Saturday 12 January 2019

Resepi KARI IKAN TANPA SANTAN Ala Mamak Mudah Dan Sedap



Lah dah lama teringin nak masak sendiri kari tanpa santan iaitu kari ala-ala mamak. Bila ada member dari utara kongsikan resepi kari utara yang takde masukkan santan, terus teringat kari ala mamak.




So meh Lah share resepi yang Lah olah sendiri cara dan citarasa Lah. Dan korang pun boleh ubah ikut selera tekak korang jugak 😉


RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN 
(KARI ALA-ALA MAMAK)

Bahan-bahannya:

Watak utama:
Ikan kerisi yang Lah guna.
Terpulang korang nak guna ikan apa, ikut citarasa masing-masing.


Bahan tumis 1:
Bawang putih 1 ulas
Bawang merah 1 ulas (saiz yg agak besar, kalau saiz kecil guna 2 ulas)

Nota: Hiris/mayang semua bahan tumis 1.
Kalau ada yang suka halia boleh mayang halia sikit. Tapi petua bonda Lah dalam kari ikan tak perlu masukkan halia. #lainoranglainresepi

Bahan tumis 2:


Minyak untuk menumis
Halba campur 1/2 sudu kecil
Daun kari 2 tangkai
*Bawang besar 1 biji
*Bawang merah 4 ulas (banyak lagi sedap)
*Bawang putih 3 ulas
Asam jawa
Tomato
Bendi

Blend semua yang tanda *


Cara-caranya:

1. Panaskan minyak. Masukkan halba campur dan daun kari. Tumis sekejap hingga naik bau.

2. Masukkan bahan tumis 1. Tumis hingga bawang kekuningan.

3. Masukkan bawang yang diblend. Tumis hingga bawang pecah minyak.


4. Campurkan rempah kari dengan air.

Tips: Banyakkan air semasa bancuh. Tujuannya untuk kita tumis lama hingga rempah betul-betul masak.


5. Setelah bawang tadi pecah minyak, masukkan rempah yang dicampur dengan air.



6. Tumis hingga garing dan rempah tadi jadi likat (berketul-ketul)


Klik video di bawah, boleh tengok macam mana rempah kita betul-betul masak atau belum. Tujuan kita tumis lama hingga ketul-ketul untuk bagi kari kita sedap dan tahan tak mudah basi.


7. Bila rempah dah garing, boleh masukkan air asam jawa dan air (ikut citarasa kita nak pekat atau cair kuahnya. Lah masukkan dalam 2 cawan je sebab nak kuah pekat). Perasakan garam gula/gula melaka.

8. Jika nak rasa lemak-lemak sikit boleh masukkan santan atau susu cair sikit je. Tapi Lah tak campur pun, memang nak rasa kari tanpa santan.

9. Bila dah mendidih masukkan ikan, tomato dan bendi (jika suka).


10. Bila ikan dah masak, boleh padamkan api dan hidangkan dengan nasi panas. Ada sayur campur goreng lagi terangkat ni. Hihii



"Selamat mencuba dan semoga dapat pahala yang berpanjangan kepada yang share resepi ini"... Amin


No comments: