Sunday 28 April 2019

Review Program NO SUGAR CHALLENGE | Program Diet Sihat

Lah ceritakan secara ringkas program yang Lah join dalam bantu proses Lah buat DETOX akhir tahun 2018 iaitu NO SUGAR CHALLENGE dengan COACH GULA ~ Master Puteri. Lepas join program NSC jadi lebih memilih makanan.



Ringkasannya seperti berikut.

PERTAMA :

Objektif atau tujuan program No Sugar Challenge ialah bukan untuk diet nak kurus semata-mata, tapi ini adalah gaya hidup baru yang kita nak terapkan dalam diri dan keluarga kita.

Minimumkan pengambilan gula tambahan, minimum makanan terproses dalam diet harian. No Sugar Challenge bukan untuk 30 hari, 100 hari, tapi untuk kekal dalam hidup kita selamanya.

KEDUA :

Kenali jenis gula semulajadi, gula tambahan dan pemanis tiruan. Lepas ni tak perlu dah tengok berapa banyak gula dalam minuman/ makanan, just tengok samada ianya semulajadi/ real food atau dah ditambah gula. Bila bacan bahan- bahan tu, tengok nama- nama lain yang juga gula ya, ada 60++ nama lain untuk gula.

KETIGA :

Kesedaran tentang MAKANAN TERPROSES. Ketahui bahawa makanan terproses adalah PERANGKAP GULA. Kalau kita boleh kurang makanan terproses dalam diet, kita dah boleh selamat daripada gula tambahan lebih 50% setiap hari. Ramai orang ingat dah tak makan gula pasir tu selamat, tapi hari- hari makan makanan terproses - tinggi gula, bahan pewarna, perasa tiruan dan lain2. Dan yang pastinya TIDAK ADA ZAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN.

KEEMPAT :

KETAGIHAN GULA. Syukurlah kita sedar yang kita dah ketagih gula, sedang ramai di luar sana tidak sedar mereka terperangkap dalam kitaran ketagihan gula. Mengapa ramai tak sedar? Sebab ramai tidak tahu apa yang gula dah buat kepada usus dan otak kita. Ingat 2 tempat ini - USUS DAN OTAK menentukan samada kita boleh bebas dari ketagihan gula atau tidak. Semakin sihat usus, semakin sihat otak, bermakna kita boleh melawan dan keluar dari ketagihan gula. Pastikan makanan yang kita ambil BAIK UNTUK USUS, BAIK UNTUK OTAK.

KELIMA :

SUGAR WITHDRAWAL. Ini adalah proses yang tidak dapat kita elak. Apabila kita mahu bebas dari gula, tubuh akan mula meragam kerana dah biasa dengan gula yang banyak. Jadi kita perlu uruskan ragam tubuh ketika withdrawal dengan baik. Ambil makanan yang tinggi zat, standby makanan dan minuman seperti green tea, dark chocolate untuk kurangkan withdrawal. Jangan lupa ambil supplement penting seperti chromium, polifenol, b complex, omega-3 - kesemua ini terbukti berkesan mengurangkan sugar withdrawal. Dan jangan susah hati - SUGAR WITHDRAWAL INI BOLEH TERHAPUS 100% jika anda bertahan dan melawan. Never ever give up!

KEENAM :

PERSIAPAN GROCERIES

Punca gagal atau berjaya No Sugar Challenge terletak di dapur anda! Pastikan dapur sudah bersih daripada makanan dan minuman yang tidak sepatutnya dan persiapkan menu sepanjang minggu. Persiapan mingguan pada mulanya mungkin agak sukar, tapi makin lama makin mudah kerana anda sudah tau apa yang nak dimasak dan dibeli. Ingat : SELAGI DAPUR PENUH MAGGI, BISKUT, JEM, KUIH RAYA, KEROPOK, SEMAKIN SUKAR ANDA MAHU MULA NO SUGAR CHALLENGE.


Dan yang paling penting ialah MINDFUL EATING. Bila kita dah start gaya makan baru, kita dah mula berhati-hati.

Nanti tengok pinggan masing2, kaji dulu sebelum makan:

- real food ke processed food
- ada added sugar ke natural sugar
- boleh spike insulin ke slow release saja
- nak makan byk mana
- ni makan sebab lapar ke sebab geram tengok makanan berhias bergula?


Lah dah berjaya kurangkan berat badan dengan program detox dan No Sugar challenge ni sangat-sangat membantu mempercepatkan proses menurunkan berat badan.


Sekiranya anda nak cuba join program NO SUGAR CHALLENGE ini, boleh hubungi Lah 0179351615.

No comments: