Saturday 11 November 2017

Petua Hilangkan Batuk Berkahak Dengan Cepat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mekcomey doakan moga semua sihat dan bahagia. Kali ini MekComey nak kongsikan petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat.

Semua orang rasanya pernah mengalami batuk dan berkahak ni kan. Batuk juga boleh menyebabkan kahak pada tekak anda dapat dikeluarkan dengan lebih mudah.

Walau bagaimanapun batuk yang berpanjangan adalah amat bahaya kerana boleh menjadi gejala yang tidak sihat seperti alahan, jangkitan virus serta jangkitan bakteria.

Pelbagai cara untuk merawat batuk yang terjadi akibat alahan dan selsema. Antara petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat, paling mudah dan ramai buat ialah pergi ke klinik atau farmasi untuk mendapatkan ubat batuk.

Tapi mekcomey biasanya awal-awal kene batuk mekcomey cuba elak untuk makan ubat klinik dan berikhtiar dengan cara alami atau petua tradisional dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada di rumah kita.

Antaranya ialah:-

AIR PUTIH

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kehidupan. Kekurangan cecair di dalam badan kita boleh menyebabkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan iaitu seperti tekak menjadi kering dan ketidak keselesaan maka mula la jadi batuk.

Salah satu ubat batuk semulajadi yang teramat murah dan sangat penting adalah air putih. Kalau mekcomey suka minum air suam panas masa batuk ni.

Air putih atau air suam akan membantu kita untuk mencairkan kahak dalam tekak, serta membuat dinding saluran tekak sentiasa lembap. Pastikan anda meminum banyak air putih.

MADU

Madu adalah satu manisan atau herba yang baik untuk orang yang mengalami sakit tekak. Menurut satu kajian, madu boleh melegakan batuk lebih berkesan berbanding batuk ubat yang mengandung dextromethorphan (DM) iaitu penahan batuk.

Anda boleh menggabungkan dua sudu teh madu bersama air panas dan perahan lemon. Madu bersifat penenang manakala jus lemon membantu melegakan kesesakan pada rongga. Selain itu madu juga boleh dicampurkan dengan perahan limau nipis.

HALIA

Halia dipercayai mempunyai khasiat membasmi kuman dan membuang angin yang berada di dalam badan. Halia juga dapat mengurangkan sakit pada tekak. Campuran daun pudina segar bersama halia dapat membantu menghilangkan keratkong yang menyebabkan terjadinya batuk.

Apa yang anda perlukan adalah halia yang dihidangkan bersama dengan beberapa daun pudina di dalam satu kepingan air panas dan digabungkan dengan sedikit madu. Minum dua kali sehari dan anda akan mengalami perbezaan selepas meminum air halia campuran.

MekComey pilih Peppermint Ginger Plus dari Shaklee kerana mempunyai fungsi yang sama dengan air halia tadi.

BAWANG PUTIH

Bawang putih juga merupakan salah satu petua tradisional untuk melegakan masalah batuk. Petua hilangkan batuk berkahak dengan cepat dan sangat mudah ini ialah dengan cara mengambil satu labu bawang putih bersama kulitnya dan kemudian membakarnya di atas dapur selama 15 minit.

Pastikan bawang putih tidak terbakar sehingga menjadi hangit dan rentung. Buang kulit bawang dan makan saja.

Sekiranya anda tidak lalu untuk telan bawang putih tersebut anda boleh mengambil Garlic Complex macam mekcomey amalkan sekarang. Hanya telan pil, tidak perlu mengunyah bawang bakar yang membuatkan mulut dan badan anda berbau.

Anda juga boleh menumbuk bawang putih yang telah dibakar itu dan gaul bersama minyak zaitun. Sapukan di leher anda sekerap yang mungkin.

Kesimpulan

Ini petua yang mekcomey kongsikan atas dasar pengalaman mekcomey sendiri. Kalau anda berminat untuk cuba sendiri keberkesanan produk shaklee, anda boleh hubungi mekcomey seperti berikut.

Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan
FB: Fadzilah Ismail
FB Page: Teratak Vitamin Saya
Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Email: teratakvitaminsaya@gmail.com
COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

No comments: