Sunday 27 January 2019

APA ITU PAP SMEAR untuk KESIHATAN WANITA

APA ITU PAP SMEAR?

Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada KANSER SERVIKS jika tidak dirawat atau dikesan pada peringkat awal.




MENGAPA PAP SMEAR PENTING?


  1. Kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan wanita di Malaysia.
  2. Pap Smear dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi.
  3. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya.



APA ITU KANSER SERVIKS ?

Kanser serviks adalah keadaan di mana apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi sel kanser.




PERLUKAH SAYA MENJALANI UJIAN PAP SMEAR ?

YA! 
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks dan berumur antara 20 tahun hingga 65 tahun perlu menjalani Ujian Pap Smear ini.


BILAKAH SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Ujian ini boleh dijalankan pada bila-bila masa kecuali pada masa haid dan nifas.
Elakkan hubungan seks dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum Ujian Pap Smear dijalankan.


Alat yang digunakan semasa proses Pap Smear


BAGAIMANA UJIAN PAP SMEAR DILAKUKAN?

Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukkan ke dalam faraj.
Sel-sel permukaan serviks akan diambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal untuk diperiksa.




JANGAN RISAU!

UJIAN PAP SMEAR TIDAK MENYAKITKAN.


APAKAH KEPUTUSAN YANG MUNGKIN SAYA PEROLEHI?

1. Normal.

2. Tidak Normal.

  • Jangkitan kuman
  • Peringkat pra-kanser serviks
  • Kanser Serviks

*Jika tidak normal anda akan dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan selanjutnya.


BILAKAN KEPUTUSAN UJIAN AKAN SAYA PEROLEHI?


  • Ujian ini mengambil masa beberapa minggu kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti.
  • Keputusan ujian akan dimaklumkan secepat mungkin kepada pesakit.



BERAPA KERAP SAYA PERLU MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Anda perlu menjalani Ujian Pap Smear sekurang-kurangnya 3 tahun sekali.



DI MANAKAH SAYA BOLEH MENJALANI UJIAN PAP SMEAR?

Anda boleh menjalani ujian ini secara PERCUMA di tempat berikut:

  • Klinik Kesihatan
  • Klinik Desa
  • Hospital Kerajaan


Dengan BAYARAN tertentu di tempat berikut:

  • Klinik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN)
  • Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
  • Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
  • Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
  • Klinik dan Hospital Swasta.


TAHUKAH ANDA?

PAP SMEAR BOLEH
MENYELAMATKAN NYAWA!


INGAT!
Sayangi Diri dan Keluarga Kita.
Lakukan UJIAN PAP SMEAR.
Segera bertindak jika anda dijemput oleh mana-mana pihak untuk menjalani UJIAN PAP SMEAR.


Sekiranya anda ingin dapatkan vitamin Shaklee untuk kesihatan wanita,
Anda boleh hubungi saya Puan Fadzilah

Boleh KLIK DI SINI untuk terus WhatsApp saya.

No comments: