Wednesday 28 August 2019

Keindahan Pantai Teluk Bidara, Dungun Terengganu

Damainya hati tengok keindahan Pantai Teluk Bidara kat Dungun, Terengganu. Pertama kali jejakkan kaki kat pantai tu. Tenang je sebab tak ramai orang masa kami pergi tu.

Kunjungan ke Dungun pada 16 Ogos 2019 atas 
urusan pertunangan anak saudara sebenarnya. Tanpa dirancang awal, kakak ajak breakfast dan mandi kat pantai.

Kita apa lagi kan, yeayyyy seronok. Anak-anak lagi la seronok dapat mandi air laut.



Sampai je pantai, Subhanallah..cantik sangat pantai Teluk Bidara rupanya. Air jernih. Rezeki kami masa tu air tenang je. Jadi anak-anak seronok dapat main air pantai.






Sebelum mandi, kami isi perut dulu. Kakak masak nasi lemak dan macam-macam makanan kami bawa.





Bila dah siap makan apa lagi, haaa jommmmm mandi...hahahaa.. Lah pun teringin nak berendam jugak, tapi tak bawak baju, so main kat gigi air je laa.





Jom tengok pemandangan sekitar Teluk Bidara, Dungun Terengganu.

Klik video kat bawah ni ye.


Kebetulan masa pergi Dungun ni anakanda ketiga Aina Fatnin tak berapa sihat, demam on off. Tapi mama gamble bawak jugak ke pantai 🤗

Dan sebagai perlindungan tak nak kene direct cahaya matahari, mintak Baba amikkan payung kat kereta. So mama pun boleh menumpang berteduh sekaki. Hahahaaa... Puteri lilin sangat 🤣






So main la Aina Fatnin dan mama di bawah perlindungan payung YOUTH Shaklee. Haaa gittewwww. Special 😍

Ppsssttttt nak bagitau, muka mama pun ada perlindungan SPF50 tau, tapi tetap nak jugak berteduh bawah payung. Krim pelembap dari rangkaian skincare YOUTH memang best. Really recommended 👍👍👍

Ok ok kita kembali kepada cerita mandi kat pantai Teluk Bidara.

Kami habiskan masa dengan main air sebelum balik sebelum waktu Solat Jumaat. Kalau ikutkan anak-anak memang tak nak balik. Seronok sangat sebab air jernih, pantai bersih, orang pun tak ramai.




Insha'Allah jika ke Dungun lagi kami akan ke Teluk Bidara lagi. Korang pun mesti pergi. Best sangat-sangat.



Kalau anda nak tahu detail lokasi Teluk Bidara contohnya, boleh WhatsApp Lah bila-bila masa je.


KLIK SINI
0179351615











No comments: