Saturday 23 December 2017

10 Makanan Yang Dapat Membantu Menambahkan Susu Ibu

MekComey kongsikan 10 makanan yang dapat membantu menambahkan susu ibu

1) Kurma
- Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu.
- Selain itu kurma merupakan makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat, di antaranya adalah protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. 
- Ia juga membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya buat ibu menyusu.
- Seeloknya kurma diamalkan makan ketika ibu mengandung kerana boleh mengelakkan bayi terkena penyakit kuning (juandis).

2) Halba (Fenugreek)
- Halba antara rempah yang popular digunakan untuk menambahkan susu termasuk kaum Cina juga gemar menggunakan halba untuk tujuan yang sama.
- Caranya ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja

3) Jintan Hitam (habbatus sauda / black seed)
- Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.
- Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.
- Caranya sama seperti halba atau boleh digigit begitu sahaja.

4) Lobak Putih
- Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.
- Sesuai juga dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis.
- Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum diminum begitu sahaja.
- Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan.
- Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

5) Air Longan
- Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya.
Atau boleh juga rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
- Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.

6) Cekur Manis
- Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu.
- Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.

7) Kacang Tanah
- Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus.
- Kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya.
- Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.
- Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini.

8) Pucuk Betik
- Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan.
- Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

9) Jantung Pisang
- Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan.
- Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

10) Makanan Tambahan ( suplemen / vitamin )
- badan yang kurang nutrisi mempengaruhi penghasilan susu ibu.
- jadi vitamin yang dapat membantu menambahkan susu ibu ialah:

Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa = digunakan zaman-berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.


Ibu-ibu yang pernah mengambil set menyusu ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak.

Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:

✓ Minum 3Liter air sehari
✓ Pam susu 3 jam sekali
✓ Doa, tawakal

Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya. Suplemen semulajadi bertindak begitu lembut dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas.



Untuk mendapatkan SET MENYUSU SHAKLEE , boleh hubungi saya di talian berikut: 


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan

Jom kita friend kat FB: Fadzilah Ismail

Jemput Like & Follow

Call/SMS/Whatsapp: 017-9351615
Klik je no fon tu untuk order.

Email: teratakvitaminsaya@gmail.com

COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Kuala Krai




Disclamer: Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments: