Monday 14 November 2016

Pengalaman Bersama Shaklee

Bila ditrobek semula hanpir 5 tahun lepas mekcomey join ahli banyak sangat pengalaman best, yang tak best pun ada jgk..normal la kan.

Customer pertama mekcomey kalau tak silap kak Rose Naufal. Dia tanya suplemen untuk anak dia. Kakros komen kat fb..tapi mekcomey dulu2 bukan sokmo online jadi ummi Mai Md Saupi sms bagitahu kakros suh pm.

Kastemer pertama kot n mekcomey takde pengalaman lagi jadi mintak bantuan dan tunjuk ajar dari ummi. Alhamdulillah kakros setuju nak beli dan terus jadi ahli. Ummi jugak yang tolong order dan daftarkan..heheeee

Tak sampai sebulan mekcomey jadi ahli dah ada anak, memang terkapai-kapai la tak pandai handle, seb baik ada upline myummi yang banyak membantu.

Dari situ mekcomey belajar dan belajar. Pengalaman banyak mengajar kita kan. Mula-mula dulu kecut perut ooo bila ada yang mintak PM. Jantung dupdap dupdap, rasa nak terkucil dan macam2 rasa lagi laa.

Tapi Alhamdulillah berkat tunjuk ajar upline-upline macam mana cara untuk jawab persoalan dan layan kastemer buat kita tenang dan mudah berdepan dengan kastemer.

Buku nota, list harga dan buku rujukan sokmo bawak ke hulu ke hilir masa awal2 belajar dulu zaman takde wasap dan takde hp canggih manggih ni.

Masa bergerak pantas, semuanya di hujung jari sekarang kan. Tapi mekcomey tetap suka bawak list harga printed mmg sokmo ada dalam beg. Senang nak rujuk dan buat kira2 :-D

Dan setiap pengalaman yang kita dapat dari pelbagai ragam kastemer buat kita makin yakin dengan diri kita. Sebabnya kastemer buat kita rajin mengkaji sesuatu masalah. Sebab bila ada masalah baru yang belum pernah kita jumpa kita akan bertanya pada upline, pada pakar nutrisi, rujuk doktor, baca buku dan kadang2 tanya en.google. Semua ni menbantu kita menambah ilmu dan memberi pengalaman berbeza.

Sebab tu mekcomey seronok sangat dalam shaklee ni. Bila dapat bantu masalah kesihatan kastemer. Kastemer bagi feedback yang baik. Semuanya dari Allah. Kita manusia dan produk ni hanya asbab/perantaraan untuk Allah bagi kesembuhan dan sihat.

Takde kastemer pertama maka takde kastemer sekarang. Terima kasih kakros sebab jadi kastemer dan anak pertama mekcomey :-)

Kalau kawan2 berada sekitar Machang, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh Kelantan kawan2 boleh dapatkan produk shaklee secara COD dan MekComey akan bagi konsultasi anda secara percuma.

MekComey adalah Pengedar Shaklee kawasan Machang, Tanah Merah, Kuala Krai dan Pasir Puteh dan bagi yang jauh MekComey boleh pos menggunakan perkhidmatan PosLaju. Selalu pos pagi ni esoknya dah sampai.



Disclamer: Produk shaklee tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments: