Tuesday 28 May 2019

Perkongsian Ilmu Sedekah | Persoalan Tentang Sedekah

Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.

Allah Maha Baik. Bila kita ada kemusykilan tentang sesuatu, Allah mesti hantar "sesesorang" untuk menjawab persoalan itu.

Kebetulan tengah tertanya-tanya pasal SEDEKAH. Tiba-tiba ada seorang dalam group WhatsApp yang Lah tak kenal personal WhatsApp Lah artikel ini iaitu tentang Ilmu Sedekah.

Alhamdulillah wa syukrulillah. Allah datangkan tepat pada masanya. So terjawab persoalan tentang sedekah.

Lah kongsikan dengan anda juga sebagai memanjangkan pahala kepada yang menulis article ini. Alhamdulillah.

===========================

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
TANYALAH USTAZ"MENGHAYATI FIRMANNYA"
(Da'i Luqman&Ustaz Mohammad Rozie Mohd.Rejab)
*JUZ 21*
*KETAKJUBAN BERSEDEKAH(AS~SAJDAH:16)*
••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••
Surat As-Sajdah Ayat 16

تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ

Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezeki yang Kami berikan.  

ANTARA MAKSUD AYAT:
Mereka tidak tidur melampau hingga lupa dunia akhirat.
Mereka memohon keampunan pada Allah dgn perasaan takut dan tamak nakkan redha Allah.
Mereka menginfakkan harta mereka.

MACAMANA YG DIKATAKAN DGN BERSEDEKAH DAPAT MEMANJANGKAN UMUR?
Bila kita beri sedekah,Allah boleh beri 700 lipat kali ganda pahala.
Allah panjang umur dan Allah panjangkan lipat kali gandakan pahala.

ADAKAH BANTU MEMBANTU JUGA DIKIRA SEDEKAH?
Sedekah bukan semata~mata dgn kebendaan.
Org yg tak ada harta boleh bersedekah dgn tenaga.
JGN SEMPITKAN PENGERTIAN SEDEKAH.
Sedekah tak perlu dgn niat.
Semasa sedekah sudah serentak dgn niat.

APAKAH PERBEZAAN ZAKAT,SEDEKAH DAN HADIAH SERTA INFAK?
Zakat ialah sedekah yg wajib.
Ketika bayar zakat,bayarlah sambil senyum.
Sedekah sunat pula buat sedekah dapat pahala dan tak buat sedekah tak dapat apa².
Sedekah ialah harta yg kita punya yg ada lebihan.
Allah suka org yg bersedekah dan Allah lebih suka org miskin yg bersedekah.
Hadiah pula diberi dgn setulus jiwa.
Infak ialah mengeluarkan nafkah.
Jariah ialah buat kebaikan.
Wakaf ialah harta yg diberikan semata~mata kerana Allah dan tak boleh dipindah milik.

MENGAPA SETELAH KEMATIAN, JENAZAH MOHON KEPADA ALLAH UTK KEMBALI KE DUNIA UTK NAK SEDEKAH BUKAN UTK NAK IBADAT LAIN?
Org yg soleh itu bukan hanya buat ibadat dgn Allah sahaja tapi buat juga ibadat dgn manusia(sedekah).
Dgn sebab sedekah,boleh jadi org baik.

BERSEDEKAH DGN CARA IKHLAS AKAN DAPAT MENJAUHI PENYAKIT BERAT DAN DAPAT GANJARAN DI AKHIRAT.MOHON PENJELASAN USTAZ.
Nabi kata sedekah dapat sembuhkan penyakit berat(penyakit hati).
Sedekahlah apa yg kita sayang.
Tangan yg berada diatas lebih baik dari tangan yg berada dibawah.

BAGAIMANA SURIRUMAH INGIN DAPAT PAHALA SEDEKAH SEDANGKAN DIA TAK ADA SUMBER PENDAPATAN?
Sedekah seorang isteri ialah bila isteri buat kerja suami tanpa minta balasan.
Basuh baju,masak adalah tugas suami.
Bila isteri bantu,inilah sedekah dan pahala jihad di jalan Allah utk isteri.

ADAKAH WANG BELANJA YG DIBERIKAN DARI SEORANG IBU KEPADA ANAK² ITU DIKIRA SEDEKAH?
Beri sedekah pada kerabat dapat pahala sedekah dan dapat pahala silaturrahim(sambung kasih sayang).
Nanti anak akan ingat.
Kadang² duit itu dari ayah yg diberikan pada ibu dan diberikan  pula pada anak².

APAKAH PAHALA BERBEZA JIKA SEDEKAH PADA ORG LAIN AGAMA?
Berilah sedekah walaupun berbeza agama.
Semua dapat rahmat dari agama islam.
Seorang pelacur yg beri minum pada anjing,Allah gantikan ganjaran syurga.

APAKAH PEMBERIAN DARI ANAK KEPADA IBU AYAH ITU DIKIRA SEDEKAH ATAU TANGGUNGJAWAB ATAU HADIAH DAN APAKAH SEDEKAH PADA ORG KAYA ITU DIANGGAP SEDEKAH?
Allah perintah anak² buat baik(buat ihsan)pada ibu ayah.
Harta anak² adalah harta ibu ayah.
Pemberian pada ibu ayah jangan anggap sedekah.
Ya,beri sedekah pada org kaya juga dianggap sedekah supaya mengajar org kaya itu supaya bersedekah.
Mendidik org kaya agar jangan takabur.

APAKAH SEDEKAH YG PALING DITUNTUT DALAM ISLAM SELAIN MATERIAL?
Kamu tidak sekali dapat darjat sehingga kamu keluarkan apa yg kamu suka.
Cth senyum pada semua org bukan hanya org tertentu.
Beri salam pada semua org.
BERI APA YG KITA PALING SAYANG ATAU YG PALING KITA SUKA, ITULAH SEDEKAH YG PALING BAIK.

BAGAIMANA CARA NAK BERSEDEKAH PADA ORG YG TELAH MENINGGAL?
Cara nak bersedekah pada org yg telah meninggal dunia ialah dgn niat.
Cth beri senaskah Al~Quran pada seseorang dan niatkan pahala utk ibubapa yg telah meninggal dunia.
SETIAP AMALAN BERMULA DGN NIAT.

SEDEKAH PENGHAWA DINGIN DI MASJID,APAKAH DAPAT PAHALA BERTERUSAN?
Org yg belanja harta secara sembunyi dan terangan akan diberi ganjaran.
Di dunia tak akan rasa takut dan di akhirat juga tak akan rasa takut.
Org yg banyak sedekah, di dunia lagi dijauhi dari penyakit jiwa.
Allah beri berlipat kali ganda pahala pada org yg bersedekah.

SETIAP APA YG ADA PADA KITA,ORG LAIN JUGA PUNYA HAK.
TAK ADA ISTILAH INI HAK AKU.
KALAU KITA NAK HARTA KITA JUMPA KITA DI AKHIRAT,SELESAIKAN DGN SEDEKAH.
JANGAN SIMPAN HARTA DAN LEBIH BAIK INFAKKAN KERANA ITULAH YG AKAN JADI HARTA KITA DI AKHIRAT.

BOLEH USTAZ TERANGKAN BAGAIMANA NAK KURANGKAN RASA TAKUT BERKURANG HARTA BILA SEDEKAH?
Lagi kurang harta lebih lagi banyak memberi.
Jangan takut bersedekah.
Rezeki Allah yg beri dan kerja kita adalah memberi.
SEDEKAH LEBIH BANYAK LAGI UTK HILANGKAN RASA TAKUT JADI MISKIN.

JANGAN TAKUT NAK BERSEDEKAH,ALLAH AKAN GANTI.
JANGAN BERKIRA~KIRA.
SUBURKAN AMALAN BERSEDEKAH KERANA DGN SEDEKAH AKAN DATANG REDHA ALLAH.

#sharingdariwhatsapp

No comments: