Saturday 2 December 2017

Bagaimana Vivix Bantu Kesihatan Tubuh Badan Kita

Bagaimana vivix bantu kesihatan tubuh badan kita? Ramai tertanya-tanya apa kelebihan vivix yang dapat meyakinkan kita untuk kita amalkan sebagai makanan tambahan setiap hari.


VIVIX adalah SUPLEMEN / VITAMIN

Walaupun banyak testimoni vivix yang berjaya menurunkan kadar gula dalam darah bagi pesakit kencing manis, menstabilkan bacaan tekanan darah, meningkatkan kesihatan jantung, serta menyembuhkan luka pembedahan dan lain-lain lagi, VIVIX tidak berfungsi sebagai MERAWAT, MENYEMBUH atau MEMULIHKAN PENYAKIT KRONIK

TETAPI

Vivix merupakan minuman kesihatan botanical yang mengandung 4 ekstrak tumbuhan hebat yang menjadikan vivix kaya dengan resveratrol dan bergabung dengan Polifenol menjadikan vivix 10x ganda lebih hebat daripada bahan yang hanya mempunyai resveratrol sahaja.


Vivix mempunyai 4 Fungsi iaitu :-

  • Memperbaiki sel DNA
  • Mengawal Penuaan / Genetik
  • Memberi Tenaga Kepada Sel
  • Menghalang Penimbunan Protein Age


Memperbaiki SEL DNA

Setiap masa, saat, detik, sel badan kita silih berganti. Ada yang berganti setiap 30 hari dan ada yang 60 hari mengikut kebiasaan rutin. Proses ini adalah normal.

Namun sel DNA kita mungkin mengalami kerosakan akibat daripada radikal bebas yang ada di persekitaran. Maka, sel baru yang berganti itu tidak sama atau cacat dari yang asal kerana mengalami kerosakan disebabkan radikal bebas. Ini yang menyebabkan sel kita melalui penuaan dan mati dengan cepat sebelum tempoh rutin yang normal.

Contoh, sel kulit kita berganti setiap 60hari tetapi disebabkan radikal bebas sel kulit kita mati dengan cepat. Maka, terjadi penuaan.

Fungsi vivix adalah membantu memperbaiki sel DNA yang rosak dan Melindungi Sel DNA yang sihat. Apabila sel DNa kita sihat ia dapat melalui rutin seperti biasa dan menghasilkan sel yang lebih sihat.

Vivix sesuai diambil oleh pesakit kanser kerana ia membantu memulihkan dan mengembalikan sel yang sihat dan kuat.

Ada kajian yang menyokong Resveratrol iaitu kandungan utama Vivix berjaya meningkatkan keberkesanan proses kemoterapi pesakit kanser. Vivix membantu mengurangkan kesan akibat kimo kepada pesakit kanser.



Mengawal Penuaan / Generic

Kesan daripada radikal bebas, sel DNA kita akan merosot dan berlaku penuaan. Banyak sel yang rosak dengan cepat.

Vivix berfungsi mengawal penuaan sel dan juga genetik. Vivix membantu meremajakan sel dan setiap sel yang di ‘copy’ pun akan menghasilkan sel DNA yang sihat dan remaja.



Memberi Tenaga Kepada Sel

Di dalam sel tubuh badan kita mempunyai elemen penting yang menggerakkannya iaitu di panggil Mitochondria.

Mitochondria berfungsi menghasilkan tenaga kepada sel. Bila mitochondria ini gagal memberikan tenaga kepada sel akibat radikal bebas, tubuh badan kita akan berisiko mendapat masalah seperti hilang daya kawalan tubuh, fungsi perut tidak normal, masalah hati, jantung, penglihatan dan tahap asid yang tinggi dalam badan.

Maka vivix membantu meningkatkan pengeluaran tenaga kepada sel.



Menghalang Penimbunan Protein Age

Protein Age adalah protein rosak yang menyebabkan sel-sel tubuh badan kita rosak. Protein Age ini adalah dari lemak dan protein haiwan. Makanan yang dimasak dengan suhu tinggi akan menyebabkan berlakunya protein age.

Selain itu makanan segera juga mempunyai protein age yang tinggi.

Fungsi vivix di sini adalah membantu menghalang protein age yang berlebihan masuk ke dalam tubuh badan kita. Maka penimbunan protein age tidak akan berlaku dan kesihatan akan meningkat dengan lebih baik. Fungsi vivix yang ini sangat membantu pesakit gout dalam mengurangkan gout.



Keistimewaan vivix antara lain nya, 
✓ tiada BAHAN PENGAWET
✓ sangat SEMULAJADI dan cecair vivix adalah dalam keadaan stabil di mana jika vivix ditempatkan di tempat sejuk beku, vivix TETAP CAIR SEPERTI BIASA.



Jika anda berminat untuk dapatkan vivix sebagai ikhtiar kepada kesihatan anda, boleh hubungi MekComey seperti berikut:


Call/SMS/WhatsApp 0179351615

Atau klik link ni www.wasap.my/60179351615/vivix


Fadzilah Ismail (ID 908473) - Pengedar Shaklee Kelantan


FB: Fadzilah Ismail


FB Page: Teratak Vitamin Saya


Email: teratakvitaminsaya@gmail.com


COD area: Machang, Tanah Merah, Kok Lanas, Ketereh, Kuala Krai, Pasir Puteh

No comments: