Friday 12 January 2018

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Cepat Dan Berkesan

Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Berkesan.

Sebelum MekComey terangkan cara kawal tekanan darah tinggi, meh MekComey terang sikit info asas tentang DARAH TINGGI.


Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer” atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia.

Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.



Cara Kawal atau Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

1 - Kurangkan berat badan.

Bagi mereka yang lebih berat badan usahakan untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kekurangan berat badan akan memberikan impak yang ketara dan menampakkan kesan ubat yang doktor bagi.

2 - Bersenamlah dengan kerap.

Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3 - Kurangkan pengambilan garam

Kurangkan daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang I dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4 - Jangan merokok

Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5 - Kurangkan Stres.

Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. 

Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan. Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. 

6 - Makan 5-7 hidangan sehari

Tapi dalam sukatan yang kecil. Lebihkan serat (fiber) seperti grains, beras perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Kawal pengambilan makanan tinggi kolesterol. 

Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dan masalah kolesterol tinggi berkait rapat. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan  serat. Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapat mengurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

7 - Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein.

Jangan ambil mudah, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau tahap kesihatan anda. 

Walaupun anda tidak mempunyai masalah darah tinggi, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.


MekComey berharap 7 Cara Kawal Tekanan Darah Tinggi ini mampu membantu anda dalam meneruskan kehidupan dan kerja harian anda dengan lebih baik.



Untuk sebarang pertanyaan anda boleh contact MekComey 0179351615. Nak call boleh, nak SMS pun boleh

Klik je kat SINI untuk direct WhatsApp MekComey.

No comments: