Tuesday 21 May 2019

10 Perkara Penting Untuk Sihat Dalam Bulan Ramadhan


10 Perkara Penting Untuk Sihat
Dalam Bulan Ramadhan

1. Persediaan mental. Setkan mindset untuk mengubah tabiat kepada diet yang lebih sihat. Penting supaya minda dan tubuh bersedia kepada perubahan.

2. Persediaan fizikal. Perbanyakkan puasa sunat. Untuk yang berpenyakit, jumpa Doktor untuk dapat nasihat, Pharmacist untuk ubah suai dos dan masa makan ubat, Dietitian untuk terapi diet.

3. Memang disyorkan mengambil sedikit sumber gula semasa berbuka puasa bukan nya berlebihan. Cukup sumber gula dari buah tamar dan segelas air manis. Perbanyakkan air kosong.

4. Selepas azan Maghrib ambil hidangan ringan sedikit dahulu seperti buah, seketul kuih, 1-2 gelas air kosong. Ambil hidangan lebih berat selepas solat Maghrib mengikut konsep #SukuSukuSeparuh. 

5. Pastikan minum cukup 8 gelas air.


Panduan minum 8 gelas air di bulan puasa

6. Sahur perlu lewat menghampiri waktu imsak untuk tenaga yang cukup sehingga waktu iftar. Boleh ambil buah dan sayur yang tinggi kandungan air untuk kekal hidrasi sepanjang hari. Contoh seperti tembikai, pear, honeydew, timun, tomato, dan lain-lain.

7. Kurangkan pengambilan kafein dan garam untuk mengelakkan kehausan dan dehrasi (kekeringan) sepanjang hari.

8. Beri perut berehat dalam bulan Ramadhan setelah 11 bulan bekerja keras. Puasa adalah DETOX yang terbaik.




9. Makanan yang terbaik adalah yang disediakan sendiri. Jika beli di bazar, boleh amalkan konsep re-portioning. Tambah sendiri sayur di rumah. Sekali sekala berbuffet tiada masalah.

10. Ramadhan adalah bulan ibadah, bukan pesta atau festival makanan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, sepertiga untuk nafas". Tidak perlu makan sehingga susah untuk bernafas yang boleh menjejaskan kualiti ibadah.

Selamat menjalankan ibadah puasa.

No comments: