Thursday 7 December 2017

Resepi Puding Roti Sedap Dan Cepat Bakar Dengan Pemanggang Ajaib

Resepi Puding Roti Sedap Dan Cepat Bakar Dengan Pemanggang Ajaib


Bahan A :
500 ml susu segar / full cream
8 keping roti (apa-apa brand pun boleh)
2 keping cheese slice

Bahan B :
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
3 s/b gula halus
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung

Bahan C - kuah kastad :
1 tin susu cair
2 s/b gula
2 s/b tepung kastad


Cara-caranya :

1. Carikkan atau potong roti letak dalam pemanggang ajaib. (mekcomey guna tepi-tepi roti yang dipotong buat sandwish)

2. Tuang susu segar ke atas roti-roti tadi..tekan-tekan dengan garfu dan tinggalkan kejap bagi roti serap susu dengan sekata.

3. Letak cheese slice yang di potong kecik-kecik. Susun ikut citarasa anda.

4. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam pemanggang ajaib bersama dengan bahan A yang telah berendam tadi.

5. Sebelum bakar tabur kismis atau kurma yang di potong kecik-kecik

6. Bakar atas dapur gas selama 30 minit atau sehingga masak.
Biarkan sebentar sebelum disejukkan dalam fridge kalau suka makan sejuk.

7. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan di atas api yang sederhana sebentar (sehingga pekat).

8. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang.

MekComey suka makan masa panas baru masak. Korang kalau suka makan sejuk, boleh masuk fridge dulu..esoknya baru makan.

Credit resepi from blog Cahaya Cintaku. MekComey olah dengan selera tekak MekComey. Kalau nak tanya detail boleh klik SINI 

Nanti MekComey kongsikan gambar di entry lain.

Selamat mencuba.

No comments: