Thursday 28 March 2019

TIPS BERKESAN DAN VITAMIN UNTUK KESUBURAN SUAMI ISTERI



Lah kongsikan tips berkesan dan vitamin untuk kesuburan suami isteri berdasarkan nasihat dari pegawai perubatan kesihatan untuk semua pasangan yang sedang berusaha untuk dapatkan anak/zuriat/cahaya mata.

Untuk dapatkan kepastian tentang status kesihatan suami dan isteri, pasangan perlu sama-sama hadirkan diri ke klinik atau hospital untuk dapatkan nasihat dan rawatan yang sesuai dengan masalah mereka.

Soalan yang biasa doktor akan tanya berkaitan kesuburan ini ialah seperti berikut:

1) kitaran haid tetap atau tidak?
~ Kitaran haid tetap bermaksud telur yang matang dilepaskan tiap-tiap bulan jadi persenyaawaan boleh berlaku.
Juga memudahkan kita untuk menentukan tarikh subur dan perlu "usaha keras" sewaktu tarikh subur tersebut.

2) masalah yang berkaitan haid: senggugut yang teruk, darah haid yang banyak, atau darah ada ketulan?
~ Sekiranya terdapat masalah berkaitan haid ini, rawatan perlu dilakukan.
~ Senggugut yang teruk berkait dengan masalah endometriosis atau fibroid.
~ Darah haid yang banyak dan berketul juga boleh berkait dengan masalah fibroid.
~ Kedua-dua masalah boleh jadi penyebab ketidaksuburan. Jadi perlu dapatkan rawatan lanjut.

3) masalah keputihan
~ Sekiranya masalah keputihan teruk sehingga berbau dan gatal boleh menyebabkan jangkitan kumam sampai ke tiub falopion. Tiub boleh jadi scar akan halang proses sperma jumpa dengan ovum. Jadi masalah keputihan perlu dirawat, jangan abaikan kerana mengganggu masalah kesuburan.

4) kekerapan hubungan dengan suami
~ kekerapan hubungan perlu ditingkatkan terutamanya ketika waktu subur. Kebarangkalian untuk sperma dan ovum bersatu lebih tinggi.

5) masalah sekitar hubungan kelamin: sakit ketika hubungan kelamin atau darah ketika hubungan kelamin?
~ Sekiranya si isteri sakit ketika melakukan hubungan kelamin serta
darah keluar sewaktu hubungan seks, mungkin ada kaitan dengan kanser. Juga boleh berkait dengan endometriosis.
Endometriosis merupakan masalah kronik yang menyebabkan ketidaksuburan si isteri.


6) kedudukan ketika melakukan hubungan
~ posisi semasa melakukan hubungan kelamin: isteri sepatutnya berada di atas dan tinggikan punggung bila suami nak "ejaculate".


7) stress atau tekanan yang dihadapi
~ stress akan mengganggu hormon. Mengakibatkan kitaran haid juga terganggu.


8) berat badan (BMI)
~ Sekiranya berat badan berlebihan, maka BMI tak stability, badan juga banyak lemak. Hal ini akan mengganggu hormon. Ketidakseimbangan hormon antara estrogen dengan progestron akan mengganggu kitaran haid. Badan banyak lemak boleh menyebabkan PCOS. Sekiranya ada Pcos, telur yang matang tidak akan dilepaskan.


9) penyakit kronik yang dihadapi suami & isteri
~ penyakit kronik contohnya diabetis akan menyebabkan kerosakan pada sperma & ovum. DNA yang dibawa tidak sempurna. Sekiranya melekat pun dikhuatiri kandungan gugur.


10) merokok
~ merokok sememangnya membuatkan ovum & sperma kecundang di tengah jalan.


11) apa test yang dah di buat?
~ test hormon, sperm test, scan untuk tengok organ peranakan




Vitamin untuk kesuburan suami dan isteri




No comments: