Wednesday 31 January 2018

Gerhana Bulan Penuh, Bluemoon Dan Supermoon - Fenomena Alam Yang Menakjubkan

Gerhana Bulan Penuh, Bluemoon Dan Supermoon - Semua kejadian ini ada perkiraannya oleh Allah - bukan dicipta sia-sia atau tanpa penjagaan.

Alhamdulillah sempat jenguk keluar rumah kejap tadi tengok bulan. Cumanya masa tu dah lepas waktu gerhana penuh. Terkilan juga tak dapat tengok.

Tapi sekurang-kurangnya MekComey sempat tengok warna bulan yang sangat lain dari biasa. Subhanallah.

Kalau Allah mengira dengan tepat bulan dan matahari yang besar tersebut tanpa bertembung (bayangkan kalau bertembung malam ini?!!) , sudah tentu Allah mudah mengira urusan kita dan akan ditanyakan semula nanti adakah kita sudah selalu berkira-kira apa yang kita buat.

"Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu." (Surah ar-Rahmaan 55:5)

Penting kerana ia petanda Allah yang Maha Besar yang perlu kita bersujud, bukan sujud pada hambaNya yang bernama bulan atau matahari.

”Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kaliann sujud (menyembah) matahari maupun bulan, tapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika memang kalian beribadah hanya kepada-Nya.” (Fushshilat 41:37)


Berikut ialah beberapa fakta ringkas:

--Supermoon kerana ia lebih besar dan cerah.
--Blue moon kerana berlaku bulan purnama 2 kali dalam masa sebulan.
--Blood moon kerana warnanya nanti amat merah
--Gerhana bulan kerana matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari.

Semua ini menandakan ada ukuran bagi bulan seperti mana yang Allah sampaikan dalam Surah ar-Rahman.


Apa perlu dibuat masa gerhana?

1) Rasa takut sebagaimana zaman Nabi, baginda amat bimbang kerana ia datang dari Yang Maha Perkasa

2) Solat jemaah solat fardhu kemudian solat sunat gerhana

3) Solat ini kalau sesetengah masjid memang panjang. Sunnahnya sampai habis gerhana. 

4) Jangan mudah rasa bosan menunggu gerhana habis. Boleh isikan dengan doa dan istighfar memohon ampun dari Allah. 

5) Boleh kaji ayat-ayat berkaitan bulan dan matahari dan hari kiamat agar kita tadabbur dan mendapat peringatan


Selama ini Allah beri kita bulan serta matahari dan terang, namun malam ini ada masa gelap.

Apa rasa kalau kita ada mata dan tetiba gelap? Apa rasa kalau terang di dunia ini dan apabila sampai di kubur nanti gelap? Apa jadi kalau hidup di sini bahagia dan terang, sampai di sana nanti gelap dalam bakaran api? Nauzubillah.

Malam ini adalah ayat Allah untuk kita sedar kita hamba seperti bulan. Kita perlu mohon ampun banyak-banyak pada Allah sebagai pengajaran peristiwa gerhana ini.


Di Malaysia, gerhana 3 serangkai ini (gerhana, bluemoon dan supermoon) bermula 31 Jan 2018 dari 7:48 malam hingga 11:11 malam.
Fasa Gerhana Penuh bermula dari 8:51 malam
Kemuncak gerhana pada jam 9:29 malam dan
Tamat pada jam 10.07 malam.
Boleh dilihat dari seluruh Malaysia.
(Info: FalakOnline)

No comments: