Tuesday 28 January 2020

CARA HANCURKAN BATU KARANG DENGAN BERKESAN TANPA PERLU DIBEDAH

Anda ada masalah BATU KARANG? Nak cuba cara hancurkan batu karang tanpa pembedahan?

Jom baca perkongsian di bawah.

===============================



TESTIMONI : SUHAILA ABDUL

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya Nor Suhaila Abdul , dikenali sebagai Kak Su.Saya berusia 40 tahun.Saya ingin berkongsi cerita tentang pengalaman saya menggunakan produk Shaklee.

Sebelum ini kulit saya tidak pernah mengalami masalah sehinggalah saya melahirkan anak yang ke 3.Muka saya dipenuhi jerawat dan kulit saya mulai kusam dan kering.Jeragat mulai naik di pipi dan juga di bahagian hidung.Saya memang pernah mencuba berbagai produk kecantikan dan suplimen tapi semuanya tak pernah kekal.Sehinggalah saya diperkenalkan oleh adik ipar saya iaitu kolegen Shaklee.Saya mencuba sebanyak sekotak.Tapi selepas itu saya stop sebab saya memang tak konsisten makan kolegen tersebut.

Suatu hari saya diserang sakit dibahagian pinggang sebelah kiri sehinggakan saya tidak dapat bangun dan sakit yang amat sangat.Selepas mendapatkan rawatan doctor, disahkan bahawa dibahagian kiri buah pinggang saya terdapat batu karang.Doktor memberikan saya ubat pecahkan batu karang.Saya makan sampai habis ubat tersebut tetapi rasa sakit dan kencing tidak lawas masih saya alami.Disamping masalah batu karang  saya juga mengalami masalah tekanan darah rendah serta sering pening  dan juga period yang tidak datang selama setahun lebih.

Selepas bertanyakan kepada adik ipar dan membaca tentang testimony  suplimen Shaklee, saya bertekad ingin mencuba VIVIX.Selepas mencuba vivix selama sebulan secara konsisten, perkara pertama yang menggembirakan saya ialah , saya sudah datang period dan kali ini period adalah selama 9 hari dimana sejak anak dara period saya hanya 4 hari sahaja.Setiap bulan period saya datang dengan konsisten selama 9 hari.Tanpa saya sedari, rasa sakit dulu sudah tidak dirasai lagi .Saya tidak lagi mengalami sakit dibahagian buah pinggang kiri,tiada lagi masalah kencing kotor serta tidak lagi mengalami sakit kepala keterlaluan seperti dulu.Malahan jarang sekali berjumpa doctor untuk rawatan.. Saya ni memang tidak konsisten makan vitamin, tapi dengan vivix, boleh dikatakan  saya akan minum setiap hari sebelum tidur tanpa terlupa.Kesan lain yang saya rasai pada badan adalah sangat berbeza dari dulu.Saya tidak mudah letih menguruskan 5 anak di rumah dan mengurus anak murid disekolah. Minum vivix asalnya sebab  nak sembuhkan sakit batu karang.Tapi banyak pula yang lain yang dapat kesan tip top.

Dan yang paling memeranjatkan saya ialah gambar ini.Saya sendiri tidak menyedari perubahan pada kulit muka dan wajah sendiri sehinggalah saya menjumpai gambar lama ini.                                                                             Kesan jeragat dan kulit kusam mulai pudar dan tona kulit semakin sekata.Dan kini saya mula konsisten semula pengambilan kolegen shaklee bagi mendapatkan hasil yang lebih umphhh….

Sehingga ke hari ini bukan saya sahaja yang mengamalkan produk Shaklee malahan seisi rumah saya mulai dari si kecil yang berusia 3 tahun sehinggalah suami saya.Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan Shaklee kerana dengan usaha saya mengamalkan Shaklee dan dengan izinNya kesihatan saya semakin baik.Alhamdulillah.Sehingga kini saya adalah pengguna tegar VIVIX…I love vivix very much…muahhh ckit…


==================================


Selain Vivix ada beberapa vitamin lain yang dapat membantu dalam proses menghancurkan batu karang.
B-Complex – menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 

Vita-C – mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid

OsteMatrix – mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 

Alfalfa Complex – mengurangkan infeksi & inflamasi 

Carotomax – menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang

Lecithin – membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

Performance Drinks Shaklee – Kandungan sitrat di dalamnya membantu mencegah batu karang disamping mencukupkan jumlah air yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari. Paling penting, ianya bebas gula dan tidak berkarbonat! Minumlah tanpa was-was!

Petua semulajadi dari Dr Hamid Arshat KLIK DISINI

https://www.mingguanwanita.my/dr-hamid-arshat-kongsi-petua-berkesan-rawat-batu-karang-dalam-hempedu-tanpa-perlu-dibedah/



18 KHASIAT MADU & KAYU MANIS

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Anda suka madu? Anda suka kulit kayu manis?

Tahu tak anda gabungan madu dan kayu manis mempunyai 1001 khasiat untuk kesihatan.

Lah ada baca info ni dalam group WhatsApp yang dikongsikan oleh kakak ipar Lah.

Lah share kat sini mungkin bermanfaat untuk anda. Dan anda kongsikan juga post ini dengan kenalan anda. Mungkin dapat membantu masalah kesihatan mereka yang sedang berikhtiar untuk sihat dari sakit yang mereka alami.

Jom sama-sama kita baca info tentang khasiat madu dan kayu manis.

====================================

MADU & KAYU MANIS 

Madu merupakan satu-satunya makanan atas muka bumi yang tidak akan basi mahupun rosak. Apa yang terjadi hanyalah ianya ''bertukar jadi gula''. Realiti sebenarnya, madu tetap madu.Bagaimanapun, bila ditinggalkan di tempat yang gelap dan sejuk pada waktu yang lama ianya akan men''hablur'' atau kristallized. Apabila ini berlaku , didihkan sedikit air dan masukkan bekas yang berisi madu ke dalam air panas , dan tutup api dari terus menyala, dan biarkan madu cair secara biasa tanpa pendidihan. Ianya akan tetap kekal sebagai madu dari segi perubatan dan keadaan.Jangan didihkan madu atau masukkan ke dalam mikrowave, ini akan membunuh atau merosakkan enzim-enzim berguna di dalam madu.

Syarikat ubat (ubat-ubatan moden) tidak suka perkara ini kecoh di dalam masyarakat yang mana fakta menunjukkan madu dan kayu manis : campuran madu dan kayu manis boleh menyembuhkan hampir kesemua penyakit. Madu boleh didapati di semua negara dunia. Para saintis juga menerima bahawa madu merupakan ubatan ''Ram Ban'' (paling berkesan) terhadap semua jenis penyakit. Madu boleh digunakan tanpa tanpa sebarang kesan sampingan untuk apa-apa jenis penyakit. Sains moden juga mengatakan bahawa walaupun madu adalah manisan, tetapi apabila diambil pada dos yang betul sebagai ubat , ianya tidak akan memberi kesan buruk termasuk pada pengidap kencing manis.

Ini di antara kajian dari saintis barat :

Penyakit Jantung : Buatkan serbuk kayu manis. Sapukan madu dan serbuk kayu manis pada roti dan makan secara tetap setiap hari semasa sarapan (sebagai ganti dari jem). Ini akan mengurangkan kolesterol di dalam pembuluh darah (arteri) dan menyelamatkan pesakit dari serangan jantung (heart attack). Juga, bagi yang sedia ada atau pernah diserang serangan jantung , apabila amalan ini dibuat secara harian, ianya akan menjauhkan pesakit berbatu-batu dari serangan seterusnya. Penggunaan secara tetap amalan di atas akan mengurangkan kesukaran bernafas (membetulkan pernafasan) dan akan menguatkan jantung mengepam. Di Amerika dan kanada , pelbagai jururawat di rumah telah merawat pesakit secara jayanya dan juga didapati bahawa pada satu tahap umur, pembuluh dan salur darah (arteri dan vein) akan hilang flexibilitinya (kekenyalan) dan akan mudah tersumbat , madu dan kayu manis akan mengembalikan semula sifat asalnya.

Radang sendi (arthritis) : pesakit arthritis boleh mengambil secara harian (pagi dan malam) satu cawan air suam bersama 2 sudu teh madu dan satu sudu serbuk kayu manis. Apabila ini diambil secara tetap , pesakit kronik arthritis juga boleh sembuh. Di dalam kajian terbaru yang diketuai oleh Universiti Copenhagen , mereka mendapati bawa doktor-doktor yang merawat psakit mereka dengan campuran 1 sudu madu dan 1/2 sudu serbuk kayu manis sebelum sarapan pagi, mereka mendapati bahawa di dalam satu minggu (dari 200 orang pesakit yang dirawat) - 73 pesakit hilang kesakitannya di dalam seminggu dan di dalam sebulan , hampir kesemua pesakit yang tidak boleh berjalan atau bergerak disebabkan radang (arthritis) sudah boleh berjalan tanpa sebarang kesakitan.

Jangkitan Pundi Kencing: ambil dua sudu serbuk kayu manis dan satu sudu madu di dalam air suam dan minum. Ianya akan membunuh kuman di dalam pundi.

Kolesterol : Dua sudu besar madu dan tiga sudu teh serbuk kayu manis dicampurkan dengan 16 auns air teh diberikan pada pesakit kolesterol , didapati bahawa kandungan kolesterol di dalam badan pesakit turun sebanyak 10% hanya selepas 2 jam. Apabila ini diambil sebanyak 3 kali sehari , sebarang penyakit kolesterol tahap kronik akan sembuh. Melalui maklumat yang diterima dari Journal , madu asli yang diambil secara harian bersama makanan mengurangkan komplen(keluhan) terhadap kolesterol.

Selesema : bagi yang terseksa dengan selesema perlu mengambil 1 sudu besar madu bersama 1/4 sudu serbuk kayu manis 3 kali sehari. Proses ini akan menyembuhkan kesemua batuk yang terus, demam , dan membersihkan sinus (ruang udara di dalam tengkorak sekeliling hidung).

Perut Meragam : Madu diambil bersama kayu manis menyembuhkan sakit perut dan membersihkan @ menyembuhkan perut dari sebarang ulcers. Kembung (gas) : kajian yang dibuat di Jepun dan India, mendapati bahawa madu yang diambil bersama-sama kayu manis akan mengeluarkan gas dari perut.

Imun Sistem : penggunaan harian madu dan serbuk kayu manis menguatkan sistem pertahanan (imun) dan melindungi badan dari serangan kuman dan bakteria. Saintis mendapati bahawa madu mempunyai pelbagai vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar. Penggunaan madu secara tetap akan menguatkan korpuskel sel darah putih (dimana mengandungi dna) untuk melawan penyakit yang disebabkan bakteria dan kuman (virus).

Tak Hadam : Serbuk kayu manis dicampur bersama 2 sudu besar madu yang diambil sebelum tidur akan merembeskan asid dan menghancurkan makanan berat.

Influenza : Saintis dari sepanyol membuktikan bahawa madu mempunyai kandungan semula jadi yang membunuh kuman influenza dan menyelamatkan pesakit dari flu.

Umur Panjang : Teh yang dibuat bersama madu dan serbuk kayu manis,bila diambil secara tetap , mengelakkan kerosakan disebabkan bertambahnya usia. Pengambilan 4 sudu teh madu, 1 sudu teh serbuk kayu manis dan 3 mangkuk kecil air panas untuk membuat teh. Minum 1/4 mangkuk - 3-4 kali sehari. Ini akan mengekalkan kesegaran kulit, kelembutan dan ketegangan. Jangka hayat dipanjangkan , dan mereka yang berumur 100 tahun sekalipun boleh memulakan aktiviti seperti berumur 20 tahun. (dalam Islam , kita ada beberapa amalan untuk panjang umur - amalkan di atas + bersedekah dan menyambungkan silaturrahim - in sya allah, umur kita akan panjang)

Sakit tekak : apabila tekak rasa tidak selesa , ambil satu sudu madu dan kulum sambil telan sedikit demi sedikit sehingga ambil. Ulang setiap 3 jam sehingga tekak hilang simptom sakit/ketidak selesaan.

Jerawat : 3 sudu besar madu dan 1 sudu teh serbuk kayu manis paste. Sapukan paste ini di atas jerawat sebelum tidur dan basuhnya tika bangun keesokan pagi dengan air suam. Jika diamalkan selama dua minggu , ia akan membuang jerawat dari akarnya.

Jangkitan Kulit :Sapukan campuranmadu dan serbuk kayu manis dalam ratio yang sama pada kulit yang terkesan , akan menyembuhkan ekzema , dan semua jenis jangkitan kulit.

Hilangkan Berat Badan : Pagi , sejam setengah sebelum sarapan pagi dan tika perut kosong , dan pada waktu malam sebelum tidur , minum madu dan serbuk kayu manis di dalam air suam. Jika diambil secara tetap, ianya akan mengurangkan berat walaupun pada mereka yang berlebihan berat badan. Jika minum secara tetap , ianya tidak akan membenarkan lemak untuk berkumpul dalam badan walaupun individu tersebut mengambil makanan yang tinggi kalori.

Kanser : Kajian terbaru di Jepun dan Australia mendedahkan bahawa kanser perut dan tulang telah berjaya dirawat dengan jayanya. Pesakit yang mengidap penyakit ini perlu mengambil setiap hari satu sudu madu bersama satu sudu teh serbuk kayu manis 3 hari sekali selama satu bulan.

Lemah : kajian baru-baru ini menunjukkan gula yang terkandung di dalam madu adalah sangat membantu dalam mengembalikan kekuatan badan berbanding gula buatan. masyarakat yang mengambil madu dan serbuk kayu manis dengan ratio yang sama didapati lebih peka dan flexible. Dr. Milton , yang menjalankan kajian ini , mengatakan separuh sudu besar madu yang diminum bersama segelas air yang dicampur dengan serbuk kayu manis, jika diambil setiap hari selepas gosok gigi dan tengah hari (sekitar 3 petang) - akan mengembalikan kecerdasan badan dalam masa seminggu.

Sukar Bernafas : penduduk di Amerika selatan berkumur dengan satu sudu madu dan serbuk kayu manis dicampur dengan air suam , sebagai rutin harian pertama pada waktu pagi , bagi membolehkan pernafasan mereka sentiasa segar sepanjang hari.

Kurang @ hilang pendengaran : Pagi hari dan malam - madu dan serbuk kayu manis diambil pada sukatan yang sama boleh mengembalikan pendengaran. 


Rujukan : Dr Zulkifli Sharif



Allah sebaik-baik penyembuh , Dia menurunkan penyakit dan Dari Dia disembuhkan segala Penyakit.


Tuesday 21 January 2020

VIRUS INFLUENZA : TANDA, SIMPTOM & CARA PENCEGAHANNYA


Sekarang virus Influenza A menyerang. Jika kita orang yang sihat , tiada masalah kesihatan, kebiasaannya tidak ada apa-apa yang merisaukan.

Tetapi bagi mereka yang ada masalah kesihatan seperti asthma, orang tua atau kanak-kanak kecil, ia boleh mendatangkan bahaya.

Influenza terbahagi 3, influenza A adalah yang lebih kuat berbanding influenza B dan C. 

Virus ini berubah bentuk setiap tahun, maka digalakkan mengambil vaksin Influenza setahun sekali sebelum musimnya iaitu musim sejuk dan hujan. 


Tanda atau simptom Influenza A
  • demam dan menggigil
  • demam tinggi yang tidak surut walaupun dengan paracetamol 
  • sakit kepala dan otot 
  • sakit tekak dan batuk
  • selsema

Perbezaan antara selsema biasa atau dah terkena virus influenza 👇






TANDA & SIMPTOM INFLUENZA A
BAGI KANAK-KANAK

Kanak-kanak kadangkala mengalami sakit perut, loya dan muntah. 



Sila dapatkan rawatan di hospital jika ada simptom pada anak-anak seperti berikut:
  • SESAK NAFAS 
  • NAFAS LAJU 
  • DEMAM TINGGI YANG BERPANJANGAN 
  • KULIT KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN 
  • KANAK-KANAK TIDAK MAHU MAKAN ATAU MINUM 
  • BAYI DEHIDRASI KERANA KURANG MINUM (LAMPIN KERING, MENANGIS TIADA AIR MATA) 

TANDA & SIMPTOM INFLUENZA A
BAGI ORANG DEWASA



Bagi orang dewasa pula, simptom yang menunjukkan rawatan kecemasan diperlukan segera adalah:
  • KELETIHAN
  • HIDUNG TERSUMBAT
  • SAKIT TEKAK
  • SAKIT KEPALA
  • CIRIT BIRIT / MUNTAH-MUNTAH
  • DEMAM BERPANJANGAN
  • BATUK
  • SAKIT DAN SENGAL OTOT
  • SAKIT DADA / SESAK NAFAS

RAWATAN INFLUENZA A

Rawatan bagi Influenza A adalah:
rehat di rumah 
kekalkan hidrasi badan dengan minum dengan kerap
makan jika rasa ada selera, sebaiknya makanan yang berkhasiat dan tidak terlalu berat 
ambil ubat tahan sakit yang dinasihatkan doktor 



CARA CEGAH / ELAK VIRUS INFLUENZA



Bagaimanakah cara mengelakkan virus Influenza dijangkiti dan merebak?


  • kuarantinkan diri di rumah hingga semua simptom sembuh. Jangan ke luar ke tempat awam bagi mengelakkan virus tersebar . JANGAN MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG SAKIT KE SEKOLAH, TASKA, TADIKA, NURSERY DAN SEBAGAINYA. KUARANTIN DI RUMAH. 
  • tutup mulut ketika bersin dan batuk 
  • cuci tangan dengan kerap 
  • jika anda petugas kesihatan, pastikan anda menukar pakaian sebelum memegang anak-anak kecil anda apabila pulang dari hospital 
  • galakkan anak-anak yang sudah bersekolah untuk terus mandi dan menukar pakaian apabila pulang dari sekolah, terutamanya jika ada anak yang lebih kecil di rumah
  • Pastikan anak-anak diberi imunisasi vaksin influenza yang boleh didapati di klinik dan hospital



Komplikasi Influenza A seperti jangkitan paru-paru (pneumonia) boleh berlaku kepada golongan berisiko tinggi seperti :
- bayi 
- kanak-kanak kecil
- warga emas
- wanita hamil 
- pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis dan sakit jantung . 





Sama-sama kita cegah penularan influenza. Ambil cakna akan kesihatan orang sekeliling kita juga penting untuk elak virus ini terus menular.

Info dari Dr Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Pakar Mata & Pensyarah Perubatan

Sumber :

1) https://www.healthdirect.gov.au/influenza-a-flu 

2) https://www.cdc.gov/flu/consumer/symptoms.htm




TIPS & CARA UNTUK ELAK DIJANGKITI VIRUS INFLUENZA

Selain dari tips di atas, Lah suka nak kongsikan tips tambahan untuk cegah virus influenza dari terus merebak dengan cara tingkatkan sistem imun badan kita. Anda boleh KLIK DISINI untuk dapatkan tips tersebut.

Anda boleh juga tonton video di bawah 👇



Sebarang pertanyaan boleh hubungi Lah
☎️ 0179351615

Atau KLIK DISINI untuk terus WhatsApp Lah


Monday 20 January 2020

Cara Cegah Virus Influenza Di Kalangan Anak-Anak



PENTINGNYA KUATKAN SISTEM IMUN
DI KALANGAN ANAK-ANAK
UNTUK CEGAH VIRUS INFLUENZA

Sekarang ni (Januari 2020) kita semua dikejutkan dengan virus Influenza A yang sedang merebak di negara kita. Hujung dan awal tahun biasanya memang musim batuk demam, tapi tahun ni lebih teruk dari tahun-tahun sebelum ni.

Sehinggakan ada sekolah terpaksa ditutup (banyak kes di Johor), hospital penuh dan khabarnya vaksin untuk influenza ni pun kehabisan stok. Sangat-sangat merisaukan ibubapa termasuk Lah sendiri.

Jadi kita sebagai ibu bapa, selain ikhtiar dapatkan vaksinasi, ikhtiar juga lindungi anak-anak kita dari virus influenza dengan:

🚫 elakkan pergi ke tempat orang ramai
🚫 elakkan ke tempat awam seperti supermarket, shopping mall tanpa keperluan
🚫 jangan bawa anak yang sihat ke klinik atau hospital kerana dikhuatiri berjangkit pelbagai virus
🚫 pakai mask sekiranya kita atau anak-anak batuk selsema
🚫 minum air kosong secukupnya

Periksa dan pastikan tahap kesihatan anak-anak. Sekiranya anak-anak tidak sihat perhatikan tanda-tanda atau simptom pada anak kita sama demam biasa atau terkena virus influenza. 


Anda boleh KLIK DISINI untuk baca dan fahami apa itu influenza dan tanda/simptom influenza. Anda boleh juga tonton video di bawah 👇



Di samping itu, penting untuk kita kuatkan sistem imun badan anak-anak dan semua ahli keluarga kita termasuk diri kita sendiri. Sistem imun badan umpama angkatan tentera yang menjaga sel tubuh kita dari ancaman kuman, virus dan bakteria.

Oleh itu kita mesti kuatkan askar-askar dalam badan kita dan anak-anak untuk cegah dari terkena virus influenza ni.

Dengan mengamalkan VITAMIN C dapat menghasilkan askar-askar yang sihat dan tangkas. Juga amalkan NUTRIFERON sebagai semboyan kepada askar-askar ini untuk membalas serangan.

Boleh ke ambil salah satu sahaja?

Bayangkan kalau ada askar yang kuat, tapi semua tidur. Atau ada alat perang yang hebat dan dahsyat tapi tiada askar. Jadi kedua-duanya saling bergantungan dan melengkapi.

Jadi sediakanlah Vita C dan Nutriferon untuk anak-anak dan keluarga kita. Lindungi mereka dari virus influenza atau sebarang virus yang boleh mengganggu kesihatan kita.

Jom tengok anak Lah yang umur 4 tahun makan nutriferon.



Anda sayang anak-anak, keluarga dan diri anda? Nak dapatkan vitamin untuk kuatkan sistem imun badan?

Hubungi Lah sekarang
☎️ 0179351615

Atau KLIK DISINI untuk terus
WhatsApp Lah

Dan Lah akan consult cara makan yang bersesuaian dengan masalah anda. Juga Lah akan kongsikan tips lain untuk cegah virus influenza, special untuk anda.



Tuesday 14 January 2020

TESTIMONI SAKIT GOUT | CARA SEMBUH SAKIT GOUT TANPA UBAT

Sakit Gout bukan lagi penyakit orang berusia, berumur atau warga emas. Tak kira umur dah sekarang. Salah satu punca utama adalah pemakanan kita. Pemakanan kita sekarang banyak jadi penyumbang pelbagai jenis penyakit.

Ramai yang cari altenatif selain ubat untuk rawat sakit gout. Jom baca testimoni di bawah.

--------------

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 13 : ASFA NORAIN MASRI
.

[SAKIT GOUT SUAMI SEMAKIN PULIH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE]
.

Assalamualaikum wbt
Saya Asfa Norain Masri. Saya doakan semoga anda sihat selalu. Saya ingin berkongsi dengan anda semua shaklee effect suami saya selepas amalkan pengambilan vitamin shaklee
.

Suami saya selalu mengadu sakit di bahagian ibu jari kaki dan buku lali sehingga terpaksa mengambil ubat tahan sakit setiap kali sakit. Itulah ubat yang mudah didapati. Paling menyedihkan sakitnya semakin teruk semakin bengkak seolah-olah dicucuk seluruh bahagian kaki. Bayangkan kalau kita yang terpelecok kaki atau sakit tumit setiap kali jalan.  
.

Aduh pasti bisa sekali. Sakitnya tiada tertanggung. Itulah yang suami saya rasakan. Setiap kali itulah apabila pergi ke klinik mesti suami request kepada doktor untuk mengambil suntikan. Doktor menyarankan untuk membalut kaki dan menyapukan krim bagi mengurangkan masalah keradangan bengkak yang dialami.
.

Hari berganti hari sakit suami saya semakin kerap menyerang kembali dan suntikan tahan sakit itulah pilihan terbaik dan menjadi rutin apabila suami saya sakit. Kesian memgenangkan suami selalu menahan sakit ketika bekerja. Pekerjaan suami saya memerlukan untuk memakai safety boot dan sentiasa berjalan. Pada mulanya kami menyangka suami mengalami masalah tulang retak. Suami pun membuat xray kaki di hospital. Doktor memberitahu tiada tanda keretakan dikedua kaki suami. Lega rasanya.
.

Memandangkan suami saya jenis yang aktif bersukan saya sarankan suami pergi berurut dengan pelbagai keistimewaan si tukang urut urat dan urut betulkan ibu jari kaki yang bengkak. Sakitnya masa diurut hanya suami saya yang lebih mengerti. Jeritan suami masa diurut memilukan hati saya. 
.

Boleh dikatakan hampir setiap bulan sakit itu berulang semula acapkali suami saya tersilap makan dan minum. Suami sering mengadu kaki terasa sangat berbisa sekali apabila cuba berjalan. Sebak saya melihat suami berjalan terhencut-hencut. Ada ketika sehingga terpaksa papah dinding. Ada masanya suami saya tidak tahan menahan sakit apabila menyerang secara tiba-tiba tanpa mengira masa. Suami cakap makan ubat apa pun dah tak ada kesan
.

Suami saya sering menyangkal apabila saya mengatakan mungkinkah penyakit gaut. Takkan di usia 30 an sudah mempunyai masalah gaut. Akhirnya kami sepakat untuk membuat pemeriksaan darah. Saat menanti keputusan ujian darah suami rasa berdebar. Jeng jeng.. Doktor menjelaskan keputusan darah suami saya dan ia jelas menunjukkan paras asid urik yang agak tinggi di dalam darah lantas mengesahkan penyakit gaut. 
.

Selepas mengetahui penyakit yang menghantui suami saya selama beberapa tahun ini kami cuba berikhtiar dengan pelbagai jenis ubat dan jus yang boleh membantu mengurangkan sakit. Namun tiada hasil. Malah suami juga mengamalkan pelbagai petua bagi mengurangkan sakit. Tetap tidak berkesan. Sedih sakit itu tidak pernah berkurangan
.

Alhamdulillah..akhirnya dengan izin dari Allah yang Maha Penyembuh kesihatan suami saya semakin berkurangan dari hari ke hari setelah konsisten mengambil supplement shaklee. Suami saya mengambil Vivix Alfalfa Omega Herbalax dan Lecithin secara konsisten setiap hari. Saya sering mengingatkan suami untuk kurangkan pengambilan minuman bergula dan banyakkan pengambilan air kosong.
.

Pengambilan vitamin ini membantu mengurangkan masalah keradangan bisa bengkak gaut yang dialami suami saya.
Membantu menyingkirkan toksin dalam badan
Membantu mengurangkan masalah keradangan bengkak disebabkan masalah gaut
Membantu melawaskan pembuangan usus dan kencing
Membantu mengurangkan risiko batu karang dan memperbaiki kesihatan buah pinggang
.


Sekarang suami saya tiada lagi sakit setiap bulan seperti dahulu. Kini tiada lagi suntikan. Saya rasa bersyukur sangat. Paling penting pengambilan makanan yang tinggi purin harus dikurangkan bagi menjaga kesihatan. Sehingga sekarang  suami masih lagi amalkan pengambilan vitamin Set Detox terdiri dari Herbalax Alfalfa dan Lecithin bagi menyingkirkan toksin berlebihan di dalam badan sekaligus meningkatkan kesihatan fungsi sendi. Terima kasih shaklee. Alhamdulillah.




Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan vitamin yang Lah kongsikan kat atas ni boleh hubungi Lah sekarang





Monday 13 January 2020

5 Makanan Minuman Perlu Elak Semasa Batuk Berkahak


Tak selesa sangat bila kita batuk berkahak. Rimas dengan kahak yang banyak. Bukan keluar ikut tekak je kan, kat hidung pun tak selesa, kahak tu keluar melalui hidung (yang kita panggil hingus).

Dah macam-macam ubat anda cuba tapi susah jugak nak hilang batuk berkahak?

Jom teruskan pembacaan anda sampai habis. Entry sebelum ni Lah ada kongsikan cara berkesan membantu hilangkan batuk berkahak tanpa ubat. Boleh KLIK DISINI untuk tengok entry tersebut atau nak tengok video boleh je klik HERE atau tonton terus video kat bawah ni.




Dalam pada kita ikhtiar untuk hilangkan batuk berkahak, jangan lupa untuk jaga pemakanan kita. Makan la ubat ke atau apa sahaja petua untuk hilangkan batuk berkahak ni, tapi makan minum kita tak kawal, memang susah nak baik.

Kalau baik pun, sekejap je nanti dia datang balik. Kita jugak yang merana. Jadi pastikan anda jaga pemakanan untuk bantu cepatkan proses sembuh batuk berkahak.



Lah kongsikan dengan anda
5 MAKANAN MINUMAN YANG PERLU ELAK SEMASA BATUK BERKAHAK.


  1. Makanan Berminyak / Bergoreng - minyak yang masuk dalam badan berkumpul menyebabkan kahak lagi susah nak keluar.
  2. Makanan Diproses ( processed food ) - makanan yang diproses lambat hadam dan langsung tak memberi khasiat atau nutrisi kepada badan kita.
  3. Makanan Pedas - menyebabkan tekak kita bertambah tak selesa, pedih dan mengganggu proses cair kahak. 
  4. Makanan yang Elergik pada badan - contohnya kacang buat batuk makin teruk. Atau seafood yang menyebabkan gatal-gatal pada tekak kita.
  5. Minuman berkafien & ais - minum minuman sejuk menyebabkan kahak susah nak cair jadi melambatkan proses hilang batuk berkahak.

Tak puas baca kat blog ni, anda boleh tengok video kat bawah. Dan jangan lupa tolong KLIK SUBSCRIBE dan tekan loceng ALL untuk dapatkan notification setiap kali Lah update video.




Sekian tips ringkas makanan minuman perlu elak semasa batuk berkahak. Lah kongsikan berdasarkan pengalaman Lah sendiri. Anda juga boleh kongsikan di ruangan komen di bawah sekiranya ada tips berbeza, cara serta petua untuk hilangkan batuk berkahak.

Bila kita ikhtiar kawal makanan dan ambil makanan yang lengkap dengan nutrisi mudah, cepat untuk hilang batuk berkahak.



Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan vitamin yang Lah amalkan ni boleh hubungi Lah sekarang





Friday 3 January 2020

MekComey Menang Grand Lucky Draw Shaklee

Alhamdulillah wa syukrulillah.
Rezeki di hari Jumaat pertama 2020. MasyaAllah aura hari ni hebat sangat. Tak dapat nak tolak 😆


Tak sangka jadi insan bertuah dapat NUTRIFERON free. Rm190 tau harga dia. Walau tak dapat grand prize, dapat nutriferon ni pun dah bersyukur sangat dah.

Rugi tak dapat dengar masa LIVE. Member bagitau dalam group WhatsApp pun teruja yakmat. Kalau tengok masa live mahu lompat bintang sis 🤣

Korang boleh tengok pada minit 50 nama Lah diumumkan. KLIK DISINI

Bagai mimpi. Seronok sebabnya jarang dapat nombor bertuah dan lucky draw kali ni berjuta penyertaan kot, sebab syaratnya hanya lah dengan pembelian minimum 50uv. So banyak la penyertaannya. Memang yang bertuah je la terpilih 😍


Seronok tengok ID dan nama sendiri kat dalam senarai pemenang Grand Draw. Cabutan terakhir dah. Harapnya lepas ni ada lagi Shaklee buat lucky draw macam ni dan ID 908473 FADZILAH BINTI ISMAIL dapat lagi hadiah yang lebih hebat. Bestnya dapat 1st prize: 2 botol vivix, fullset Youth Skincare, water filter & bag travel special edition.

Alhamdulillah,
Syukur Ya Allah..
Terima kasih Shaklee 👍👍👍

Thursday 2 January 2020

4 CARA MUDAH HILANGKAN ULSER MULUT DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Anda selalu mengalami ulser mulut?
Lah antara yang selalu diserang ulser mulut. Sakitnya tuh di sini...hahahaa.



Nak makan minum pedih, seksa yakmat. Jadi apa yang Lah buat untuk hilangkan ulser mulut dengan cepat dan berkesan, dan yang pasti tak berulang kembali, jarang-jarang sekali je kena itu pun kalau tergigit bibir.

Jom baca cerita Lah sampai habis untuk tahu cara mudah hilangkan ulser mulut dengan cepat dan berkesan.


4 CARA MUDAH HILANGKAN
ULSER MULUT
DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Pertama, apa yang Lah selalu buat bila kena ulser mulut ni, Lah akan pastikan minum air kosong lebih banyak dari biasa. Sebabnya antara penyebab terjadinya ulser mulut badan kita kekurangan air. Kulit jadi kering dan mudah sakit.

Yang kedua, kurangkan tekanan (stress). Di mana kalau badan kita stress, apa-apa sakit yang kita alami susah nak baik. Jadi untuk kawal tahap tekanan/stress, Lah amalkan vitamin B. Bcomplex Shaklee terbaik kerana mengandungi kesemua jenis vitamin B yang badan kita perlukan. 

Yang ketiga, Lah akan pastikan Lah makan vitamin C extra dose sebabnya badan kita perlukan extra vitamin C untuk bantu penyembuhan luka ulser. Vitamin C juga mampu meningkatkan sistem imun badan kita, maka sel-sel ulser yang rosak cepat baik.

Yang keempat, sapu krim ulser mulut untuk bagi keselesaan semasa kita makan dan minum. Sebabnya krim ni buat tempat ulser jadi macam kebas dan kurang sakit/pedih semasa makan/minum.

Anda juga boleh klik video di bawah untuk lagi jelas dan faham macam mana cara mudah Lah hilangkan ulser mulut dengan cepat dan berkesan.



Lah kongsikan juga tips berkesan elak ulser mulut dari terus berulang. Klik video kat bawah 👇



Sebarang pertanyaan atau nak dapatkan vitamin yang Lah amalkan ni boleh hubungi Lah sekarang


Wednesday 1 January 2020

AZAM TAHUN BARU 2020 | WAWASAN 2020


Bila masuk tahun baru, soalan fofular ialah APA AZAM TAHUN BARU? Betul tak? 🤣

Dan jawapan fofular yang kita akan dengar: nak makin sihat, makin kaya, nak kurus, nak kawen, nak bahagia, nak rumah baru, nak kereta baru, nak kerja lagi bagus dan macam-macam lagi azam kita kan.

Alhamdulillah maksudnya bila ada azam baru, semangat pun baru..dan usaha pun kena la baru. Setuju tak?

Kalau azam tahun lepas tak tercapai, kita boleh je teruskan tahun ni cuma tukar strategi baru. insha'Allah semua azam dan impian kita akan termakbul. Ameeennnn.

Kalau tanya apa Azam 2020 MekComey?
✓ Jadi hamba yg lebih dekat dengan DIA.
✓ Naik rank COORDINATOR JUN 2020
✓ Berjaya bantu lebih ramai suri rumah dan fresh graduate dapat income dengan Shaklee.
✓ Berjaya lahirkan 10 orang leader dalam TJS EMPIRE
✓ Dapat bonus 5 angka
✓ Pergi umrah dengan suami
✓ Berjaya bantu kakya score 6A dlm UPSR
✓ Jadi lebih tenang & penyabar
✓ ehh macam banyak lagi azam ni 🤣


Jom la tengok video ni dulu 👇 apa harapan dan azam tahun baru Lah untuk tahun 2020




Apa-apa pun moga segala AZAM dan impian kita semua Allah permudahkan dan makbulkan. Kita hanya merancang, usaha dan ikhtiar...Allah jua sebaik-baik Perancang.





Gambar hiasan: sistorku yang snap, gelap pun takpe la kakjah weh, janji kenangan 1st day of this year. Pakai track suit konon nak g jogging, skali hujan daaaa..hujan panas di pagi hari.. alhamdulillah hujan rahmat.



Nak simpan gambar anak-anak hari pertama persekolahan sesi 2020 kat sini jugak la.

✓ Alya Maisarah ~ Darjah 6
✓ Arsyad ~ Darjah 2
✓ Aina Fatnin ~ PASTI 4 tahun












Baba yang hantar pergi sekolah. Dengan CikFatnin sekali. Mama macam pelik pulak, dia ok je Baba hantar dia, mama tak ikut sekali. Impress sangat mama dengan Aina ni. Baba cakap sampai je pasti terus masuk. Senang hati mama nak oii.

So seperti yang dijanjikan, mama pulak yang ambil Aina dari PASTI. Tanya cikgu-cikgu alhamdulillah dia behave. Cuma sekali je nangis kejap, cikgu tanya dia nak kencing ke? Lepas kencing terus ok sampai mama pergi ambil pukul 12.15 pm. Sepatutnya balik pukul 12.30, sebab hari pertama cikgu bagi pelepasan awal.


 Tengok gambar ni la, pakai kasut pun nak pakai sendiri. Moga Aina Fatnin pandai berdikari sampai bila-bila.


Alhamdulillah wa syukrulillah. Permulaan 2020 yang tenang dan awesome. Sales Shaklee pun dah ada closed hari ni alhamdulillah.

Dan lagi seronok ada prospect dari YouTube call sembang lebih 18 minit pasal buah pinggang. KLIK DISINI untuk tengok video tersebut atau klik je video kat bawah ni 👇


Berbaloi sangat penat lelah buat vlog. Alhamdulillah. Korang yang belum subscribe, boleh la klik video kat atas ni then klik SUBSCRIBE kat channel YouTube Lah tu MekComey Dot Com.

Tenggssss korang. #muahciked

Apa-apa pertanyaan boleh direct WhatsApp Lah