Monday 25 December 2017

Mati Itu Pasti Tidak Lewat Walau Sesaat

Mati itu pasti tidak lewat walau sesaat. Tanggal 25 Julai 1999, MekComey kehilangan insan yang bergelar AYAH. Dan hari ini 25 Disember 2017 MekComey kehilangan bapa saudara iaitu adik lelaki arwah ayah mengadap Ilahi.

Alhamdulillah MekComey sempat mengucup dahi yang "dingin' itu kedua-duanya. Perasaan mungkin tak sama tapi tetap rasa kehilangan sebab arwah pak saudara yang sangat mesra dengan semua orang. Tambah lagi dengan budak-budak. 

Sakitnya cuma asbab atas 'jemputan' dari Ilahi. Moga Ayah Su tenang di Sana.

Ya Allah..Kau ampunkan segala dosa AyahSu dan Kau terimalah segala amal kebaikan sepanjang hayatnya. Kau lapangkanlah kuburnya dan jauhilah dari azab kubur dan azab api neraka. Amin Ya Rabbal'alamin.

No comments: