Thursday 14 February 2019

Vitamin Penting Untuk Ibu Berpantang Supaya Luka Bersalin Cepat Sembuh Dan Banyakkan Susu Badan

Set Berpantang Shaklee

Vitamin ibu berpantang sama penting dengan pengambilan vitamin ketika ibu hamil. 
Pengambilan vitamin ibu berpantang amat penting supaya luka cepat sembuh, bantu banyakkan susu badan dan juga membantu badan kita kembali ke fungsi asal dengan selamat.

Bahkan, pengambilan vitamin ini juga membantu dalam mengatasi masalah keletihangangguan emosikurang tidur dan masalah kemurungan dalam pantang.

Dengan badan yang sihat dan emosi yang stabil, kita boleh berpantang selama 44 hari dengan tenang dan bahagia.

Malah, bayi kita juga boleh menerima manfaat daripada khasiat nutrisi vitamin ibu berpantang ini.





9 VITAMIN PENTING UNTUK IBU BERPANTANG


Set Lengkap Ibu Berpantang


1. Zat besi


Zat besi adalah nutrisi penting untuk para ibu selepas bersalin, terutamanya bagi wanita yang mengalami anemia (kurang darah).

Kandungan dalam vitamin ini mampu membina semula bekalan darah yang telah “tertumpah” ketika melalui proses bersalin.


Jika anda bukan penghidap anemia, anda boleh mengamalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi, sekurang-kurangnya selama 10 hari untuk membina sel-sel darah merah yang baru.

Vitalea Shaklee merupakan multivitamin yang mengandungi zat besi dan mineral yang cukup diperlukan oleh ibu berpantang.

2. Vitamin C

Vitamin C bagus dalam membantu menyerap zat besi. Jadi, anda perlu mengambil Vitamin C dalam tempoh yang sama pengambilan zat besi.

Vitamin C bantu meningkat sistem imun badan ibu supaya tidak mudah dijangkiti kuman atau virus.


Dos yang disarankan UCSF Medical Center adalah sebanyak 120mg setiap hari.

3. Vitamin B9 @ Asid Folik

Vitamin B9 atau lebih dikenali sebagai Asid Folik telah diamalkan oleh wanita sejak awal kehamilan. Vitamin ini dapat membantu perkembangan sistem saraf bayi.


Asid folik juga mampu mengurangkan gelaja kemurungan selepas bersalin.

The U.S Department of Health and Social Servicesmenyarankan pengambilan vitamin B9 setiap hati adalah sebanyak 500mg.

4. Kalsium & Vitamin D


Wanita yang pernah hamil, bersalin dan menyusu badan akan mudah mengalami ketumpatan tulang. Atas sebab itu, anda memerlukan kalsium untuk menyokong kesihatan tulang anda.

Ibu yang memberi susu badan menyalurkan hampir 300mg kalsium untuk bayinya.

Maka, para ibu perlu kalsium tambahan!

Bayi anda memerlukan khasiat Vitamin D. Biasanya, susu badan anda menawarkan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk bayi.

Akan tetapi, anda juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan ini agar kerosakan kulit badan boleh dielak.

Vitamin D juga amat membantu dalam meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan anda!

Kalsium dan vitamin D ada dalam OSTEMATRIX Shaklee. Juga lengkap dengan mineral lain yang diperlukan oleh tulang.

5. Zink 


Zink adalah mineral yang amat penting dalam menyokong sistem imun badan dan membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Zink tambahan boleh diperoleh daripada telur, daging, oat dan tepung. Biasanya, wanita hamil terbuka untuk kekurangan zink dalam badan.

Sebuah kajian yang dijalankan Australian Maternal and Child Health Service telah membuktikan jika ibu hamil mengambil zink tambahan, mereka lebih bertenaga.


Malah bayi mereka juga terbukti jarang mengalami kolik bayi yang teruk! Dos yang disarankan adalah sebanyak 18mg setiap hari. 

6. Asid Lemak Omega-3

Asid lemak Omega-3 atau Docosahexaenoic acid (DHA) adalah komponen utama yang menstruktur otak, korteks serebrum, kulit, sperma dan retina.

Ia juga berfungsi untuk mengurangkan keradangan, membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin.

Dengan merangsang pengeluaran prostaglandin, sejenis hormon semulajadi dalam badan, asid lemak Omega-3 akan membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat bayi.


Dos yang disarankan sebanyak 300mg setiap hari.

7. Protein 

Sumber protein dari tumbuhan mempunyai banyak kebaikan dan menjadi pilihan pakar nutrisi serta bagus untuk membantu ibu berpantang lebih bertenaga kerana protein membantu pertumbuhan sel-sel baru.

Jadi bila sel-sel sihat maka ibu juga sihat Dan bertenaga untuk melalui hari-hari berpantang dengan tenang.

8. Alfalfa Complex

Merupakan jamu moden yang selamat diamalkan oleh ibu berpantang yang menyusukan bayi. 

Alfalfa merupakan herba yang sangat popular dalam kesihatan dalaman wanita dan memulihkan luka-luka dalaman ibu lepas bersalin.

Alfalfa juga merupakan penggalak susu ibu. Di mana alfalfa disebut-sebut sebagai "milk booster".

9. Vivix

Vitamin yang sangat premium membantu ibu berpantang dalam proses penyembuhan luka selepas bersalin.




Sekiranya anda ingin mencuba
SET BERPANTANG SHAKLEE
boleh segera hubungi Lah. Klik sahaja DISINI 0179351615 untuk direct WhatsApp Lah.

Boleh juga CALL atau SMS di talian 0179351615


No comments: