Thursday 14 November 2019

Misi Menjejak Pengkalan Kubor Selepas Lebih 12 Tahun

Pada 8 November 2019 (Jumaat) lalu, al kisahnya anak-anak tak nak ikut mama balik rumah (nak duk umah tokche), tiga-tiga tak nak balik. Jadi mama baba boring duk rumah maka keluar la makan angin.



Tak tahu nak ke mana sebenarnya. Berdua je kan dengan encik suami. Tekak rasa nak makan maggi telur sotong. Makanya hasil search pelbagai tempat, sampai la kami ke sini 👇👇.


Dalam kampung jugak la kedai ni. Tapi pakai Google Maps kan, so ikut je la arahan. Sampai dengan selamat tanpa sesat. Haaa gittewwww 😉

So lepas la hajat pertama nak makan maggi telur sotong.




Maggi telur sotong IS DONE 🤣

Memandangkan dah berada kawasan Tumpat, dan dekat dah dengan pantai, so encik suami cakap nak tengok Pantai Geting.

Makanya sampai la kami ke Pantai Geting. Teringin pulak nak minum air kelapa muda ori, macam ni haaa 👇👇😉




Siap letak sudu macam tu, special sangat uollsss.



Alhamdulillah puas hati, memang kelapa muda. Isi lembut manis lemak. Fuhhhh termimpi-mimpi nak g sini lagi. Dengan angin bertiup manja-manja terselak tudung bagai, memang hilang stress.

Dah puas hirup udara dan angin pantai, encik suami ajak pergi Pengkalan Kubor pulak. Sebab dah lama sangat tak ke sana.

Last ke Pengkalan Kubor masa cari barang hantaran untuk kenduri kahwin tahun 2007. Haaa punya la lama kan. Semuanya dah berubah.

Tapi best la sini, tempat nya tak besar pun, tapi tu pun tak habis nak jalan. Yang paling best shopping coklat la.

Jemput la klik video kat bawah ni, tengok pemandangan Pengkalan Kubor.


Tak puas sebab tak sempat nak jalan-jalan semua kedai kat sini sebab dah lewat petang dan memandangkan anak-anak dengan tokche, kesian pulak tinggal lama-lama dengan tokche.

Insha'Allah next time ada rezeki nak g lagi.

Sekiranya anda nak kongsikan pengalaman anda, boleh komen kat bawah ni atau WhatsApp Lah pun boleh, KLIK DISINI untuk terus WhatsApp Lah.

Terima kasih kerana anda setia follow coretan MekComey.

Love,
MekComey 💋

No comments: