapi untuk kekal dalam hidup kita selamanya. 

KEDUA

Kenali jenis gula semulajadi, gula tambahan dan pemanis tiruan. Lepas program ni tak perlu dah tengok berapa banyak gula dalam minuman/ makanan, just tengok samada ianya semulajadi / real food atau dah ditambah gula. Bila baca bahan- bahan tu, tengok nama-nama lain yang juga gula, ada 60++ nama lain untuk gula. 

KETIGA

Kesedaran tentang MAKANAN TERPROSES. Ketahui bahawa makanan terproses adalah PERANGKAP GULA. Kalau kita boleh kurang makanan terproses dalam diet, kita dah boleh selamat daripada gula tambahan lebih 50% setiap hari. Ramai orang ingat dah tak makan gula pasir tu selamat, tapi hari- hari makan makanan terproses - tinggi gula, bahan pewarna, perasa tiruan dan lain-lain. Dan yang pastinya TIDAK ADA ZAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN. 

KEEMPAT

KETAGIHAN GULA. Syukurlah kita sedar yang kita dah ketagih gula, sedang ramai di luar sana tidak sedar mereka terperangkap dalam kitaran ketagihan gula. Mengapa ramai tak sedar? Sebab ramai tidak tahu apa yang gula dah buat kepada usus dan otak kita. Ingat 2 tempat ini - USUS DAN OTAK menentukan samada kita boleh bebas dari ketagihan gula atau tidak. Semakin sihat usus, semakin sihat otak, bermakna kita boleh melawan dan keluar dari ketagihan gula. Pastikan makanan yang kita ambil BAIK UNTUK USUS, BAIK UNTUK OTAK. 

KELIMA

SUGAR WITHDRAWAL. Ini adalah proses yang tidak dapat kita elak. Apabila kita mahu bebas dari gula, tubuh akan mula meragam kerana dah biasa dengan gula yang banyak. Jadi kita perlu uruskan ragam tubuh ketika withdrawal dengan baik. Ambil makanan yang tinggi zat, standby makanan dan minuman seperti green tea, dark chocolate untuk kurangkan withdrawal. Jangan lupa ambil supplement penting seperti chromium, polifenol, b complex, omega-3 - kesemua ini terbukti berkesan mengurangkan sugar withdrawal. Dan jangan susah hati - SUGAR WITHDRAWAL INI BOLEH TERHAPUS 100% jika anda bertahan dan melawan. Never ever give up!

KEENAM

PERSIAPAN GROCERIES

Punca gagal atau berjaya No Sugar Challenge terletak di dapur anda! Pastikan dapur sudah bersih daripada makanan dan minuman yang tidak sepatutnya dan persiapkan menu sepanjang minggu. Persiapan mingguan pada mulanya mungkin agak sukar, tapi makin lama makin mudah kerana anda sudah tahu apa yang nak dimasak dan dibeli. Ingat : SELAGI DAPUR PENUH MAGGI, BISKUT, JEM, KUIH RAYA, KEROPOK, SEMAKIN SUKAR ANDA MAHU MULA NO SUGAR CHALLENGE.



Lagi satu Coach Gula share tentang MINDFUL EATING.. Bila kita dah start gaya makan baru, kita dah mula berhati-hati.

Nanti tengok pinggan masing2, kaji dulu sebelum makan. Sama Ada:

- real food ke processed food
- ada added sugar ke natural sugar
- boleh spike insulin ke slow release saja
- nak makan banyak mana
- ni makan sebab lapar ke sebab geram tengok makanan berhias bergula

Pesan Coach Gula lagi, kita muslim memang dah ada konsep mindful eating ni:

- cari yang halal
- cari yang toyyiban atau bagus untuk tubuh
- makan baca doa before after
- makan kunyah elok-elok
- makan tangan kanan 

Semua ni adab islam yang kalau kita amalkan memang boleh jadi sihat melalui makanan.


Alhamdulillah Lah dah rasa sendiri kesan selepas join NO SUGAR CHALLENGE. Antara KESAN POSITIF:

✓ Hilang segala pening dan sakit kepala
✓ Berat badan hilang cepat
✓ inch loss yang ketara
✓ badan bertenaga sepanjang hari
✓ kelihatan lebih muda dari sebelumnya.


Kesan lagi ummpppphhhhh apabila Lah amalkan Set Detox Shaklee. Sangat-sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.


Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Shaklee atau Set Detox Shaklee ini boleh hubungi Lah untuk Lah bantu konsikan lebih banyak tups untuk turunkan berat badan dengan berkesan dan selamat.

untuk sebarang pertanyaan dan order vitamin Shaklee

Sunday 7 April 2019

Tanda Menopause Dan Cara Atasi Gejala Menopause



Menopause biasanya berlaku pada wanita yang berusia, berbeza setiap individu, awal usia 40an sehingga 50an.

Menopause adalah proses biologi yang berlaku apabila wanita semakin meningkat usia. Namun, berlaku tanda-tanda menopause seperti badan mudah rasa panas, susah tidur, badan mudah letih dan emosi mudah terganggu. Jadi, anda perlu bersedia untuk menerima perubahan setelah menopause. Salah satunya adalah dengan mengamalkan vitamin.

Apabila umur lewat 30an, ovari mula kurang penghasilan estrogen dan progesterone. Akibatnya pada umur 40an, kitar haid mula berubah. Mungkin jadi makin pendek atau makin panjang, mungkin lebih sedikit atau lebih banyak dan secara purata pada umur 51 tahun,  ovari mula berhenti menghasilkan ovum dan period pun mula berhenti.

Tanda atau Gejala Menopause

1. Kitar haid tidak teratur
2. Vagina menjadi kering
3. Mudah rasa panas
4. Berpeluh pada waktu malam
5. Susah tidur malam
6. Emosi sensitif dan mudah terganggu
7. Berat bertambah dan kadar metabolisma menurun
8. Rambut jadi nipis dan kulit mulai kering
9. Payudara mula lembik
Simptom pre menopause dan menopause ni mungkin berbeza bagi setiap wanita.

KESAN MENOPAUSE

Selepas menopause terdapat beberapa perubahan akan berlaku seperti:

1. Masalah kardiovaskular (jantung dan salur darah)
Apabila kadar hormon estrogen menurun, risiko penyakit jantung mula meningkat. Jadi, penting untuk anda amalkan gaya hidup sihat, makan makanan yang sihat, bersenam dan jaga berat badan ideal.

2. Osteoporosis
Apabila osteoporosis, tulang menjadi kurang ketumpatan dan lemah yang boleh menyebabkan risiko tulang mudah patah. Pengambilan kalsium yang cukup sejak dari awal membantu menjaga tulang sihat.

3.Sukar tahan kencing
Tisu pada vagina dan urethra menjadi kurang elastik akan menyebabkan anda kencing lebih kerap dan ada ketikanya tidak dapat menahan kencing. Atau, ada ketikanya terkeluar sedikit air kencing ketika terbatuk, ketawa atau angkat benda berat.
Anda boleh buat senaman kegel untuk menguatkan otot vagina.

4. Kualiti seksual terjejas
Vagina jadi kering kerana kurang kelembapan dan kurang elastisiti pada otot vagina. Ada juga yang mula merasa kurang nafsu libido.

5. Berat bertambah
Apabila menopause, kadar metabolisma badan menurun. Sebab tu, badan mula jadi gemuk dan mula sakit lutut.
Pre menopause dan menopause adalah satu proses penuaan yang semua orang akan mengalaminya. Bezanya, cara kira mengawal simptom atau gejala tersebut.

Cadangan vitamin terbaik untuk wanita pre menopause dan wanita menopause adalah
Set vitamin asas dan ditambah dengan beberapa vitamin lain untuk hasil yang terbaik.

Vita C: Membantu pembentukan kolagen semulajadi badan.

Omega Guard: Mengandungi asid lemak omega 3, DHA,  EPA yang boleh membantu mengurangkan radang yang berlaku dalam badan. Omega guard juga menjaga kesihatan jantung.

Vitalea: Sejenis multivitamin untuk melengkapkan keperluan nutrisi badan.

B Complex: Membantu pengawalan mood dengan baik

Energizing Soy Protein (ESP) : Membekalkan protein yang cukup dan membekalkan phytoestrogen,  seakan akan hormon estrogen mengurangkan simptom-simptom menopause dan pre menopause

Tambahan vitamin

GLA Complex: Membantu mengawal hormon dalam badan dan mengawal simptom menopause.

Ostematrix: Membekalkan sumber kalsium yang cukup untuk tulang dan gigi yang kuat.

Vivix: Produk premium shaklee yang patut diambil semua. Membantu penuaan sihat, menghilangkan sakit sendi, mengelakkan sembelit dan buat badan lebih cergas.


Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Shaklee ini boleh KLIK DISINI

Saturday 6 April 2019

Resepi Smoothie Sihat | Jus Diet untuk Kurus

Lah kongsikan dengan anda semua resepi jus kegemaran Lah ialah resepi Smoothie Sihat yang merupakan jus diet untuk kurus.



Resepi smoothie sihat ni sangat mudah untuk disediakan. Yang penting membuatkan kita kenyang lebih lama. Kerana ESP merupakan sumber protein yang lengkap dengan asid amino penting untuk badan kita.

Resepi ini juga sesuai untuk pesakit gastrik kerana membantu buat mereka kenyang lebih lama.

RESEPI SMOOTHIE SIHAT



Bahan-bahannya:

1. Sediakan blender yang sesuai
2. ESP Shaklee
3. Buah honeydew yang dah dipotong
4. Air Kosong


Cara-caranya:

1. Masukkan buah honeydew ke mesin/bekas pengisar
2. Masukkan 1 scoop ESP
3. Masukkan air kosong
4. Blend atau kisar hingga sebati.

Nota: Kalau rasa nak gigit buah, tak perlu kisar hancur. 

Nota tambahan: Kalau suka ais, boleh masukkan ais dan kisar bersama. Jadi ice blended gittewwww.

Dah siap!
Boleh terus diminum.




Anda boleh menonton video di bawah untuk lebih jelas cara untuk buat SMOOTHIE SIHAT ini.



Sebarang pertanyaan atau komen dan cadangan boleh hubungi Lah 
Klik saja DISINI untuk fast response.

Terima kasih.