Monday 28 October 2019

Resepi PULUT KUNING Lembut, Sedap & Mudah Sangat | Resepi Bonda

Resepi pulut kuning yang Lah nak kongsikan dengan anda semua ni adalah resepi dari myBonda yang Lah panggil Che.

Tak pernah tengok dan tanya pun cara buat pulut kuning sebelum ni. Yang pasti pulut kuning Che memang sedap.

Dan dipendekkan cerita, pada 21 Oktober 2019 anakanda sulung khatam Qur'an buat pertama kali. Lah memang dah niat nak buat pulut kuning sendiri bila anak khatam Quran.
Jadi nak ke tak nak kena la belajar dah buat pulut kuning. 

Kebetulan Che ada, terus esoknya 22hb mama belajar buat pulut kuning. Senang je rupanya.

Jom tengok rahsia resepi pulut kuning Che yang lembut dan sedap.


RESEPI PULUT KUNING
LEMBUT, SEDAP & MUDAH SANGAT

Bahan - bahannya:

Beras pulut 1 kg
Santan pekat 1/2 kg
Pewarna kuning limau
Serbuk kunyit
Cuka makan
Asam keping / gelugur 1pc
Garam & Gula

Cara - caranya:

1. Basuh beras pulut dan toskan air.

2. Masukkan pewarna kuning dan serbuk kunyit sedikit demi sedikit. Jadi ikut selera anda nak kuning terang atau tak.

3. Gaul sehingga rata.

4. Masukkan air sehingga tenggelam beras pulut.

5. Masukkan sedikit cuka (dalam 2 atau 3 sudu kecil) dan 1 keping asam gelugur. Tujuannya Che cakap untuk pulut kita nampak berkilat.

6. Rendam pulut kita 3 jam atau lebih. Lagi lama lagi lembut pulut kita dan cepat proses mengukus pulut nanti.


7. Bila dah puas hati dengan tempoh rendaman dan tak sabar nak tunggu dah, so jom la kita kukus.

8. Panaskan air kukusan terlebih dahulu.

9. Toskan air atau letakkan beras pulut dalam pengukus.

10. Sementara tunggu pulut masak, masukkan santan ke dalam mangkuk, masukkan garam dan sedikit gula. Biar agak masin lebih sikit supaya bila masak nanti sedang-sedang elok je rasanya.

11. Kukus sehingga keluar wap, bukak penutup dan balik-balikkan pulut untuk pastikan pulut masak sekata.

12. Bila dah yakin pulut dah masak, angkat letak dalam bekas untuk digaulkan dengan santan.

13. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil gaul-gaulkan sehingga rata.

14. Masukkan sekali lagi pulut dalam pengukus, dan kukus selama setengah jam atau sehingga keluar wap.

15. Angkat dan makan dengan kari/rendang ayam/daging atau makan begitu sahaja pun sedap.


Puas hati tengok anakanda ni makan. Alhamdulillah percubaan pertama mama berjaya. Demi anak. Tahniah kakya sayang berjaya khatam Qur'an sebelum masuk darjah 6.

Sekiranya anda ada apa-apa nak.tanya boleh call/WhatsApp Lah 0179351615.

Boleh KLIK DISINI untuk direct WhatsApp Lah.





No comments: