Thursday 21 December 2017

Apa Nak Buat Bila Anak Kene Demam Tarik (Fit)

Bila anak demam, ibu-ibu mesti risau kene demam tarik kan. Apa nak buat bila anak kene demam tarik (fit)?

Pengalaman MekComey sendiri, anak ketiga kene tarik kebetulan kami kat klinik memang tengah tunggu giliran misi (nurse) panggil masuk bilik.

Tiba-tiba Fatnin muka pucat dan badan lembik. Terus mekcomey bawak masuk bilik misi direct ke sink dan jerit mintak tolong dengan misi. Bukak tudung fatnin dan baju dia terus basahkan kepala dan badan fatnin.

Apa yang misi buat pada bayi yang kene demam tarik (fit)?

1) Basahkan kepala dan badan bayi.

2) baringkan bayi atas katil dengan keadaan mengiring

3) misi tepuk, urut dan panggil bayi

4) bila bayi dah bagi respon misi test suhu bayi menggunakan termometer dan masukkan supp supaya suhu turun dengan cepat.

Alhamdulillah tindakan pantas misi dan doktor di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Machang bantu fatnin tak melarat tarik dia. Mungkin sebab badan dia lemah sangat sebab tak makan pagi tu dan mama tak bagi ubat sebelum keluar ke klinik.


Apa-apa pun MekComey bersyukur Allah uji masa kami kat klinik dan sekurang-kurangnya MekComey dapat ilmu apa nak buat bila anak kene demam tarik?

Kalau korang ada nk kongsikan ilmu atau tips atau sebarang pertanyaan boleh wasap MekComey.. 0179351615
Klik je link INI

Sekiranya, terima kasih.

No comments: