Sunday 14 April 2019

6 Perkara Penting Tentang Program NO SUGAR CHALLENGE Yang Perlu Anda Ambil Tahu | Tips Kurus Dengan Selamat

Lah kongsikan sedikit ringkasan tentang program NO SUGAR CHALLENGE (NSC) yang Lah join dengan Coach Gula hujung tahun 2018. Di mana program ni banyak bantu Lah dalam memahami konsep "eatclean" dan memahami konsep NO SUGAR dalam diet seharian kita.


PERTAMA

OBJEKTIF / TUJUAN program No Sugar Challenge ini ialah bukan program DIET, tapi ini adalah gaya hidup baru yang kita nak terapkan dalam diri dan keluarga kita. Minimumkan pengambilan gula tambahan, minimum makanan terproses dalam diet harian. No Sugar Challenge bukan untuk 30 hari, 100 hari, tapi untuk kekal dalam hidup kita selamanya. 

KEDUA

Kenali jenis gula semulajadi, gula tambahan dan pemanis tiruan. Lepas program ni tak perlu dah tengok berapa banyak gula dalam minuman/ makanan, just tengok samada ianya semulajadi / real food atau dah ditambah gula. Bila baca bahan- bahan tu, tengok nama-nama lain yang juga gula, ada 60++ nama lain untuk gula. 

KETIGA

Kesedaran tentang MAKANAN TERPROSES. Ketahui bahawa makanan terproses adalah PERANGKAP GULA. Kalau kita boleh kurang makanan terproses dalam diet, kita dah boleh selamat daripada gula tambahan lebih 50% setiap hari. Ramai orang ingat dah tak makan gula pasir tu selamat, tapi hari- hari makan makanan terproses - tinggi gula, bahan pewarna, perasa tiruan dan lain-lain. Dan yang pastinya TIDAK ADA ZAT PENTING UNTUK TUBUH BADAN. 

KEEMPAT

KETAGIHAN GULA. Syukurlah kita sedar yang kita dah ketagih gula, sedang ramai di luar sana tidak sedar mereka terperangkap dalam kitaran ketagihan gula. Mengapa ramai tak sedar? Sebab ramai tidak tahu apa yang gula dah buat kepada usus dan otak kita. Ingat 2 tempat ini - USUS DAN OTAK menentukan samada kita boleh bebas dari ketagihan gula atau tidak. Semakin sihat usus, semakin sihat otak, bermakna kita boleh melawan dan keluar dari ketagihan gula. Pastikan makanan yang kita ambil BAIK UNTUK USUS, BAIK UNTUK OTAK. 

KELIMA

SUGAR WITHDRAWAL. Ini adalah proses yang tidak dapat kita elak. Apabila kita mahu bebas dari gula, tubuh akan mula meragam kerana dah biasa dengan gula yang banyak. Jadi kita perlu uruskan ragam tubuh ketika withdrawal dengan baik. Ambil makanan yang tinggi zat, standby makanan dan minuman seperti green tea, dark chocolate untuk kurangkan withdrawal. Jangan lupa ambil supplement penting seperti chromium, polifenol, b complex, omega-3 - kesemua ini terbukti berkesan mengurangkan sugar withdrawal. Dan jangan susah hati - SUGAR WITHDRAWAL INI BOLEH TERHAPUS 100% jika anda bertahan dan melawan. Never ever give up!

KEENAM

PERSIAPAN GROCERIES

Punca gagal atau berjaya No Sugar Challenge terletak di dapur anda! Pastikan dapur sudah bersih daripada makanan dan minuman yang tidak sepatutnya dan persiapkan menu sepanjang minggu. Persiapan mingguan pada mulanya mungkin agak sukar, tapi makin lama makin mudah kerana anda sudah tahu apa yang nak dimasak dan dibeli. Ingat : SELAGI DAPUR PENUH MAGGI, BISKUT, JEM, KUIH RAYA, KEROPOK, SEMAKIN SUKAR ANDA MAHU MULA NO SUGAR CHALLENGE.



Lagi satu Coach Gula share tentang MINDFUL EATING.. Bila kita dah start gaya makan baru, kita dah mula berhati-hati.

Nanti tengok pinggan masing2, kaji dulu sebelum makan. Sama Ada:

- real food ke processed food
- ada added sugar ke natural sugar
- boleh spike insulin ke slow release saja
- nak makan banyak mana
- ni makan sebab lapar ke sebab geram tengok makanan berhias bergula

Pesan Coach Gula lagi, kita muslim memang dah ada konsep mindful eating ni:

- cari yang halal
- cari yang toyyiban atau bagus untuk tubuh
- makan baca doa before after
- makan kunyah elok-elok
- makan tangan kanan 

Semua ni adab islam yang kalau kita amalkan memang boleh jadi sihat melalui makanan.


Alhamdulillah Lah dah rasa sendiri kesan selepas join NO SUGAR CHALLENGE. Antara KESAN POSITIF:

✓ Hilang segala pening dan sakit kepala
✓ Berat badan hilang cepat
✓ inch loss yang ketara
✓ badan bertenaga sepanjang hari
✓ kelihatan lebih muda dari sebelumnya.


Kesan lagi ummpppphhhhh apabila Lah amalkan Set Detox Shaklee. Sangat-sangat membantu dalam proses menurunkan berat badan.


Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Shaklee atau Set Detox Shaklee ini boleh hubungi Lah untuk Lah bantu konsikan lebih banyak tups untuk turunkan berat badan dengan berkesan dan selamat.

untuk sebarang pertanyaan dan order vitamin Shaklee

No comments: