Friday 24 November 2017

5 aktiviti boleh dilakukan untuk anak-anak semasa cuti sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuti persekolahan akhir tahun 2017 sudah bermula. Apa rancangan ibu-ibu dan ayah-ayah buat anakanda kita? Pasti semua mak ayah murid di luar seperti mekcomey juga, taknak masa mereka berlalu dengan perkara yang sia-sia kan?

Antara aktiviti boleh dilakukan untuk anak-anak semasa cuti sekolah adalah seperti berikut:

1. Menghadiri kelas intensified atau persediaan memasuki tahun harapan.

2. Sediakan jadual aktiviti anak-anak. Jangan biarkan mereka layan televisyen atau gadget sepanjang masa.

3. Mak ayah boleh juga sediakan permainan menguji minda kepada anak-anak contohnya SAHIBA, SAIDINA, belikan kertas dan pensel warna untuk diorang buat aktiviti mewarna bersama. Aktiviti ini dapat melatih otak kiri anak-anak. Kita juga boleh join bersama sekiranya mak ayah punya masa luangkan bersama.

4. Bawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat yang menarik untuk diorang keluar segarkan mood diorang Dan release stress belajar.

5. Bawa anak-anak balik kampung jumpa datuk nenek dan saudara mara.

Banyak lagi aktviti lain yang boleh kita sediakan untuk anak-anak sepanjang cuti persekolahan ini. Kalau pembaca Ada cadangan lain boleh kongsikan dengan mekcomey sekali ye.

Selamat bercuti buat adik-adik dan cikgu cikgi. Moga cuti tahun ini bermanfaat buat semua.


No comments: