Monday 7 January 2019

Cara Mudah Atasi Masalah Kelemumur

Cara mudah atasi masalah kelemumur yang selalu terjadi di kalangan wanita bertudung, wanita dan lelaki aktif dan boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. 



Langkah pertama adalah kita perlu kenal pasti punca masalah kelemumur kita. Ada yang berpunca dari salah penggunaan syampu, hormon tidak stabil dan gaya hidup seharian kita.

PUNCA KELEMUMUR

Punca terjadi kelemumur antaranya disebabkan oleh:
✓ memakai tudung terlalu lama
✓ syampu yang keluarkan buih yang banyak
✓ kerap terdedah kepada cuaca panas
✓ cara cuci rambut yang tidak betul
✓ hormon tidak stabil

Lah kongsikan cara mudah atasi masalah kelemumur yang satu ketika dahulu Lah sendiri pernah hadapi.

Boleh klik video di bawah untuk mendengar sendiri cara mudah atasi masalah kelemumur. 




CARA MUDAH ATASI MASALAH KELEMUMUR

1. Pilih syampu yang kurang berbuih - ini kerana syampu banyak keluarkan buih akan menyebabkan kulit kepala bertambah kering dan mengakibatkan lebih banyak kelemumur.

2. Suplemen - rawatan dari dalam juga penting untuk atasi masalah kelemumur ini. Sumber protein (ESP Shaklee) membantu pertumbuhan rambut baru dan membantu penguatkan akar rambut dan seterusnya mengurangkan kelemumur baru di kulit kepala. Zinc Plus juga membantu merawat kulit kepala yang bermasalah.

3. Basuh kepala dengan air limau atau lemon - caranya: perahkan sebiji lemon atau 2biji limau nipis dan campurkan dengan sedikit air. Lumurkan pada kulit kepala, urut seketika dan bilas.
Tips ini boleh dilakukan seminggu sekali. Kalau rajin 2 atau 3 Kali seminggu pun boleh.




No comments: