Friday 17 November 2017

15 Waktu Mustajab Berdoa Untuk Menjemput Rezeki

Assalamualaikum wrt. 
MekComey percaya semua agama mengajar kita BERDOA. Dalam apa jua keadaan kita dituntut untuk berdoa. Kali ini MekComey nak kongsikan 15 waktu mustajab berdoa untuk menjemput rezeki.

Memang berzikir dan berdoa boleh dilakukan pada setiap waktu. Kita boleh berdoa pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, terdapat waktu tertentu yang mana lebih mustajab DOA, sebagai mana yang disarankan oleh Rasulullah swt.

15 Waktu Mustajab Berdoa Untuk Menjemput Rezeki

1. Waktu pagi sebelum terbit matahari, iaitu seusai menunaikan solat Subuh.

2. Setiap lepas solat fardu.

3. Di antara Zuhur dan Asar. Juga Di antara Asar dan Maghrib.

4. Waktu di antara azan dan iqamat.

5. Ketika bangun tidur.

6. Semasa solat, iaitu sebelum Salam (selepas membaca tasyahud akhir)

7. Ketika hendak masuk dan keluar masjid.

8. Waktu membaca DOA qunut pada solat Subuh.

9. Waktu ditimpa kesulitan, kecewa dan hati tidak tenteram.

10. Waktu bertemu kembali dengan sanak-saudara atau sahabat yang lama terpisah.

11. Pada masa mengadakan majlis dan upacara (yang bukan berbentuk maksiat).

12. Waktu hujan turun.

13. Waktu hendak memulakan solat dan setelah selesai solat.

14. Waktu selesai khatam 30 juz al-Quran atau selepas selesai membaca mana-mana ayat Quran.

15. Waktu sujud.


Kita mintalah perkara yang besar dan utama kepada Allah Maha Kaya dan Maha Pemurah.

Apakah perkara yang besar dan utama bagi seorang Muslim?

√ Mohon diampunkan segala dosa
√ Mohon taufik dan hidayah
√ Mohon redho Allah
√ Mohon masuk syurga tanpa Hisab


Allah dengan kasih sayangNya sudah membuka sebesar-besar peluang untuk mengabulkan DOA kita. Dan doa-doa yang selalunya dimakbulkan Allah ialah apabila kita berada dalam keadaan seperti di bawah:

• Orang yang terdesak
• Orang yang dizalimi
• Anak yang diredhai oleh ibubapanya
• Ibubapa yang disayangi oleh anak-anak
• Orang yang suka bertaubat
• Pemimpin yang adil
• Orang yang berpuasa dan sepanjang tempohnya sebelum waktu berbuka
• Orang yang bermusafir


Apabila kita berdoa, kadang-kadang tanpa kita sedari AIR MATA MENITIS yang bukan dibuat-buat. Itu merupakan salah satu tanda DOA kita dimakbulkan. Tanda-tanda lain adalah berasa MEREMANG BULU ROMA dan BADAN RASA BERGETAR beberapa saat semasa sedang berdoa.

Jadi apabila lidah sudah terdorong untuk berdoa, maka maknanya sudah ada tanda-tanda Allah mahu memberi kita sesuatu. Oleh itu, jangan lepaskan peluang itu. TERUSKAN BERDOA dan terus berdoa.

MekComey harap dengan perkongsian 15 waktu mustajab berdoa untuk menjemput rezeki ini memberi manfaat kepada pembaca sekiranya kita sama-sama amalkan ilmu yang mekcomey dapat dari buku Mudahnya Menjemput Rezeki oleh Fathuri Salehuddin.

MekComey doakan semoga anda semua dilimpahkan rezeki yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.

Salam sayang dari MekComey 😍

Boleh follow MekComey seperti berikut:


FB: Fadzilah Ismail

FB Page: Teratak Vitamin Saya

Ig : fadzilah_mekcomey

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

No comments: